|
"Duit dia, duit dia. Duit kita pun duit dia. Kalau tak bagi, dicuri. Tak dapat dicuri, dipukul,".
Itu pendedahan memilukan pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah mengenai episod duka kehidupannya yang pernah berdepan dengan keganasan rumah tangga dan pengabaian nafkah selama 15 tahun. Menerusi satu perkongsian dalam podcast Hitam Putih yang dikendalikan Datuk Rosyam Nor dan Erra Fazira, Mak Jah, 77, mendedahkan dia pernah hidup dalam keadaan 'gantung tak bertali' sejak berusia lingkungan 30-an. Bercerita lanjut, Mak Jah mengakui bukan tidak mahu menamatkan penderitaan itu lebih awal, namun kekangan wang menyebabkan dia terpaksa memendam rasa. "Cakap-cakapnya (mahu) lapor. Nak pergi pun kita tak ada duit. Kita cari rezeki buat kerja makeup artist (jurusolek) semua, nak cari duit untuk bagi anak makan dan sekolah. "Kalau balik, saya selalu larikan diri, tak nak bertembung dengan dia. Dia tak ada bagi duit belanja, macam mana saya nak makan?" katanya. Lebih menyedihkan, pelakon yang sering membawa watak ibu ini mendakwa bekas suaminya bukan sahaja tidak memberikan nafkah, malah sering bertindak agresif jika tidak diberikan wang. Kemuncak penderitaan Mak Jah berlaku apabila dia dikasari sehingga tidak sedarkan diri di hadapan anak-anaknya sendiri. Kisah yang dikongsikan dalam episod itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kagum dengan ketabahan Mak Jah membesarkan anak-anak sendirian walaupun dihimpit pelbagai ujian getir. Sumber : HARIAN METRO
|
prince_marhaen replied at 23-12-2025 04:05 PM
Silapnya Mak Jah bercerita depan rempit mulut puaka, takde empati dengan guest, orang tu cerita baga ...


prince_marhaen replied at 23-12-2025 04:05 PM
Silapnya Mak Jah bercerita depan rempit mulut puaka, takde empati dengan guest, orang tu cerita baga ...

NuansaBiru replied at 23-12-2025 05:08 PM
Anak2 kau tu ramai pompuan (ke semua?)
Nanti kau tau langit tinggi rendah, mampu kah lagi kau buat l ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.152951 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.