CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 5965|Reply: 45

Makcik jual kuih masukkan plastik minyak dalam kuali panas, konon untuk rangupkan makanan

[Copy link]
Post time 19-11-2025 09:52 AM | Show all posts |Read mode





SEORANG wanita meraih perhatian di aplikasi Threads selepas berkongsi satu teknik merangupkan gorengan yang didakwa berkesan tetapi sebenarnya amat berbahaya.


Menurut wanita itu, teknik berkenaan diamalkan oleh kawan ibunya yang berniaga makanan seperti karipap dan pisang goreng.


"Mak aku cerita, kawan dia bagi tip goreng karipap rangup. Rupanya kawan mak aku ni dia masukkan plastik minyak ke dalam kuali.


"lastik minyak tu larut dalam minyak panas. Biasa plastik minyak kita buang, tapi kawan mak aku ni masukkan dalam minyak panas untuk menggoreng.


"Sejak hari tu, mak aku tak berani makan kuih yang kawan dia jual. Dia bagi kuih yang tak habis tu, tapi mak aku buang," dedah wanita itu.


Di ruangan komen, seorang lagi wanita mendedahkan teknik gorengan berkenaan sebenarnya turut diamalkan oleh peniaga lain.


"Benda ni dah lama. Pernah tengok peniaga pisang goreng terutamanya yang bukan orang tempatan.


"Dia akan leburkan plastik minyak masak paket sekali dalam kuali waktu minyak dah panas.


"Memang itu rahsia nak bagi gorengan rangup. Ada juga yang masukkan straw," kongsi wanita itu pula.


Menurut seorang lagi individu, peniaga di tempatnya pula menggunakan botol plastik untuk merangupkan makanan yang digoreng.


"Yang kat kampung saya lagi dahsyat. Kedai tu sangat terkenal. Dia guna botol plastik untuk menggoreng.


"Kawan saya nampak dia campak botol plastik untuk digoreng sekali. Terkejut kawan saya. Lepas tu kita dah boikot kedai dia," dakwa individu itu.


Untuk rekod, German Federal Institute For Risk Assessment (BFR) pernah mengeluarkan amaran tentang bahaya plastik dalam makanan.


Menurut BFR,  plastik yang digunakan dalam industri makanan mengandungi banyak racun berbahaya yang boleh menyerap masuk ke dalam makanan.




Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2025 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
bila timbul 'syak [email protected] orang pung x nak la beli...ko makan la sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 11:56 AM | Show all posts
dulu kes goreng kentang... sama konsep
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
@Kitty_catz dah ada benang.. nasibla iols jenis wat gorpis sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg masuk plastik ni semua geng2 indon yg dah beranak pinak dan ada ic. Sebab tu kene pilih beli makanan. Jgn pakai telan je. Kalau kuih goreng pisang sekarang mmg jarang beli kecuali mmg tau org tu org malaysia. Kalau dah tulis gorengan tu dah sah2 la indon
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 08:02 PM | Show all posts
tudia mampuih semua orang telan microplastik

kalau la iols pernah terbeli dan telan, dan dah hadam sapa pun goreng aniaya orang ramai camni, semoga perniagaan mereka lingkup menyembah bumi, jerawat tumbuh dalam hidung, dan muka diorang nampak 20 tahun lebih tua. (plus lemak iols pegi kat diorang)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2025 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 19-11-2025 08:02 PM
tudia mampuih semua orang telan microplastik

kalau la iols pernah terbeli dan telan, dan dah hadam  ...

Wuu dasyat doa tu

Apa pun dah terbeli tertelan apa boleh buat lagi dah. Kita beringat je la lepas ni. Meols pun ntah ke penah terbeli gorengan campur plastik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 19-11-2025 07:46 PM
Yg masuk plastik ni semua geng2 indon yg dah beranak pinak dan ada ic. Sebab tu kene pilih beli maka ...

Bru nak reply camni. Dulu penah terbaca petua gini gak dari mana ntah. Petua pelik2 gini dari belah indon sinun. Kita recycle plastik buh taruk dalam tong khusus utk plastik punya. Yg depa recycle buh dalam makanan balik. Pelik2 punya orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2025 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
fattymah replied at 19-11-2025 12:00 PM
@Kitty_catz dah ada benang.. nasibla iols jenis wat gorpis sendiri

Uols masa goreng pisang tu ada taruk air kapur ke utk kasi rangup tepung tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan benda baru. Dari dulu macam ni.. Lagi-lagi pisang goreng
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 19-11-2025 09:00 PM
Bru nak reply camni. Dulu penah terbaca petua gini gak dari mana ntah. Petua pelik2 gini dari bela ...

Harapnya kopi indon letak arang tak merebak ke sini. Pelik2 dan sangat bahaya.


Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 19-11-2025 09:02 PM
Uols masa goreng pisang tu ada taruk air kapur ke utk kasi rangup tepung tu?

Ai tak pakai air kapur.. resepi ai tepung gandum, tepung jagung, tepung beras  soda b dengan garam.. air bancuh tu  ai letak kiub ais
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu ramai orang Sakit.

Aku dah tak makan luar sangat, dan tak makan makanan segera sangat.

Kalau lapar waktu malam aku akan buat sup ayam atau Tomyam di rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 19-11-2025 10:10 PM
Harapnya kopi indon letak arang tak merebak ke sini. Pelik2 dan sangat bahaya.


Negeri Perak katanya nak tanam kopi dah di kaki gunung, mungkin sebagai pendapatan untuk orang asli juga

Tak sabar nak rasa Kopi Perak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 19-11-2025 09:00 PM
Bru nak reply camni. Dulu penah terbaca petua gini gak dari mana ntah. Petua pelik2 gini dari bela ...



Minit ke 07:54 tobat nk mkn tahu kt kedai2 geprek tu hah
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 19-11-2025 10:10 PM
Harapnya kopi indon letak arang tak merebak ke sini. Pelik2 dan sangat bahaya.


Kenapa diorg ni mcm setan dia punya jahat ehhhhh

Weh iols google dh ada la kt Meleysia weih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2025 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 19-11-2025 10:10 PM
Harapnya kopi indon letak arang tak merebak ke sini. Pelik2 dan sangat bahaya.

Style kopi pak belalang sangat guna arang tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
fattymah replied at 19-11-2025 11:04 PM
Ai tak pakai air kapur.. resepi ai tepung gandum, tepung jagung, tepung beras  soda b dengan garam ...

Wow boleh iols cuba ni. Thanks share sini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 20-11-2025 12:41 AM
Tu ramai orang Sakit.

Aku dah tak makan luar sangat, dan tak makan makanan segera sangat.

Rajinnye chuols masak sup ayam atau tomyam tu waktu malam.

Kalau iols dh malas nak masak malam2. Paling2 lapar sangat pun masak maggie kari tu je yg paling mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 20-11-2025 12:43 AM
Negeri Perak katanya nak tanam kopi dah di kaki gunung, mungkin sebagai pendapatan untuk orang asl ...

Kat mana nak baca ni? Menarik jugak. Yg iols tau ada ladang teh gaharu kat gopeng tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.711142 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list