CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

JessC teruja kongsi pentas bersama Fauziah Latiff

23-12-2025 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 672| Komen: 15

 



Kemunculan penyanyi legenda, Fauziah Latiff, menjadi antara detik paling mencuri tumpuan dalam Konsert 'My Style' penyanyi, JessC, yang berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sorakan gemuruh lebih 3,000 penonton bergema apabila Fauziah melangkah ke pentas sebagai artis undangan istimewa sebelum bergandingan dengan JessC menerusi lagu ikonik 'Tak Terpisah', diikuti 'Dia' yang membangkitkan emosi dan nostalgia peminat.

Momen itu bukan sahaja mengimbau kenangan lama, malah menyatukan dua generasi pemuzik dalam satu pentas, sekali gus mencerminkan penghormatan JessC terhadap karya serta figura besar industri muzik tanah air.

Konsert itu menandakan kemunculan semula JessC selepas kejayaan persembahan di Arena of Stars, Genting Highlands pada Mei lalu, yang tampil dengan produksi lebih besar serta susunan muzik lebih matang.

Persembahan selama tiga jam setengah itu menyaksikan JessC menyampaikan sebanyak 40 lagu termasuk penampilan artis jemputan tanpa henti dalam lima bahasa iaitu Mandarin, Bahasa Melayu, Inggeris, Jepun dan Kantonis, sekali gus menyerlahkan kepelbagaian identiti muzik serta keupayaan vokalnya.

 "Saya harap setiap orang yang datang ke konsert saya dapat mendengar lagu yang benar-benar mendapat tempat di hati mereka," katanya.

Dari segi visual, JessC membuka persembahan dengan konsep 'Diamond Warrior' sebelum tampil anggun dengan busana putih berinspirasikan estetika tradisional Melayu yang dihiasi lebih 20,000 kristal.

Elemen muzik penyembuhan kekal menjadi tunjang persembahan apabila JessC menyampaikan enam lagu secara solo sambil memainkan empat instrumen berbeza, selain mempersembahkan 'Hark, the Herald Angels Sing' bersempena sambutan Krismas.

Dalam temu bual selepas konsert, JessC berkongsi pengalaman menyentuh perasaan mengenai muzik terapinya yang dipercayai membantu pesakit insomnia dan seorang pesakit koma, sekali gus menguatkan kepercayaannya terhadap kuasa penyembuhan muzik.

Mengulas perancangan masa depan, JessC memaklumkan tumpuan seterusnya adalah menjelajah Malaysia sebelum meneruskan jelajah antarabangsa selaras dengan misinya menyebarkan muzik dan penyembuhan ke seluruh dunia.

Sumber : HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 23-12-2025 04:13 PM
Oleh sebab tak kenal, terus ku google, siapakah beliau ini...
Quote telracs 23-12-2025 04:14 PM
Hmmm...
Quote MatDeghem 23-12-2025 05:02 PM
Fauziah latif masih boleh nyanyi live ke?
Quote dudaberhias 23-12-2025 05:05 PM
Who are yusss. Acik eton sameon suara bak mesin tebu pun lagi orang kenal dari Jessie ni. Ke iols tak cukup muda untuk kenali sheols? Nak kena berendam dalam esteloder advanced night repair ke ni bagi muda tahap boleh masuk sekolah tadika balik.
Quote dudaberhias 23-12-2025 05:07 PM
telracs replied at 23-12-2025 04:14 PM
Hmmm...

Transgender? Sister hong cawangan Kuching Sarawak kah?
Quote sphinx 23-12-2025 05:15 PM
MatDeghem replied at 23-12-2025 05:02 PM
Fauziah latif masih boleh nyanyi live ke?

iols tgk acik Sepitsiput puji sheols yach di threads nun..katanya masih boleh nyanyi live..

ingatkn Jessie korea td, terkejut gak ler kalau tiber jessie korea kenal plak dgn akak fauziah latiff
Quote telracs 23-12-2025 05:17 PM
dudaberhias replied at 23-12-2025 05:07 PM
Transgender? Sister hong cawangan Kuching Sarawak kah?

Sejenis Sajad?
Quote dubuk 23-12-2025 08:31 PM
telracs replied at 23-12-2025 05:17 PM
Sejenis Sajad?

Dia ni suara kepit terlampau
Quote luc 23-12-2025 10:30 PM
Edited by luc at 23-12-2025 10:32 PM
MatDeghem replied at 23-12-2025 05:02 PM
Fauziah latif masih boleh nyanyi live ke?


[youtube]0Yyv0_YCIxo?si=zW_MGtL4BoDHAyE2[/youtube]
Quote telracs 23-12-2025 10:34 PM

~ oh sudah edit ~

Quote dua_chzy 23-12-2025 10:46 PM
Meols heran tau Jess ni hada peminat.
Quote dua_chzy 23-12-2025 10:47 PM
telracs replied at 23-12-2025 08:14 AM
Hmmm...

Dulu dia pernah masuk CI. Menikah. Kontroversi ooo masa tu. Gereja2 pun teruk kecam gereja yang allow meka nikoh.
Quote seibei 23-12-2025 11:01 PM
ni dia ada kedai kesihatan farmasi camtu, NHF.byk terpampang muka dia. sejenis transgender. dia ada lagu raya melayu rasanya. thn ni kot.. teringt sbb ada kawan fwd video,
Quote sharlenetexas 23-12-2025 11:20 PM
Spesies sajat rupanya. Pernah kopi kopi dgn sajat kat melbourne kah?

Quote awenda507 29-12-2025 12:19 AM
Tak kenal lgsg okg ni. Terus bukak youtube cari sapekah gerangan empunya diri.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.306889 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top