|
View: 432|Reply: 10
|
'Saya pun tunggu nak raikan apabila mahkamah rasmi terowong Pulau Pinang', sindir Tok Mat
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR: Seorang lagi pemimpin tertinggi UMNO hari ini menempelak Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin susulan kenyataan 'meraikan' keputusan Datuk Seri Najib Razak kekal menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, merangkap Menteri Luar mengakui beliau juga tidak sabar 'meraikan' keputusan mahkamah berhubung projek terowong Pulau Pinang yang kononnya bakal dirasmikan tahun depan.
Terowong Pulau Pinang itu dipercayai merujuk projek terowong dasar laut dan jalan utama bernilai RM6.7 bilion yang terpalit kes rasuah membabitkan Penasihat DAP, Lim Guan Eng.
"Saya pun tunggu nak celebrate (raikan) apabila Mahkamah Tinggi merasmikan terowong Pulau Pinang, mungkin pertengahan 2026," katanya di Facebooknya hari ini.
Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa menggunakan kedudukannya untuk meminta suapan bagi projek pembinaan tiga jalan utama dan terowong dasar laut yang menghubungkan Pulau Pinang ke tanah besar.
Semalam, Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Puchong, memuat naik hantaran berbunyi: 'Another reason to celebrate this year end' (satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini) yang dipaparkan bersama pautan berita sebuah portal bertajuk 'No house arrest for Najib' (tiada tahanan rumah untuk Najib).
Ia mengundang kecaman beberapa pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) terutama UMNO yang berang termasuk ada mengugut untuk memperhalusi semula kerjasama dengan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching, membuat keputusan berkenaan setelah berpuas hati bahawa isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah disebut, dibincang mahupun diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.
Antaranya Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang juga Menteri Pendidikan Tinggi bertindak mempersoalkan tindakan Bee Yin mengeluarkan kenyataan sedemikian yang seolah-olah bergembira atas penderitaan Najib.
Ketua Pemuda BN dan UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, turut berang dengan kenyataan Bee Yin itu, sambil menggesa supaya UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan, dengan menjadi pembangkang bermaruah daripada dihina rakan sekutu.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sembang pelir waghih..time suruh lawan dsnr tu ko kepala masuk dlm baju |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ko henggat org tu x reti balas.....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Terowong ke alam di sebalik kerandut
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tokmat nak terasa....pokjib dulu dgn tokmat bukan 1 geng kan...biar kan lah je pokjib tu berlalu di belakang.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kemain koyak koram ye. Masa najib bahankan wan azizah dlm parlimen semua pakat gelak.
Sibuk je korang sokong org yg mahkamah dapati bersalah. Itupun dah banyak kurangkan tempoh penjara. Ke sbb nanti kalau kornag pun masuk boleh la mintak jadi tahanan rumah pula. Ye le kan dah ada precedent. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa mula² bergabung ckp ada persefahaman... lagi baik dari pas yg bermuka²... la ni dah mcm berantakan plak...haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bitter, terus tarik sokongan. Kasi roboh terus gomen Madani ni..Semua kaki drama... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|