CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 1036|Reply: 46

Ayam Belanda dari Rusia masuk pasaran Malaysia - Mohamad Sabu

[Copy link]
Post time 23-12-2025 02:58 PM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: Malaysia melakar satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara serta ekosistem halal apabila ayam belanda (turkey) dari Rusia yang diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diperkenalkan secara rasmi ke pasaran tempatan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pengenalan ayam belanda halal dari Rusia bukan sekadar pelancaran produk baharu, sebaliknya mencerminkan pengukuhan kerjasama dua hala Malaysia dan Rusia dalam perdagangan makanan, jaminan halal serta daya tahan rantaian bekalan.

Katanya, dari sudut tatakelola import dan keselamatan makanan, pengimportan ayam belanda dari Rusia itu dibuat berdasarkan pematuhan syarat kemasukan import Malaysia serta mengambil kira status Wilayah Penza sebagai kawasan yang diiktiraf bebas penyakit High Pathogenicity Avian Influenza (HPAI).

"Kebenaran pengimportan dari wilayah yang diiktiraf bebas HPAI ini juga penting untuk membantu memastikan kelangsungan sumber daging ayam belanda bagi memenuhi permintaan dalam negara, khususnya semasa musim perayaan seperti Krismas.

"Dengan perkembangan ini, saya turut menunaikan janji yang disebut semasa lawatan Perdana Menteri ke Rusia pada Mei lalu bahawa Russian Turkey (ayam belanda) akan berada di Malaysia pada musim perayaan Krismas tahun ini," katanya.

Dari sudut teknikal, beliau memaklumkan rundingan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dimuktamadkan pada 13 Ogos 2025, diikuti proses audit sebelum loji pemprosesan yang memenuhi keperluan diluluskan pada 3 Disember 2025.

Dengan perkembangan itu, Mohamad berkata, janji yang dibuat semasa lawatan Perdana Menteri ke Rusia pada Mei lalu kini ditunaikan, apabila ayam belanda halal dari Rusia mula berada di pasaran Malaysia menjelang musim perayaan tahun ini.

"Rakyat kini mempunyai pilihan untuk menikmati ayam belanda yang halal, selamat dan berkualiti, bukan sahaja untuk sambutan perayaan tetapi juga sebagai alternatif sumber protein harian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di majlis pengenalan program 'From Russia With Love' di sini hari ini yang turut dihadiri

Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia, TYT Naiyl M Latypov, serta wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Dari segi ketersediaan, beliau menjelaskan jumlah bekalan di pasaran bergantung kepada urusan pengimportan oleh pihak swasta, termasuk syarikat 3Bumi Trading Sdn Bhd yang menerajui kemasukan produk berkenaan ke pasaran tempatan.

Dalam pada itu, Mohamad turut menekankan hubungan perdagangan Malaysia–Rusia yang terus berkembang dengan nilai perdagangan dua hala mencecah sekitar AS$3 bilion (RM12.20 bilion) setahun, merangkumi pelbagai sektor termasuk makanan dan pertanian.

Majlis berkenaan sekali gus mencerminkan potensi kerjasama strategik yang lebih luas antara kedua-dua negara, khususnya dalam memperkukuh rantaian bekalan makanan halal global.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2025 06:36 PM | Show all posts
Ayam belanda bawa dari Russia, ayam russia?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 07:08 PM | Show all posts

  
Di Rusia dan france mereka panggil indian bird, di Malaysia panggil ayam belanda, di England panggil turkey, di Portugis panggil peru, di arab panggil roman roster.

Di negara arab, Ayam adalah nama untuk manusia dan di russia roman adalah nama untuk manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nak rasa Ayam Belanda.. nice la produk Rusia masuk Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kami tetap nk ayam siam... memenuhi citarasa kebanyakan rakyat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayammm.. bermacam ayammmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2025 09:50 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 23-12-2025 07:08 PM
Di Rusia dan france mereka panggil indian bird, di Malaysia panggil ayam belanda, di England pan ...


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk je ingatkan Russian chick nak diimport ke msia.... terjojol lah mata abam2 malaya kegembiraan

Rupanya ayam turki merry kismis ye
Pernah try sekali je ayam Turki tapi tak kene tekak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2025 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols ingat masa kecik2 dulu, mak nakan meol ada bela ayam belanda sekor tak silap(tak pasti sama spesis dengan di atas atau lain punya). Punya la garang ayam dia tu, asal orang datang umah je, baru nak masuk area halaman umah dah ayam tu menerpa menghambat kita. Hampeh tol. Ingat lagi bunyi ayam belanda tu, taktau nak descibe macam mana, tapi huduh bunyinye
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap ke erk ayam belanda ni? lbh kurang rasa mcm ayam biasa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 23-12-2025 10:05 PM
Meols ingat masa kecik2 dulu, mak nakan meol ada bela ayam belanda sekor tak silap(tak pasti sama sp ...

haah. aku kecik2 dulu tiap hari naik beskal nk ke sekolah mesti kene lalu satu rumah ni yg ada bela 2-3 ekor ayam belanda. Sampai trauma aku kene kejar dgn ayam ni. bunyi dia pun scary je bila dgr
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 11:38 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 23-12-2025 10:05 PM
Meols ingat masa kecik2 dulu, mak nakan meol ada bela ayam belanda sekor tak silap(tak pasti sama sp ...

kluk kluk kluk kluk....

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 23-12-2025 07:08 PM
Di Rusia dan france mereka panggil indian bird, di Malaysia panggil ayam belanda, di England pan ...

Hebat ayam belanda, travel seluruh dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 03:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak dia jadi muntri, smua benda nak kena import even bawang or beras pun nak kena import...dats why la harga barang makin mahal
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 23-12-2025 10:18 PM
haah. aku kecik2 dulu tiap hari naik beskal nk ke sekolah mesti kene lalu satu rumah ni yg ada bel ...

Haha bertabah la
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-12-2025 11:38 PM
kluk kluk kluk kluk....

Ha betul la tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2025 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 24-12-2025 03:37 AM
Sejak dia jadi muntri, smua benda nak kena import even bawang or beras pun nak kena import...dats wh ...

Dorang ambik cara mudah nak selesaikan masalah

Takde seni langsung
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 08:46 AM | Show all posts
MissYouSayang replied at 24-12-2025 03:37 AM
Sejak dia jadi muntri, smua benda nak kena import even bawang or beras pun nak kena import...dats wh ...

bukan harga barang makin murah ke kalau import...cuma kacau market tempatan la bila dah import benda2 ni..

bawang dah lamaa dah import dari india/pakistan/china kan...

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 24-12-2025 09:30 AM

Ayam belanda ni bukan sedap.  Tasteless sebenarnya.

Ada ke org malaysia makan? Ke org malaysia yg perasan ala2 sambut american thanksgiving xmas?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 24-12-2025 09:29 AM
Ayam belanda ni bukan sedap.  Tasteless sebenarnya.

Ada ke org malaysia makan? Ke org malaysia yg p ...

Daging ayam belanda ni liat kan berbanding ayam?

Personally bagi saya daging itik lebih sedap daripada ayam, lebih-lebih lagi dengan kulit dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.072153 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list