CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3544|Reply: 86

Mak Jah derita nafkah terabai, mangsa keganasan rumah tangga - "Duit dia, duit dia. Duit kita pun duit dia"

[Copy link]
Post time 23-12-2025 03:59 PM | Show all posts |Read mode





"Duit dia, duit dia. Duit kita pun duit dia. Kalau tak bagi, dicuri. Tak dapat dicuri, dipukul,".

Itu pendedahan memilukan pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah mengenai episod duka kehidupannya yang pernah berdepan dengan keganasan rumah tangga dan pengabaian nafkah selama 15 tahun.

Menerusi satu perkongsian dalam podcast Hitam Putih yang dikendalikan Datuk Rosyam Nor dan Erra Fazira, Mak Jah, 77, mendedahkan dia pernah hidup dalam keadaan 'gantung tak bertali' sejak berusia lingkungan 30-an.

Bercerita lanjut, Mak Jah mengakui bukan tidak mahu menamatkan penderitaan itu lebih awal, namun kekangan wang menyebabkan dia terpaksa memendam rasa.

"Cakap-cakapnya (mahu) lapor. Nak pergi pun kita tak ada duit. Kita cari rezeki buat kerja makeup artist (jurusolek) semua, nak cari duit untuk bagi anak makan dan sekolah.

"Kalau balik, saya selalu larikan diri, tak nak bertembung dengan dia. Dia tak ada bagi duit belanja, macam mana saya nak makan?" katanya.

Lebih menyedihkan, pelakon yang sering membawa watak ibu ini mendakwa bekas suaminya bukan sahaja tidak memberikan nafkah, malah sering bertindak agresif jika tidak diberikan wang.

Kemuncak penderitaan Mak Jah berlaku apabila dia dikasari sehingga tidak sedarkan diri di hadapan anak-anaknya sendiri.

Kisah yang dikongsikan dalam episod itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kagum dengan ketabahan Mak Jah membesarkan anak-anak sendirian walaupun dihimpit pelbagai ujian getir.

Sumber : HARIAN METRO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2025 04:05 PM | Show all posts
Silapnya Mak Jah bercerita depan rempit mulut puaka, takde empati dengan guest, orang tu cerita bagai nak rak kau boleh cakap kasar & lawakkan benda tu.. mentang2 la tu podcast company kau... dah tua pun biadap ye host hero tua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 04:14 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 23-12-2025 04:05 PM
Silapnya Mak Jah bercerita depan rempit mulut puaka, takde empati dengan guest, orang tu cerita baga ...

kannn? mmg kurang ajar la haii
aku ternmpak ngam2 ms RN gelakkan Mak Jah
RN kata kena pkl pun anak 3
something mcm tu
tapi entahlah kurang ajar mcm ni pun
elok bertahan plk dlm industri
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 04:31 PM | Show all posts
RN masih bertahan kerana masih ramai acik2 netijen yang jantung nya masih dagdigdug bila tengok dia....lepas terkemut kemut








Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rosam dah tua pun bodoh


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 04:40 PM | Show all posts
Hero tua rambut pun pegi tanam insecure takut botak.. phuii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2025 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
RN ni mmg rempit low class gila. Mmg malu la kalau ada laki/ abg/adik/ kenalan yg bercakap mcm cara RN ni. Mmg terasa aura kedangkalan ilmu dan adab. Sama mcm podcast pelawak yg berbini polis tu. Maigaadd level rempit kampung mana ntah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 23-12-2025 04:05 PM
Silapnya Mak Jah bercerita depan rempit mulut puaka, takde empati dengan guest, orang tu cerita baga ...

Betul yach. Ya ampun hero tua bangka tu gila tak beradab depan orang tua.

Memalukan betul dah la rhoper macam anjing laut
Dah kertu pun perangai nak feeling2 muda lagi.

Perhilitan kutip jap please! Semak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2025 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
RN ni sejenis perasan bagus - yelah umur bapak-bapak baru jadi popular. Kesian betul anak bini dia dapat father figure camni. Kaya tapi tak classy. Berganda better sepupu dia - sah sah jauh lagi handsome masa muda. Pastu low profile
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by NuansaBiru at 23-12-2025 05:11 PM

Anak2 kau tu ramai pompuan (ke semua?)
Nanti kau tau langit tinggi rendah, mampu kah lagi kau buat lawak kurang hajar lagi tasteless, kalau anak kau sendiri yg jadi mangsa jantan tak guna seperti mana makjah ni kena
Mampukah lagi kau cakap psl alignment dah lari, psl gaduh2 pun berjimak tetap on sampai kluar anak 3...BODOH!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 05:11 PM | Show all posts
eeeeeiiii.. aku mcm nk tamparrrr jer mulut RN tu.. xde empati lgsg.. dh la makjah citer kisah sedih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Berat dugaan Mak Jah
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 05:45 PM | Show all posts
Kesiannyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian mak jah. Semoga bertemu kebahagiaan semula. Kaka elergic dengan host itu. Apa2 yang melibatkan beliau kaka akan elakkan. Walaupun kedai yang guna nama tu pun kaka tak jejak kaki masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki macam RN lah majoriti orang melayu suka, minat. Yang suka menghina dan buat lawak pasal perempuan, lawak lucah.
Sudahnya orang2 yang sama bodoh dan kurang ajar macam heols akan cakap heols gurau2 je, heols memang macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Keji sangat Rosyam Noor ya. Kesian Mak Jah semoga dia bahagia sekarang. I penah tengok few podcast Rosyam sbb best juga guest jemputan tp mmg Jenis bahasa tak berlapik la. Masa tu okayla sebab guest bukan mangsa keganasan ke apa. Tapi Kali ni melampau la Rosyam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2025 06:50 PM | Show all posts
NuansaBiru replied at 23-12-2025 05:08 PM
Anak2 kau tu ramai pompuan (ke semua?)
Nanti kau tau langit tinggi rendah, mampu kah lagi kau buat l ...

Biadap sgt dah tu
Sebab tu isteri2 teraniaya ni takut nk expodse
Sbb sikap sesetgh jantan melayu toksik dan biadap mcm ni buat mereka takut kena sindir, dimalukan depan org..hujung2 salah isteri sbb x jaga badan, x jaga makan suami jenis biawak dan kaki pukul kaki betina..hish kalau kena kt iols depan mic tu jugak iols malukan dia balik



Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Heran plak RN mcm tu.sbb dia dulu hidup susah tinggal rumah setinggan. Patutnya bila mak jah citer psl kesusahan hidup dia bole faham n empati pd mak jah. MB kedah tu wpun mulut bole tahan tp dia tk bole dengar citer kesusahan org mmg dia akan sedih sbb dia dulu susah.aku pun sedih dengar kisah dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
RN ni kan yg jilat najib dlu kala ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
esok lusa kena dkt anak sendiri, baru padaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.054068 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list