|
Kuala Lumpur: Malaysia melakar satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara serta ekosistem halal apabila ayam belanda (turkey) dari Rusia yang diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diperkenalkan secara rasmi ke pasaran tempatan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pengenalan ayam belanda halal dari Rusia bukan sekadar pelancaran produk baharu, sebaliknya mencerminkan pengukuhan kerjasama dua hala Malaysia dan Rusia dalam perdagangan makanan, jaminan halal serta daya tahan rantaian bekalan. Katanya, dari sudut tatakelola import dan keselamatan makanan, pengimportan ayam belanda dari Rusia itu dibuat berdasarkan pematuhan syarat kemasukan import Malaysia serta mengambil kira status Wilayah Penza sebagai kawasan yang diiktiraf bebas penyakit High Pathogenicity Avian Influenza (HPAI). "Kebenaran pengimportan dari wilayah yang diiktiraf bebas HPAI ini juga penting untuk membantu memastikan kelangsungan sumber daging ayam belanda bagi memenuhi permintaan dalam negara, khususnya semasa musim perayaan seperti Krismas. "Dengan perkembangan ini, saya turut menunaikan janji yang disebut semasa lawatan Perdana Menteri ke Rusia pada Mei lalu bahawa Russian Turkey (ayam belanda) akan berada di Malaysia pada musim perayaan Krismas tahun ini," katanya. Dari sudut teknikal, beliau memaklumkan rundingan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dimuktamadkan pada 13 Ogos 2025, diikuti proses audit sebelum loji pemprosesan yang memenuhi keperluan diluluskan pada 3 Disember 2025. Dengan perkembangan itu, Mohamad berkata, janji yang dibuat semasa lawatan Perdana Menteri ke Rusia pada Mei lalu kini ditunaikan, apabila ayam belanda halal dari Rusia mula berada di pasaran Malaysia menjelang musim perayaan tahun ini. "Rakyat kini mempunyai pilihan untuk menikmati ayam belanda yang halal, selamat dan berkualiti, bukan sahaja untuk sambutan perayaan tetapi juga sebagai alternatif sumber protein harian," katanya. Beliau berkata demikian kepada media di majlis pengenalan program 'From Russia With Love' di sini hari ini yang turut dihadiri Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia, TYT Naiyl M Latypov, serta wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Dari segi ketersediaan, beliau menjelaskan jumlah bekalan di pasaran bergantung kepada urusan pengimportan oleh pihak swasta, termasuk syarikat 3Bumi Trading Sdn Bhd yang menerajui kemasukan produk berkenaan ke pasaran tempatan. Dalam pada itu, Mohamad turut menekankan hubungan perdagangan Malaysia–Rusia yang terus berkembang dengan nilai perdagangan dua hala mencecah sekitar AS$3 bilion (RM12.20 bilion) setahun, merangkumi pelbagai sektor termasuk makanan dan pertanian. Majlis berkenaan sekali gus mencerminkan potensi kerjasama strategik yang lebih luas antara kedua-dua negara, khususnya dalam memperkukuh rantaian bekalan makanan halal global. Sumber : Harian Metro
|
FOTHER-MUCKER replied at 23-12-2025 07:08 PM
Di Rusia dan france mereka panggil indian bird, di Malaysia panggil ayam belanda, di England pan ...



kotakbaju replied at 23-12-2025 10:05 PM
Meols ingat masa kecik2 dulu, mak nakan meol ada bela ayam belanda sekor tak silap(tak pasti sama sp ...


kotakbaju replied at 23-12-2025 10:05 PM
Meols ingat masa kecik2 dulu, mak nakan meol ada bela ayam belanda sekor tak silap(tak pasti sama sp ...

FOTHER-MUCKER replied at 23-12-2025 07:08 PM
Di Rusia dan france mereka panggil indian bird, di Malaysia panggil ayam belanda, di England pan ...
Zack8hunter replied at 23-12-2025 10:18 PM
haah. aku kecik2 dulu tiap hari naik beskal nk ke sekolah mesti kene lalu satu rumah ni yg ada bel ...
MissYouSayang replied at 24-12-2025 03:37 AM
Sejak dia jadi muntri, smua benda nak kena import even bawang or beras pun nak kena import...dats wh ...
MissYouSayang replied at 24-12-2025 03:37 AM
Sejak dia jadi muntri, smua benda nak kena import even bawang or beras pun nak kena import...dats wh ...
Samerosie replied at 24-12-2025 09:29 AM
Ayam belanda ni bukan sedap. Tasteless sebenarnya.
Ada ke org malaysia makan? Ke org malaysia yg p ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.245312 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.