|
Kota Bharu: Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap 11 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal, meliwat dan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap sembilan murid lelaki, pada April 2024 hingga Julai lalu.
Tertuduh, Mohamad Sulong, 52, yang masih bujang mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Tengku Shahrizan Tuan Lah. Mengikut tujuh pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap tujuh kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lapan hingga 12 tahun di sebuah rumah di Kampung Beris Panchor, Tawang dekat Bachok, di bilik koperasi, bilik pengurusan sukan dan bilik makmal komputer sebuah sekolah di sini pada April 2024 hingga 1 Julai lalu. Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama dibaca bersama Seksyen 16(1) akta itu. Dua lagi pertuduhan, Mohamad didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan meliwat dua kanak-kanak lelaki berusia sembilan dan 11 tahun di kedai koperasi sebuah sekolah di sini, kira-kira jam 9.45 pagi pertengahan 2024 dan 4.30 petang pada Julai 2024. Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen 14 akta sama dibaca bersama Seksyen 16(1) akta itu. Lelaki itu juga didakwa atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun empat bulan di bilik pengurusan sukan sebuah sekolah di sini, kira-kira 5 petang pada Februari dan Mei lalu. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan (KK) dan boleh dihukum di bawah seksyen 377B KK dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan, manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohd Firdaus Zainal Abidin. Terdahulu, Siti Hajar tidak mencadangkan jaminan kerana 11 pertuduhan membabitkan sembilan mangsa yang berusia lapan hingga 12 tahun. Mohd Firdaus memohon jaminan yang munasabah dengan syarat-syarat yang ketat supaya tertuduh dapat kembali bertugas sebagai penjawat awam tanpa sebarang kekangan. "Anak guam saya masih bujang dan sudah berkhidmat sebagai guru selama 17 tahun. Tertuduh juga sudah dipindahkan ke sebuah jabatan di Kota Bharu selepas menjalani tempoh reman selama 14 hari pada Julai lalu," katanya. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM55,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, dilarang mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan serta perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis terdekat. Sumber : HARIAN METRO
|
PULANGKAN replied at 23-12-2025 10:09 PM
11 amang seksual, 9 pertuduhan liwat
tak dapat bayangkan mangsa lain yang takut nak report. mungkin ...
PULANGKAN replied at 23-12-2025 10:09 PM
11 amang seksual, 9 pertuduhan liwat
tak dapat bayangkan mangsa lain yang takut nak report. mungkin ...
PULANGKAN replied at 23-12-2025 10:09 PM
11 amang seksual, 9 pertuduhan liwat
tak dapat bayangkan mangsa lain yang takut nak report. mungkin ...
nono86 replied at 25-12-2025 12:59 AM
Eh bodoh la kau nak bagi pedo masuk kerja balik. Jahanam masa depan budak² tu. Bayangkan kalau ada ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.455379 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.