CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita didakwa 'menetap' di KLIA sejak setahun lalu, guna air wifi percuma

23-12-2025 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1244| Komen: 26


 


Sepang: Seorang wanita didakwa menetap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, sejak setahun lalu.

Berdasarkan rakaman video tular di media sosial, wanita yang dikatakan tinggal di kawasan terminal lapangan terbang berkenaan dilihat ditenangkan beberapa individu selepas memarahi kanak-kanak yang didakwa bermain dan membuat bising di kawasan berkenaan.

Difahamkan, wanita terbabit menjadikan kawasan terminal sebagai tempat tinggalnya termasuk untuk tidur dan mandi serta turut bergantung sepenuhnya dengan kemudahan awam disediakan di KLIA termasuk bekalan air dan WiFi.

Rakaman video turut memaparkan beberapa barangan peribadi dipercayai milik wanita berkenaan berada di kawasan itu. 

Video itu meraih perhatian dan mencetuskan pelbagai reaksi warganet yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu kerana KLIA bukan tempat tinggal sebaliknya hanya transit untuk pengguna perkhidmatan udara. 

Warganet turut menyuarakan pendapat, situasi itu juga akan mencemarkan imej KLIA dan negara jika tindakan tidak diambil.

Sementara itu, KLIA memaklumkan pihak berkuasa sudah mengambil maklum dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

"Kami memohon kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang berjalan," tulisnya di ruangan komen di Facebook.

Dalam pada itu, Harian Metro juga dalam usaha mendapatkan kenyataan dan maklum balas daripada pihak berkaitan berhubung isu itu. 


Sumber : HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 23-12-2025 03:51 PM
Ntah2 spy kot..
Quote Duta lover 23-12-2025 03:53 PM
Real life the terminal
Quote Firenzza 23-12-2025 04:44 PM
Mcm dejavu
Quote ZORRO5555 23-12-2025 05:22 PM
Ah soh tu pemegang kad sakit mental
Quote silance 23-12-2025 05:54 PM
Ramainya staff keselamatan + security + cleaners sorangpun tak aware ke? Teruknya.
Quote hart_attack 23-12-2025 06:02 PM
Tgk cctv tu,kan byk cctv area situ. By the way org msia ke?
Quote kotakbaju 23-12-2025 06:31 PM
hart_attack replied at 23-12-2025 06:02 PM
Tgk cctv tu,kan byk cctv area situ. By the way org msia ke?

Haah orang tempatan

1000024875.jpg
Quote ninja boy 23-12-2025 06:41 PM
Edited by ninja boy at 23-12-2025 06:44 PM

Ada kad kira boleh mengurus diri pi tandas tidur pakai henpon makan, klia tempat selamat
Quote Purestteam1 23-12-2025 08:32 PM
terminal versi ahso malaysia
Quote Tinot7 23-12-2025 09:09 PM
Mana rumah dia?
Quote kemaruk 23-12-2025 09:13 PM
Salah sorang forumNer ke
Quote uda 23-12-2025 09:36 PM
Ada pulak duit untuk beli makanan. Ke dia malu nak balik rumah sebab dah btau orang kampung yang dia dah migrate keluar negara.
Quote gigahertz 23-12-2025 11:43 PM
KamikuP: Ntah2 spy kot..

ada dua negara tak boleh di buat jiran :
a) North Korea
b) China.

North Korea 25% dari populasi dia militari people.
China anggaran 600 ribu reserved personal.

bulan 8 lepas ada dua warga china kena tangkap sebab terbang dron kat MinDEF.
dan dalam bulan yang sama ada 2 warga china pecah rumah kat Perlis

Quote B40tastePosh 24-12-2025 01:29 AM
gigahertz replied at 23-12-2025 11:43 PM
ada dua negara tak boleh di buat jiran :
a) North Korea
b) China.

Diorang spy China ke,?

Mungkin guna drone untuk merompak dgn mengintip terlebih dahulu
Quote FOTHER-MUCKER 24-12-2025 02:14 AM



[fbp]https://www.facebook.com/reel/1889718651983648/?fs=e&fs=e[/fbp]
Quote gigahertz 24-12-2025 06:32 AM
B40tastePosh replied at 23-12-2025 05:29 PM
Diorang spy China ke,?

Mungkin guna drone untuk merompak dgn mengintip terlebih dahulu

Ni bulan July sebulan sebelum 2 kejadian tu.
Quote hart_attack 24-12-2025 08:09 AM
kotakbaju replied at 23-12-2025 06:31 PM
Haah orang tempatan

Mental org kampung panggil gila. Org bandar panggil mental
Quote IzzahF 24-12-2025 08:11 AM
kad sakit mental tu ada kad OKU la ek
Quote shamsadis 24-12-2025 10:09 AM
mana penguatkuasa? tak buat kerja? makan gaji buta ka?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.165448 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top