|
MELAKA – Punca jangkitan HIV di Melaka kini menunjukkan perubahan ketara apabila majoriti kes baharu dicatatkan berpunca daripada hubungan seksual termasuk hubungan sejenis. Pengarah Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) Dr. Ruzita Mustaffa mendedahkan, trend itu berlaku apabila golongan penagih dadah kini tidak lagi bergantung kepada jarum suntikan sebaliknya beralih kepada dadah sintetik. Menurutnya, peralihan itu menyebabkan risiko jangkitan melalui perkongsian jarum menurun sekali gus menjadikan hubungan seksual kini sebagai punca dominan. “Banyak yang berlaku ketika ini adalah jangkitan melibatkan hubungan seksual sejenis dan ketara dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, seiring pola yang berlaku di peringkat nasional. “Kelompok yang paling terkesan melibatkan golongan dewasa berusia antara 25 hingga 60 tahun yang berada dalam kumpulan bekerja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Plak Dan Sijil Pengiktirafan Sijil Bersih dan Selamat (BeSS) di Zus Coffee, Bukit Baru di sini hari ini. Ia dirasmikan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem. Menurut Dr Ruzita, walaupun tiada peningkatan mendadak dicatatkan, pertukaran punca jangkitan itu adalah perkembangan yang perlu diberi perhatian. “Kita dapati yang banyak berlaku jangkitan adalah disebabkan hubungan seksual sama ada gay ataupun lesbian seperti data di peringkat nasional,” tambahnya. Bagaimanapun, Dr Ruzita menegaskan, masyarakat tidak boleh ‘pukul rata’ setiap pesakit HIV adalah disebabkan tingkah laku berisiko hubungan terlarang. “Ini kerana ada sebahagian mereka tidak bersalah dan tidak berdosa sebab itu kita tekankan usaha mengurangkan stigma ini. Pada masa sama kita perlu memastikan kesedaran masyarakat terus meningkat,” tambahnya lagi. Sumber – MalaysiaGazette |

kemaruk replied at 3-12-2025 12:58 AM
penyakit apa pulak datang kalau taik asyik melekat kat kepala takuk?
hyie replied at 2-12-2025 05:55 PM
yang ni hubungan kelamin saja atau termasuk ringan2? gitu meols curious
Decaffeinated: macam mana transmission among ...
lightheaded67 replied at 3-12-2025 08:34 AM
copy paste
some STIs are transmitted less frequently among lesbians than among gay men, but the r ...
Decaffeinated replied at 2-12-2025 09:44 PM
macam mana transmission among lesbians?
nusaraya replied at 3-12-2025 06:45 AM
Wooow.... Kebangkitan tradisi tamadun lama empire melaka yang ternyata telah menimbulkan bencana HIV ...
Decaffeinated replied at 3-12-2025 12:59 PM
macam tak jawab soalan but thx anyway
btw if not too much to ask lain kali can you pls use reply f ...
Decaffeinated replied at 2-12-2025 01:44 PM
macam mana transmission among lesbians?

lightheaded67 replied at 4-12-2025 08:14 AM
ade saje
m i reporting myself to u now
A-Are replied at 4-12-2025 08:25 AM
kes transmit lesbian very rare u...melainkan ada exposure blood hiv..xmcm lelakitp tula penyelidik ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.285792 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.