CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Pakistan trauma dirogol lelaki menyamar pegawai imigresen di Bandar Country Homes

23-12-2025 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 339| Komen: 1

 



Rawang: Seorang wanita warga Pakistan trauma apabila dilarikan dan dirogol lelaki menyamar pegawai imigresen di Bandar Country Homes, di sini, minggu lalu.

Mangsa kemudian dihantar suspek ke tepi jalan di sekitar kawasan terbabit sebelum dia tampil membuat laporan polis Khamis lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, dalam kejadian jam 3.45 petang, mangsa mendakwa didatangi sebuah kereta yang berhenti di tepi jalan ketika dia sedang berjalan kaki.

"Suspek kemudian keluar dari kenderaan itu sebelum memperkenalkan diri sebagai pegawai imigresen dan mengarahkannya masuk ke dalam kereta.

"Mangsa pada mulanya enggan namun diugut suspek menyebabkan dia yang ketakutan terus masuk ke dalam kereta," katanya.

Sumber berkata, ketika berada di dalam kereta, suspek meminta mangsa menyerahkan wang tunai RM6,000 dan diugut akan dipenjara namun mangsa memberitahu tidak mempunyai wang sebanyak itu.

"Suspek kemudian membawa mangsa ke lokasi tidak diketahui sebelum dia dirogol. Suspek kemudian menghantar semula mangsa di tempat awal mereka bertemu sebelum dia melarikan diri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Setakat ini belum ada tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber : HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 23-12-2025 05:50 PM
Edited by silance at 23-12-2025 06:02 PM

Sapa suruh ko datang sini, bodoh? Buat semak. Dia sendiri pun pati agaknya. Halau balik podah.
Sementara itu berapa ramai pulak jantan pukistan yang dah rogol pompuan kat sini? Liwat budak?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.276867 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top