|
Personaliti media sosial, Aqil Zulkiflee menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya yang kini berusia dua bulan di sebuah hotel mewah. Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Aqil bersama isteri dan anaknya menginap di sebuah hotel mewah yang terletak di Langkawi, Kedah. Aqil turut berkongsi keadaan bilik mereka serta momen menikmati kek hari jadi yang disediakan pihak hotel. "Kali pertama bawa Ayana ke hotel mewah, sambut hari lahirnya." Asyik mak ayah dia saja, bagi Ayana merasa juga." Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Aqil yang dilihat secara tidak langsung turut membahagiakan isterinya selepas selesai fasa berpantang. Dalam masa yang sama, warganet turut menyifatkan Aqil sebagai bapa penyayang dan suami yang baik. Terdahulu, Aqil dan isteri, Nur Iliyaa Jasmina Roslan telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 12 September lalu dan diberi nama Ayana Aqila. Untuk info, Aqil dan Iliya mendirikan rumah tangga pada 20 Julai 2024. Sumber: TikTok Aqil Zulkiflee, Oh Bulan |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-5-2026 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.181831 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.