|
View: 722|Reply: 24
|
Guru mengaku tidak bersalah 11 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal, meliwat terhadap 9 murid lelaki
[Copy link]
|
|
|
Kota Bharu: Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap 11 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal, meliwat dan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap sembilan murid lelaki, pada April 2024 hingga Julai lalu.
Tertuduh, Mohamad Sulong, 52, yang masih bujang mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Tengku Shahrizan Tuan Lah.
Mengikut tujuh pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap tujuh kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lapan hingga 12 tahun di sebuah rumah di Kampung Beris Panchor, Tawang dekat Bachok, di bilik koperasi, bilik pengurusan sukan dan bilik makmal komputer sebuah sekolah di sini pada April 2024 hingga 1 Julai lalu.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama dibaca bersama Seksyen 16(1) akta itu.
Dua lagi pertuduhan, Mohamad didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan meliwat dua kanak-kanak lelaki berusia sembilan dan 11 tahun di kedai koperasi sebuah sekolah di sini, kira-kira jam 9.45 pagi pertengahan 2024 dan 4.30 petang pada Julai 2024.
Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen 14 akta sama dibaca bersama Seksyen 16(1) akta itu.
Lelaki itu juga didakwa atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun empat bulan di bilik pengurusan sukan sebuah sekolah di sini, kira-kira 5 petang pada Februari dan Mei lalu.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan (KK) dan boleh dihukum di bawah seksyen 377B KK dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan, manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohd Firdaus Zainal Abidin.
Terdahulu, Siti Hajar tidak mencadangkan jaminan kerana 11 pertuduhan membabitkan sembilan mangsa yang berusia lapan hingga 12 tahun.
Mohd Firdaus memohon jaminan yang munasabah dengan syarat-syarat yang ketat supaya tertuduh dapat kembali bertugas sebagai penjawat awam tanpa sebarang kekangan.
"Anak guam saya masih bujang dan sudah berkhidmat sebagai guru selama 17 tahun. Tertuduh juga sudah dipindahkan ke sebuah jabatan di Kota Bharu selepas menjalani tempoh reman selama 14 hari pada Julai lalu," katanya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM55,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, dilarang mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan serta perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis terdekat.
Sumber : HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Takkan le cikgu dari negeri yg diberi jolokan Serambi tu buat perkara terktutuk ni noks? ekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bodo nya. semoga kekal bujang and xdpt continue kerja. mereput la dlm penjara. jijik manusia ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramainya jadi perogoliwat pedo
Mungkin kerana semasa kecil dulu ustaz selalu doa "semoga jadi pedoman, kita semua" |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, siannya bdk2 yg kena liwat tu...
Penyebab Dorang terjebak dgn gay???? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramaiiiii mangsanya... Peliwat pedo, cikgu pulak. Hari2 hadap budak2. Lahanat sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Si@L punya jantan
Moga kote ko membusuk terseksa sampai ko mampus |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
11 amang seksual, 9 pertuduhan liwat
tak dapat bayangkan mangsa lain yang takut nak report. mungkin lagi ramai
please la potong kotey pedo perogol camni, sakit hati baca
dia dah rosakkan hidup ramai budak tak bersalah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
giler..jgn dia sebarkn sekali penyakit sudah..naya je masa dpn budak2 tu nanti |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
7 amang seksual + 2 liwat + 2 luar tabie same mangsa. Total 11.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin menjadi jadi peliwat kat negara ni
Geng2 gay pon ramai sentap dalam forum ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 23-12-2025 10:09 PM
11 amang seksual, 9 pertuduhan liwat
tak dapat bayangkan mangsa lain yang takut nak report. mungkin ...
Mangsa yang lain tu ada buat SD tak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bujang terlajak laris rupanya,dh boleh kawen dh. Xkan cikgu x ckup duit nk kawen,kata 17 tahun jd cikgi.Yg kna luar tabii msti takut dh dgn cikgu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nono86 at 25-12-2025 01:01 AM
Eh bodoh la kau nak bagi pedo masuk kerja balik. Jahanam masa depan budak² tu. Bayangkan kalau ada antara mereka jadi pemangsa jugak, makin bertambah². Kau nak main jubo, main dengan yang sama² selera dengan kau.. jangan usik orang yang lain. Selayaknya kalau jenis pedo dan pemangsa gini, hukum bunuh terus sebab perosak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Potong la kotey dia
Naya .buatnya 9 org ni jd gay?? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 23-12-2025 10:09 PM
11 amang seksual, 9 pertuduhan liwat
tak dapat bayangkan mangsa lain yang takut nak report. mungkin ...
Setuju nokss..aku sakit hatiiii sgt.. TOLONGLAHHH POTONG !! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nono86 replied at 25-12-2025 12:59 AM
Eh bodoh la kau nak bagi pedo masuk kerja balik. Jahanam masa depan budak² tu. Bayangkan kalau ada ...
Iols betul2 tak paham noks..kenapa pedo yg mmg terbukti pedo..ada kes lak tu ..TAK KENA BUANG KERJA?? NI MELIBATKAN BUDAK UNDER AGE KOT..BODOO
Bila la nk ada perubahan..dr zaman dulu..bertukar2 gomen pun tetappp sama |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|