|
SHAH ALAM – Hasrat Ismanira Abdul Manaf, 30, untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun yang dihadapi atas kesalahan mengabaikan anaknya, Allahyarham Zayn Rayyan hingga menyebabkan kecederaan fizikal, tidak kesampaian apabila permohonan itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Aslam Zainuddin memutuskan demikian selepas meneliti segala afidavit dan hujahan termasuk secara lisan daripada pemohon serta responden. “Permohonan ditolak disebabkan tiada keadaan khas,” katanya. Untuk rekod, Ismanira telah dipenjara selama 53 hari termasuk hari ini selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 31 Oktober lalu. Hakim Mahkamah Sesyen, Dr. Syahliza Warnoh memerintahkan wanita itu ke Penjara Wanita Kajang serta-merta selepas menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai di antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023. Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Sumber : Kosmo
|


Dalcott replied at 24-12-2025 08:33 AM
anak yg no 2 sape jaga
hart_attack replied at 24-12-2025 01:44 AM
Katanya dh diserahkan kpd keluarga,tp x tau la kot nenek belah mana ntah yg jaga
prince_marhaen replied at 23-12-2025 03:57 PM
Keluarga Isma tak cuba fight ke untuk kes ni? i mean keluarga kandung, bukan laki & mertua. Macam ta ...
anarina replied at 23-12-2025 08:13 PM
Bila ada kes besar n nak divert attention kuorlah kisah dik zayn rayyan ni begitulah sampai abg Jami ...
B40tastePosh replied at 23-12-2025 04:37 PM
Katanya perkahwinan mereka tak dapat restu keluarga Kann
prince_marhaen replied at 23-12-2025 03:57 PM
Keluarga Isma tak cuba fight ke untuk kes ni? i mean keluarga kandung, bukan laki & mertua. Macam ta ...
IzzahF replied at 23-12-2025 06:56 PM
nak fight mcm mana? anak dorang lepas tu pun dah syukur byk. aiols tgk kat tt kambenhitam tu..semp ...
prince_marhaen replied at 24-12-2025 02:22 PM
kannn.....iols takleh tengok muka atok nenek yang mulut jahat tu...nampak sangat ye fake gila.. ac ...
IzzahF replied at 28-12-2025 02:55 PM
yg bestnya beliau dah tak keja..duk rumah main game. adik zayn tu 2 hari tak g nursery sbb bapak y ...






ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.315164 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.