|
View: 399|Reply: 7
|
Britain perkenal tudung magnet untuk polis wanita
[Copy link]
|
|
|
LONDON – Polis Britain bakal memperluaskan penggunaan tudung bermagnet dalam usaha menarik minat lebih ramai wanita beragama Islam menyertai badan beruniform tersebut, lapor portal berita MailOnline semalam.
‘Tudung Cahaya Biru’ itu dihasilkan daripada dua helai kain yang dilekatkan dengan kancing pelepas-cepat bermagnet.
Sistem itu direka bagi membolehkan bahagian bawah tudung tertanggal tanpa mendedahkan rambut anggota sekiranya ia ditarik semasa konfrontasi dengan suspek.
Tudung tersebut telah diedarkan kepada setiap anggota yang layak bagi pasukan Polis Leicestershire, dan bakal diikuti oleh pasukan lain.
Tudung itu dihasilkan dan direka oleh Polis Leicestershire dengan kerjasama Universiti De Montfort.
“Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk dibangunkan dengan betul. Kami telah menyelesaikan ujian pertempuran di Enderby dengan anggota wanita memakainya dan ia tahan lama.
“Bahagian bawah tudung dapat ditanggalkan dan anggota tersebut dapat menjaga maruahnya,” kata Detektif Sarjan Yassin Desai yang menerajui kempen tersebut. – AGENSI
Sumber : - Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nanti kalau kena tangkap dengan polis pakai tudung boleh try bagi salam 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana manalah
Asalkan tak jadi pedoman |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Well done..nk buat tudung pun kena ada R&D
Bukannya OEM, kroni, asalkan ada
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Canggih, ingat dulu ada artikel pasal seorang perempuan Islam di UK kena ubah suai topi untuk pakai tudung, sebab orang Inggeris terima pemakaian topi oleh perempuan, zaman tu masih Islamphobia di UK kot. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|