|
|
Pelakon dan penyanyi Farahdhiya meluahkan rasa gembira apabila mengetahui rokok elektronik atau vape bakal diharamkan bermula tahun hadapan.
Menerusi satu hantaran di Threads, Farahdhiya berkata masih ramai penghisap vape berani menghisap di kawasan larangan hanya kerana vape tidak berbau busuk seperti rokok.
“Saya orang paling gembira bila dengar vape akan diharamkan tahun hadapan. Hanya sebab vape tak busuk seperti rokok, kebanyakan orang selamba hisap vape secara sembunyi walaupun di tempat yang dilarang,” tulisnya.
Sementara itu, Farahdhiya turut meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pengguna vape yang langsung tidak peka dengan orang sekeliling.
“Sangat biadab bila awak buat depan orang ramai kerana ada saja manusia yang tak boleh kena asap vape atau alergik.
“Tolong la ada otak sikit dan belajar hormat orang lain. Sama juga untuk rokok, awak nak sakit awak punya pasal,tapi tolong la ada simpati sikit,” tulisnya.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan larangan penuh pengunaan rokok elektronik atau vape di seluruh negara selewat-lewatnya pada 2026.
Sumber : Rotikaya |
|