Oleh : TS LOO
" Awak makan bersama saya ke makan bersama telefon bimbit? Boleh tak angkat kepala awak dan bersembang dengan saya?" Betul tak kenyataan di atas merupakan suara hati anda? Namun demikian sampai akhirnya, kita sendiri pun akan menjadi sebahagian daripada mereka yang dipanggil sebagai "Puak Telefon Bimbit". Jenama perabot terkemuka dari Sweden iaitu IKEA, dengan niat nak "Puak Telefon Bimbit" tinggalkan telefonnya, angkat kepala mereka bersembang dengan orang yang berada di sekeliling dan makan bersama tanpa telefon bimbit. Justeru mereka telah mencipta sejenis meja makan atau dinning desk yang diberi nama "Makan Baik-Baik" supaya kita semua dapat duduk bersama dan makan dengan sebaik mungkin.
sumber foto: google image 26 Januari lalu, Kumpulan Peminat perabot IKEA di Taiwan telah memuat naikkan satu video yang mengenai "Bagaimana dapat menjamu selera dengan baik" di akaun Facebook rasmi mereka, tindakan itu serta-merta menerima perhatian netizen yang memberi komen: "daya kreativti yang sungguh tinggi", "saya nak beli", "sangat memerlukan meja jenis macam ini"! Jadi apa fungsi sebenar meja tersebut? Rupa-rupanya ini merupakan sebuah meja yang memerlukan telefon bimbit untuk menambah kepanasan "stimbot" yang dihidangkan, malah lagi banyak telefon bimbit, lagi kuat kepanasannya. Dengan cara sedemikian, bukan sahaja boleh menyebabkan semua orang secara automatik menyerah telefon bimbitnya, malah juga dapat mengakibatkan semua orang lebih memberi tumpuan untuk menjamu selera dan bersembang antara satu sama lain tanpa asyik sibuk main telefon bimbit masing-masing. Produk ini buat sementara waktu diberi nama sebagai "Meja Makan Baik-baik", IKEA turut menjemput sekumpulan netizen sama-sama mencadangkan nama yang kreatif untuk meja tersebut. Paparan video menunjukkan pihak IKEA menjemput sekumpulan pengguna datang ke kedai untuk mengadakan "Sesi Menguji Makan", apabila sudah mengambil tempat duduk, kelihatan semua orang sibuk bermain telefon bimbit masing-masing. Ketika pelayan restorn meminta semua orang keluarkan telefon bimbit, kebanyakan beranggapan ianya saat untuk mengambil gambar, akan tetapi tanpa disangka pelayan suruh mereka letak telefon bimbit di bawah "stimbot" untuk memanaskannya. Kelihatan semua orang rasa ragu-ragu, namun akhirnya tetap mengikut juga apa yang disuruh. Rata-rata mereka rasa terperanjat, tidak disangka-sangkakan sumber kuasa telefon bimbit boleh digunakan untuk menambah kepanasan "stimbot" berkenaan. Biarpun kebanyakan orang memuji ciptaan tersebut boleh menyelesaikan masalah mereka yang terlalu ghairah main telefon bimbit, tapi terdapat juga netizen yang menyuarakan kelemahan yang ada pada produk tersebut, iaitu sekiranya seorang diri makan, tiada telefon bimbit untuk digunakan, "stimbot" pula tak cukup panas, situasi sedemikian kesian, kan!- CARI Infonet |
6
Bagus |
5
Marah |
7
Terkejut |
4
Sedih |
3
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ultra78 replied at 1-2-2016 03:20 PM
Aku makan sorang-sorang aje di luar. Jadi handphone jadi peneman. Di rumah pun aku makan sorang-sora ...
ADVERTISEMENT