|
Tindakan seorang wanita yang menjadikan ruang promosi makanan di sebuah pasar raya sebagai tempat menikmati makan tengah hari mencuri perhatian pengguna media sosial. Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @itsnanyrahman, wanita berkenaan dilihat mencuba pelbagai jenis sampel makanan yang disediakan di beberapa gerai promosi. Video berdurasi lebih seminit itu memaparkan dia mencuba pelbagai jenis makanan seperti mi segera, teh tarik, ais krim serta beberapa makanan ringan yang lain. “Sambil habiskan MySara sambil makan tengah hari sekali,” tulisnya di ruangan kapsyen. Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya terhibur dengan tindakan spontan wanita itu. “Sampel makanan memang sedap dia lain macam. Beli makan dekat rumah tak seronok pula. Ingat perlu beli lah mangkuk sampel makanan tu makan dalam tu mungkin jadi sedap,” komen @jusstenders
“Saya pernah bekerja yang bagi sampel makanan macam ni dan saya suka kalau orang ambil sampel kita,” kata Sofea. “Bila baca komen baru tahu rupanya mereka ni suka bila kita ambil sampel makanan tu. Ingatkan kalau kita ambil tapi tak beli, mereka akan mengata. Okay, nanti kalau nampak lagi, saya pastikan saya ambil,” komen @puan_jue_z Sumber: – KOSMO! ONLINE |

akies replied at 6-11-2025 11:43 AM
Anak iols suka amik kalau dihulur masa tengah
jalan2.
Nak amik sendiri mmg segan la
Samerosie replied at 6-11-2025 12:20 PM
OT, berckp pasal anak ni kan, anak iols pula suka gamit kat yg jual buah kat trafik lights tu. Ber ...

Samerosie replied at 5-11-2025 11:20 PM
OT, berckp pasal anak ni kan, anak iols pula suka gamit kat yg jual buah kat trafik lights tu. Ber ...
talapia replied at 6-11-2025 12:21 PM
one of my kenalan share.. masa dia study UiTM dulu.. mmg slalu ke Aeon Bukit Raja.. makan sample2 ma ...
nikaido replied at 6-11-2025 12:39 PM
macam dlm komik crayon shin chan. Misae bwk famili pusing2 mkn sampel dkt supermarket. kl ada yg ter ...