CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Ini Ulasan Ustaz Azhar Idrus Bila DMA Islam Label Pencinta Kucing Makhluk Bodoh & Ada Masalah Mental

24-11-2025 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 643| Komen: 3

 


Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil memberikan penjelasan selepas tular dakwaan pempengaruh media sosial kontroversi, DMA Islam yang melabel pencinta kucing sebagai makhluk b0d0h yang mempunyai masalah mental.

Menerusi kuliahnya yang dikongsikan semula di platform TikTok, UAI menegaskan, kenyataan tersebut tidak berasas dan bercanggah dengan sejarah serta ajaran Islam yang menjunjung sifat kasih sayang terhadap haiwan.

“Ada seorang influencer ni ataupun TikToker ni, ikut pandailah. Dia kata siapa pencinta kucing (cat lover) ni, ada penyakit mental. Maknanya otak tak sihat.

“Apa dalilnya? Mana dalil?,” soalnya.


Mengulas lanjut, UAI berkata, kecintaan terhadap kucing bukanlah satu perkata yang pelik, malah menjadi sifat terpuji seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, iaitu Abdul Rahman, yang terkenal dengan gelaran Abu Hurairah.

“Abdul Rahman adalah sahabat Nabi Muhammad SAW, beliau merupakan seorang pencinta kucing. Depan rumah dia ada satu pokok dan kucing berkumpulan di pokok sebab beliau selalu letak makanan di dawah pokok itu.

“Dan, satu hari dia bermain dengan kucing itu kemudian Nabi sampai dan memberi salam. Beliau terkejut lalu memasukkan kucing itu di lengan bajunya.. kemudian Nabi menegur meminta Abdul Rahman mengeluarkan kucing itu lalu memberi nama kepada Abdul Rahman sebagai Abu Hurairah iaitu Bapa anak kucing.

“Kamu pada hari ini aku gelar bapa anak kucing. Apa maknanya? Maknanya adalah kamu adalah makhluk penyayang. Nabi puji beliau,” katanya.

Dalam pada itu, UAI menegaskan, melabel pencinta kucing sebagai seorang yang mempunyai masalah mental atau ‘tidak sihat otak’ adalah tuduhan berat yang tidak wajar dikeluarkan.

“Maka, boleh ke kita kata orang yang sangat suka kucing ni mental? Tak boleh lah. Apa pun nak kata mental tu biarlah keluar daripada kebiasaannya.

“Kalau kucing mati, dia pergi bercakap dengan kucing  dan kelakuan itu berlanjutan itu baru boleh kita katakan sebagai mental. Kalau siap ada batu nisan, baca talkin kucing mati itu baru mental. Kalau setakat sayang kucing tak ada masalah okay,” jelasnya.



Sumber: Hot FM

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 24-11-2025 11:12 AM
Yg dok follow dma ni nape, da nampak sgt bengapnya pun
Quote airmineral 24-11-2025 12:57 PM
tak terjangkau di fikiranku wujud manusia begini
aku geli weh tgk dia ni xtau kenapaaa
Quote pinkpunk 25-11-2025 09:03 AM
bibir tebal macam selipar pun nk komen macam ko terpaling. benci plak tgk dia ni.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.203555 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top