Oleh : Dean BZ
Setiap kali kita, ahli keluarga atau sahabat terkena demam denggi, pasti ada yang berpesan supaya meminum jus betik, sup ketam atau minuman isotonik supaya demam cepat kebah. Memetik laporan hmetro, Pegawai Perubatan Kanan Perubatan Am Hospital Seri Manjung Dr Hafizah Mohamed Haniba berkata, setakat ini tiada kajian saintifik yang membuktikan demam denggi mampu disembuhkan menerusi tiga amalan itu. Beliau berkata, salah faham itu disebabkan maklumat yang disampaikan adalah dari mulut ke mulut sejak dulu sehingga dianggap berkesan dalam merawat penyakit berkenaan. Katanya, daripada sudut perawatan moden, belum ada kaedah dan rawatan khusus untuk penyakit itu. “Apa saja yang berkaitan dengan herba tradisional dan sup ketam adalah lebih kepada petua orang lama dan boleh dikategorikan sebagai rawatan sampingan, bukan rawatan sebenar.
“Sebenarnya, perlu ada kajian menyeluruh yang membabitkan sejumlah pesakit untuk memastikan kesahihan sesuatu herba dalam rawatan penyakit denggi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Dr Hafizah pula berkata, persepsi masyarakat terhadap amalan itu perlu diperbetulkan, selain menasihatkan individu yang disyaki menghidap denggi supaya mendapatkan rawatan di hospital terlebih dulu. “Cukup sekadar air kosong saja untuk dijadikan alternatif rawatan penyakit denggi tidak berdarah, bukan air isotonik kerana kandungan paras gulanya yang tinggi. “Bayangkan jika pesakit itu menghidap diabetes, pasti ia memberi kesan terhadap paras gula dalam badan mereka,” katanya. Jadi, dalam hal ini kita dapat lihat pertembungan antara petua perubatan tradisional dan perubatan moden. Perubatan moden mendakwa masih tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan 3 amalan itu membantu memulihkan demam denggi, sebaliknya pesakit yang berpegang pada petua perubatan tradisional pula mendakwa 3 amalan ini sangat baik diamalkan dan terbukti berkesan. Pada pendapat penulis, jika amalan itu tidak memudaratkan pada demam dan terbukti berkesan (walaupun belum ada kajian yang membuktikan), mungkin boleh diamalkan. Apapun itu hanya pendapat peribadi, sebaiknya ikutlah nasihat doktor yang bertauliah kerana mereka lebih pakar dalam soal kesihatan. - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
15
Bagus |
18
Marah |
35
Terkejut |
25
Sedih |
10
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
epis replied at 29-1-2016 04:48 PM
saya haritu doktor sendiri suruh minum jus betik dgn sup ketam, huhu...
sfinaria replied at 29-1-2016 04:50 PM
Aku last year kne denggi masuk hospital pun mmg doc paksa minum air kosong byk2. Pastu kne catat pla ...
axl_bach replied at 29-1-2016 04:50 PM
Rawatan sampingan...... sila paham yer....
Rawatan utama kes denggi adalah terapi bendalir int ...
gaara_X replied at 29-1-2016 04:47 PM
ermmmmm..cam tu...air rebusan betik tak leh diamalkan berterusan laa ek....ermmmmm.....demam denggi ...
epis replied at 29-1-2016 04:53 PM
Saya sampai kene marah dengan doktor sebab x minum jus betik dan sup ketam.. mcm mne saya nk cari ...
axl_bach replied at 29-1-2016 04:56 PM
Masuk air garam tu la terapi bendalir intravena makngah ooiiiii, or dlm bahasa kg INTRAVENOUS FLU ...
axl_bach replied at 29-1-2016 04:56 PM
Masuk air garam tu la terapi bendalir intravena makngah ooiiiii, or dlm bahasa kg INTRAVENOUS FLU ...
axl_bach replied at 29-1-2016 04:54 PM
Nope, main treatment bkn no tinggikan platelet, DENGUE IS NOT A PLATELET DISEASE..... tu oldscho ...
ADVERTISEMENT