|
KUALA LUMPUR – Kerajaan berjaya mengurangkan kebergantungan terhadap hutang baharu apabila pinjaman tahunan negara susut daripada kira-kira RM100 bilion pada 2021 kepada antara RM70 hingga RM75 bilion tahun ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penurunan hampir RM30 bilion itu mencerminkan disiplin fiskal lebih kukuh hasil pelaksanaan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal, selain usaha kerajaan menutup ketirisan serta menyusun semula perbelanjaan. “Ini kadar pengurangan yang ketara dan membuktikan disiplin fiskal yang kita laksanakan mula menunjukkan hasil. Namun isu besar kita masih berkait tanggungan hutang dan obligasi yang perlu ditunaikan,” katanya ketika sesi Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan Syahredzan Johan (PH–Bangi) mengenai jumlah terkini hutang negara dan prinsip kerajaan dalam mengurangkan pinjaman baharu.
Setakat 30 September 2025, jumlah hutang Persekutuan direkodkan RM1.3155 trilion. Bagaimanapun, Anwar menegaskan kedudukannya kekal terurus serta berada dalam had undang-undang. Menurutnya, hutang statutori kini pada paras 64 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), masih di bawah siling 65 peratus. Hutang luar pesisir pula hanya RM22.4 bilion, jauh lebih rendah daripada had 35 peratus yang dibenarkan. “Bil perbendaharaan juga berada pada paras sihat iaitu RM4 bilion berbanding had maksimum RM10 bilion,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |




kemaruk replied at 2-12-2025 08:59 PM
Cukuplah kalau sekadar untuk kelentong pensokong agar tersenyum bangga
Orang bijak macam bangkem ak ...

terma2nkondisi2 replied at 2-12-2025 10:08 PM
banyak spin yg boleh dikupas drpd artikel yg pendek ni
hutang naik meroket zaman madani ni dan su ...
kemaruk replied at 3-12-2025 12:51 AM
ko tulis panjang2 pon dorang bukannya paham
paling hebat pon dorang akan reply "sakau!" dan "1mdb! ...
Dulu pun tetiba 1 Trillion 
terma2nkondisi2 replied at 2-12-2025 10:08 PM
banyak spin yg boleh dikupas drpd artikel yg pendek ni
hutang naik meroket zaman madani ni dan su ...


kemaruk replied at 3-12-2025 12:51 AM
ko tulis panjang2 pon dorang bukannya paham
paling hebat pon dorang akan reply "sakau!" dan "1mdb! ...
Tinot7 replied at 3-12-2025 05:38 AM
Extra duit utang tu mai dari mana?
terma2nkondisi2 replied at 3-12-2025 07:05 AM
masa zaman pm najib razak, banyak projek infrastruktur bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
ADVERTISEMENT