CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 803|Reply: 16

Permohonan gagal, Ibu Zayn Rayyan.. Ismanira kekal di penjara

[Copy link]
Post time 23-12-2025 12:16 PM | Show all posts |Read mode




SHAH ALAM – Hasrat Ismanira Abdul Manaf, 30, untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun yang dihadapi atas kesalahan mengabaikan anaknya, Allahyarham Zayn Rayyan hingga menyebabkan kecederaan fizikal, tidak kesampaian apabila permohonan itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin memutuskan demikian selepas meneliti segala afidavit dan hujahan termasuk secara lisan daripada pemohon serta responden.

“Permohonan ditolak disebabkan tiada keadaan khas,” katanya. Untuk rekod, Ismanira telah dipenjara selama 53 hari termasuk hari ini selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 31 Oktober lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Dr. Syahliza Warnoh memerintahkan wanita itu ke Penjara Wanita Kajang serta-merta selepas menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai di antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2025 03:57 PM | Show all posts
Keluarga Isma tak cuba fight ke untuk kes ni? i mean keluarga kandung, bukan laki & mertua. Macam tak ada sesiapa je daripada belah Isma. Nak kesian, tapi tangguh dulu simpati iols. gittewww
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bgus la ditolak. Seronok dok dlm tu,biar sedor sikit. Tu pun tunggu rayu lg mahkamah tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila ada kes besar n nak divert attention kuorlah kisah dik zayn rayyan ni begitulah sampai abg Jamil nampos kang dik Zara plak
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 08:33 AM | Show all posts
anak yg no 2 sape jaga
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalcott replied at 24-12-2025 08:33 AM
anak yg no 2 sape jaga

Katanya dh diserahkan kpd keluarga,tp x tau la kot nenek belah mana ntah yg jaga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2025 09:51 AM | Show all posts
hart_attack replied at 24-12-2025 01:44 AM
Katanya dh diserahkan kpd keluarga,tp x tau la kot nenek belah mana ntah yg jaga

kesian. smg dipermudahkan urusan. sape yg bersalah allah je yg tau.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 10:26 AM | Show all posts
tok laki leh sabor ke tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2025 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 23-12-2025 03:57 PM
Keluarga Isma tak cuba fight ke untuk kes ni? i mean keluarga kandung, bukan laki & mertua. Macam ta ...

Katanya perkahwinan mereka tak dapat restu keluarga Kann
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 11:02 AM | Show all posts
anarina replied at 23-12-2025 08:13 PM
Bila ada kes besar n nak divert attention kuorlah kisah dik zayn rayyan ni begitulah sampai abg Jami ...

aduhai...penyokong bosssakau ke ni? kelakar betul la statement ni.. kalau najib dapat tahanan rumah, dalam masa sama kes zayn ni keluar, mesti takde kluar statement divert attention kan? apa punya pemikiran la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 11:36 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 23-12-2025 04:37 PM
Katanya perkahwinan mereka tak dapat restu keluarga Kann

Awal2 dulu kan issue nama arwah takde bin Zaim kan.. terus nama penuh arwah sorg je dalam pendaftaran kan...lepas tu reporter semua keliru barulah tiba2 laporan seterusnya ada nama bapaknya. Sus kan relationship ni. Mertua macam tak suka, family sendiri pun senyap je..

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 12:56 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 23-12-2025 03:57 PM
Keluarga Isma tak cuba fight ke untuk kes ni? i mean keluarga kandung, bukan laki & mertua. Macam ta ...

nak fight mcm mana? anak dorang lepas tu pun dah syukur byk. aiols tgk kat tt kambenhitam tu..sempat lepas jatuh hukum tu dorang join majlis apa tah..atok siap menari2 gituh. dia pedulik hapa...asal anak dia yg lembam tu selamat
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 12:58 PM | Show all posts
body language orang mmg betul2 buat salah. lepas jatuh hukum menonong pegi nak kena jail takde merentan2 meraung keberatan....terus jalan. nk merentan2 pun malu, sbb dia tau polis2 tau mmg dia buat salah. awal kejadian dah paus belakon, ni dah kantoi byk nk belakon pun dah malu

yg terlepas tu plak derama lebih
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 02:22 PM | Show all posts
IzzahF replied at 23-12-2025 06:56 PM
nak fight mcm mana? anak dorang lepas tu pun dah syukur byk. aiols tgk kat tt kambenhitam tu..semp ...

kannn.....iols takleh tengok muka atok nenek yang mulut jahat tu...nampak sangat ye fake gila.. acah2 syg cucu hujung2 backup anak juga...
takleh blah bila tibah2 ada alibi anak dia pergi kerja masa zayn hilang tu... anak tengah hilang kau boleh relax pergi kerja dulu konon2 pagi sehari selepas hilang tu... keja pulak ngan atok dia... suspicious sangat!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya tempat kau kat penjara
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 08:55 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 24-12-2025 02:22 PM
kannn.....iols takleh tengok muka atok nenek yang mulut jahat tu...nampak sangat ye fake gila.. ac ...

yg bestnya beliau dah tak keja..duk rumah main game. adik zayn tu 2 hari tak g nursery sbb bapak yg jaga sndiri alih2 g keje...ai smpai skrg memikir apa sebenarnya yg dia buat kat budak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2025 09:08 AM | Show all posts
IzzahF replied at 28-12-2025 02:55 PM
yg bestnya beliau dah tak keja..duk rumah main game. adik zayn tu 2 hari tak g nursery sbb bapak y ...

Iye.... tiba2 je pergi kerja lepas anak kau hilang, kalau orang lain dah kelam kabut dah segala ceruk dia cari..
iols memang dah takde husnudzon ke apa lah... sampai nak putus telinga budak tu kena gunting, dubur kena sodok ngan kayu yang masih berdaun...memang iblis ye.. pastu pulak mak bapak (tok nenek zayn) over protective mulut cam barua nak back up anak, biar isma tanggung sorang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.461774 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list