CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya pun tunggu nak raikan apabila mahkamah rasmi terowong Pulau Pinang', sindir Tok Mat

23-12-2025 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 463| Komen: 10

 



KUALA LUMPUR: Seorang lagi pemimpin tertinggi UMNO hari ini menempelak Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin susulan kenyataan 'meraikan' keputusan Datuk Seri Najib Razak kekal menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, merangkap Menteri Luar mengakui beliau juga tidak sabar 'meraikan' keputusan mahkamah berhubung projek terowong Pulau Pinang yang kononnya bakal dirasmikan tahun depan.

Terowong Pulau Pinang itu dipercayai merujuk projek terowong dasar laut dan jalan utama bernilai RM6.7 bilion yang terpalit kes rasuah membabitkan Penasihat DAP, Lim Guan Eng.

"Saya pun tunggu nak celebrate (raikan) apabila Mahkamah Tinggi merasmikan terowong Pulau Pinang, mungkin pertengahan 2026," katanya di Facebooknya hari ini.

Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa menggunakan kedudukannya untuk meminta suapan bagi projek pembinaan tiga jalan utama dan terowong dasar laut yang menghubungkan Pulau Pinang ke tanah besar.

Semalam, Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Puchong, memuat naik hantaran berbunyi: 'Another reason to celebrate this year end' (satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini) yang dipaparkan bersama pautan berita sebuah portal bertajuk 'No house arrest for Najib' (tiada tahanan rumah untuk Najib).

Ia mengundang kecaman beberapa pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) terutama UMNO yang berang termasuk ada mengugut untuk memperhalusi semula kerjasama dengan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching, membuat keputusan berkenaan setelah berpuas hati bahawa isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah disebut, dibincang mahupun diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.

Antaranya Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang juga Menteri Pendidikan Tinggi bertindak mempersoalkan tindakan Bee Yin mengeluarkan kenyataan sedemikian yang seolah-olah bergembira atas penderitaan Najib.

Ketua Pemuda BN dan UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, turut berang dengan kenyataan Bee Yin itu, sambil menggesa supaya UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan, dengan menjadi pembangkang bermaruah daripada dihina rakan sekutu.



Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerkaypoh 23-12-2025 10:42 PM


Quote mrseller 23-12-2025 11:15 PM
Sembang pelir waghih..time suruh lawan dsnr tu ko kepala masuk dlm baju
Quote stingerkaypoh 24-12-2025 12:23 AM
mrseller replied at 24-12-2025 01:15 AM
Sembang pelir waghih..time suruh lawan dsnr tu ko kepala masuk dlm baju


Quote MissYouSayang 24-12-2025 03:46 AM
Dia pun nk mencapub gak
Quote alesandra 24-12-2025 08:06 AM
ko henggat org tu x reti balas.....


Quote kemaruk 24-12-2025 08:36 AM
Terowong ke alam di sebalik kerandut

Quote n3ar 24-12-2025 08:47 AM
kenapa tokmat nak terasa....pokjib dulu dgn tokmat bukan 1 geng kan...biar kan lah je pokjib tu berlalu di belakang....
Quote Samerosie 24-12-2025 09:26 AM
Kemain koyak koram ye.  Masa najib bahankan wan azizah dlm parlimen semua pakat gelak.

Sibuk je korang sokong org yg mahkamah dapati bersalah. Itupun dah banyak kurangkan tempoh penjara.   Ke sbb nanti kalau kornag pun masuk boleh la mintak jadi tahanan rumah pula.  Ye le kan dah ada precedent.
Quote Purestteam1 24-12-2025 10:15 AM
Masa mula² bergabung ckp ada persefahaman... lagi baik dari pas yg bermuka²... la ni dah mcm berantakan plak...haha..
Quote tungkai 24-12-2025 10:45 AM
Kalau bitter, terus tarik sokongan. Kasi roboh terus gomen Madani ni..Semua kaki drama...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.317642 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top