CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Orang Paling Gembira Vape Bakal Diharamkan Tahun Depan” - Farahdhiya

23-12-2025 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 369| Komen: 2

 



Pelakon dan penyanyi Farahdhiya meluahkan rasa gembira apabila mengetahui rokok elektronik atau vape bakal diharamkan bermula tahun hadapan.

Menerusi satu hantaran di Threads, Farahdhiya berkata masih ramai penghisap vape berani menghisap di kawasan larangan hanya kerana vape tidak berbau busuk seperti rokok.

 
  
 

“Saya orang paling gembira bila dengar vape akan diharamkan tahun hadapan. Hanya sebab vape tak busuk seperti rokok, kebanyakan orang selamba hisap vape secara sembunyi walaupun di tempat yang dilarang,” tulisnya.

Sementara itu, Farahdhiya turut meluahkan rasa kesal dengan  sikap segelintir pengguna vape yang langsung tidak peka dengan orang sekeliling.

“Sangat biadab bila awak buat depan orang ramai kerana ada saja manusia yang tak boleh kena asap vape atau alergik.

“Tolong la ada otak sikit dan belajar hormat orang lain. Sama juga untuk rokok, awak nak sakit awak punya pasal,tapi tolong la ada simpati sikit,” tulisnya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan larangan penuh pengunaan rokok elektronik atau vape di seluruh negara selewat-lewatnya pada 2026.

Sumber : Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 23-12-2025 01:43 PM
Kenapa rokok pun tak di haramkan? Dua2 menyemakkan dan mengganggu orang.
Quote 4cupcakes 23-12-2025 07:56 PM
Me lagi terpaling gembira.. tolong la masukkan me kat headline jugekk

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.385461 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top