Kemunculan penyanyi legenda, Fauziah Latiff, menjadi antara detik paling mencuri tumpuan dalam Konsert 'My Style' penyanyi, JessC, yang berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sorakan gemuruh lebih 3,000 penonton bergema apabila Fauziah melangkah ke pentas sebagai artis undangan istimewa sebelum bergandingan dengan JessC menerusi lagu ikonik 'Tak Terpisah', diikuti 'Dia' yang membangkitkan emosi dan nostalgia peminat.
Momen itu bukan sahaja mengimbau kenangan lama, malah menyatukan dua generasi pemuzik dalam satu pentas, sekali gus mencerminkan penghormatan JessC terhadap karya serta figura besar industri muzik tanah air.
Konsert itu menandakan kemunculan semula JessC selepas kejayaan persembahan di Arena of Stars, Genting Highlands pada Mei lalu, yang tampil dengan produksi lebih besar serta susunan muzik lebih matang.
Persembahan selama tiga jam setengah itu menyaksikan JessC menyampaikan sebanyak 40 lagu termasuk penampilan artis jemputan tanpa henti dalam lima bahasa iaitu Mandarin, Bahasa Melayu, Inggeris, Jepun dan Kantonis, sekali gus menyerlahkan kepelbagaian identiti muzik serta keupayaan vokalnya.
"Saya harap setiap orang yang datang ke konsert saya dapat mendengar lagu yang benar-benar mendapat tempat di hati mereka," katanya.
Dari segi visual, JessC membuka persembahan dengan konsep 'Diamond Warrior' sebelum tampil anggun dengan busana putih berinspirasikan estetika tradisional Melayu yang dihiasi lebih 20,000 kristal.
Elemen muzik penyembuhan kekal menjadi tunjang persembahan apabila JessC menyampaikan enam lagu secara solo sambil memainkan empat instrumen berbeza, selain mempersembahkan 'Hark, the Herald Angels Sing' bersempena sambutan Krismas.
Dalam temu bual selepas konsert, JessC berkongsi pengalaman menyentuh perasaan mengenai muzik terapinya yang dipercayai membantu pesakit insomnia dan seorang pesakit koma, sekali gus menguatkan kepercayaannya terhadap kuasa penyembuhan muzik.
Mengulas perancangan masa depan, JessC memaklumkan tumpuan seterusnya adalah menjelajah Malaysia sebelum meneruskan jelajah antarabangsa selaras dengan misinya menyebarkan muzik dan penyembuhan ke seluruh dunia.
Post time 23-12-2025 05:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Who are yusss. Acik eton sameon suara bak mesin tebu pun lagi orang kenal dari Jessie ni. Ke iols tak cukup muda untuk kenali sheols? Nak kena berendam dalam esteloder advanced night repair ke ni bagi muda tahap boleh masuk sekolah tadika balik.
Post time 23-12-2025 11:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ni dia ada kedai kesihatan farmasi camtu, NHF.byk terpampang muka dia. sejenis transgender. dia ada lagu raya melayu rasanya. thn ni kot.. teringt sbb ada kawan fwd video,