CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Makan perlahan kurangkan risiko obesiti sebanyak 45 peratus - Kajian

13-11-2025 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1072| Komen: 4

 


DALAM kehidupan serba pantas, waktu makan menjadi rutin perlu 'diselesaikan' segera sedangkan cara menikmati makanan memainkan peranan besar terhadap kesihatan sekali gus mengundang risiko obesiti. 

Selepas makan, sistem pencernaan secara semula jadi akan melepaskan hormon menghantar isyarat kepada otak memberitahu badan mula kenyang. 

Namun, proses ini mengambil masa kira-kira 20 minit. Jadi, apabila makan secara gelojoh, otak tidak sempat menerima isyarat kenyang menyebabkan keinginan untuk makan lebih banyak daripada diperlukan.

Menurut penyelidikan American Heart Association Scientific Sessions 2017, tabiat makan secara perlahan menjadi kunci kepada penjagaan kesihatan dan pengurusan berat badan lebih baik.

Kajian lain dikendalikan penyelidik dari Universiti Kyushu, Jepun sekitar 2018 turut mendapati bahawa individu makan dengan perlahan mempunyai 45 peratus kurang risiko mengalami obesiti berbanding mereka makan dengan cepat. 


Penemuan ini menunjukkan bahawa amalan makan secara berhemah boleh menjadi kaedah mudah tetapi berkesan untuk mengekalkan berat badan sihat.

Menurut laporan Associated Press of Pakistan (APP), tabiat makan dan mengunyah dengan perlahan bukan sahaja membantu mengawal berat badan tetapi melambatkan kemunculan sindrom metabolik seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan tahap kolesterol tidak normal.

Sebaliknya, makan dengan laju dikaitkan dengan peningkatan berat badan, ukuran pinggang lebih besar serta paras glukosa darah lebih tinggi. 

Makan dengan cepat cenderung tidak berasa kenyang walaupun mengambil makanan banyak. 

Hasilnya, kalori berlebihan terkumpul dan lama-kelamaan menyebabkan pertambahan berat badan.

Justeru, luangkan masa untuk menikmati setiap suapan, hargai rasa, tekstur dan aroma makanan dinikmati.

Sumber – Kuali.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 13-11-2025 10:43 AM
ajaran sunnah yg simple nak buat..
Quote airfilterkotor 13-11-2025 05:01 PM
Makan secara perlahan boleh mendatangkan nikmat rasa makan yang sebenar.
Dengan syarat kunyah perlahan-lahan macam citer tikus pandai masak tu.
Habis semua bungapi warna-warni keluar dalam minda... punya la sedap.
Quote Sunshine9202 1-1-2026 08:16 PM
Hmm
Quote plywood 1-1-2026 08:30 PM

Makan dengan cepat cenderung tidak berasa kenyang walaupun mengambil makanan banyak.

jadi sebabnya ialah rasa tak kenyang, jadi makan lebih banyak...  aku ingatkan ada proses berlainan berlaku dalam tubuh, rupanya cuma lambat kenyang...

cuba tengok dalam video ni... makan cepat dan banyak gila tapi masih kurus..
https://www.youtube.com/watch?v=ZQagoDNakQ4
[youtube] Makan dengan cepat cenderung tidak berasa kenyang walaupun mengambil makanan banyak. [/youtube]

.. dia mungkin makan lambat tetapi videonya dicepatkan














Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.037752 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top