|
SEORANG wanita meraih perhatian di aplikasi Threads selepas berkongsi satu teknik merangupkan gorengan yang didakwa berkesan tetapi sebenarnya amat berbahaya. Menurut wanita itu, teknik berkenaan diamalkan oleh kawan ibunya yang berniaga makanan seperti karipap dan pisang goreng. "Mak aku cerita, kawan dia bagi tip goreng karipap rangup. Rupanya kawan mak aku ni dia masukkan plastik minyak ke dalam kuali. "Plastik minyak tu larut dalam minyak panas. Biasa plastik minyak kita buang, tapi kawan mak aku ni masukkan dalam minyak panas untuk menggoreng. "Sejak hari tu, mak aku tak berani makan kuih yang kawan dia jual. Dia bagi kuih yang tak habis tu, tapi mak aku buang," dedah wanita itu. Di ruangan komen, seorang lagi wanita mendedahkan teknik gorengan berkenaan sebenarnya turut diamalkan oleh peniaga lain. "Benda ni dah lama. Pernah tengok peniaga pisang goreng terutamanya yang bukan orang tempatan.
"Dia akan leburkan plastik minyak masak paket sekali dalam kuali waktu minyak dah panas. "Memang itu rahsia nak bagi gorengan rangup. Ada juga yang masukkan straw," kongsi wanita itu pula. Menurut seorang lagi individu, peniaga di tempatnya pula menggunakan botol plastik untuk merangupkan makanan yang digoreng. "Yang kat kampung saya lagi dahsyat. Kedai tu sangat terkenal. Dia guna botol plastik untuk menggoreng. "Kawan saya nampak dia campak botol plastik untuk digoreng sekali. Terkejut kawan saya. Lepas tu kita dah boikot kedai dia," dakwa individu itu. Untuk rekod, German Federal Institute For Risk Assessment (BFR) pernah mengeluarkan amaran tentang bahaya plastik dalam makanan. Menurut BFR, plastik yang digunakan dalam industri makanan mengandungi banyak racun berbahaya yang boleh menyerap masuk ke dalam makanan. Sumber : mStar |
PULANGKAN replied at 19-11-2025 08:02 PM
tudia mampuih semua orang telan microplastik
kalau la iols pernah terbeli dan telan, dan dah hadam ...

lanacondor replied at 19-11-2025 07:46 PM
Yg masuk plastik ni semua geng2 indon yg dah beranak pinak dan ada ic. Sebab tu kene pilih beli maka ...
fattymah replied at 19-11-2025 12:00 PM
@Kitty_catz dah ada benang.. nasibla iols jenis wat gorpis sendiri
kotakbaju replied at 19-11-2025 09:00 PM
Bru nak reply camni. Dulu penah terbaca petua gini gak dari mana ntah. Petua pelik2 gini dari bela ...
kotakbaju replied at 19-11-2025 09:02 PM
Uols masa goreng pisang tu ada taruk air kapur ke utk kasi rangup tepung tu?
sharlenetexas replied at 19-11-2025 10:10 PM
Harapnya kopi indon letak arang tak merebak ke sini. Pelik2 dan sangat bahaya.
kotakbaju replied at 19-11-2025 09:00 PM
Bru nak reply camni. Dulu penah terbaca petua gini gak dari mana ntah. Petua pelik2 gini dari bela ...
sharlenetexas replied at 19-11-2025 10:10 PM
Harapnya kopi indon letak arang tak merebak ke sini. Pelik2 dan sangat bahaya.
sharlenetexas replied at 19-11-2025 10:10 PM
Harapnya kopi indon letak arang tak merebak ke sini. Pelik2 dan sangat bahaya.

fattymah replied at 19-11-2025 11:04 PM
Ai tak pakai air kapur.. resepi ai tepung gandum, tepung jagung, tepung beras soda b dengan garam ...
B40tastePosh replied at 20-11-2025 12:41 AM
Tu ramai orang Sakit.
Aku dah tak makan luar sangat, dan tak makan makanan segera sangat.