CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234Next
Return to list New
View: 2492|Reply: 60

Jimat belanja, wanita ambil semua sampel makanan pasar raya

[Copy link]
Post time 6-11-2025 08:41 AM | Show all posts |Read mode





Tindakan seorang wanita yang menjadikan ruang promosi makanan di sebuah pasar raya sebagai tempat menikmati makan tengah hari mencuri perhatian pengguna media sosial.


Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @itsnanyrahman, wanita berkenaan dilihat mencuba pelbagai jenis sampel makanan yang disediakan di beberapa gerai promosi.


Video berdurasi lebih seminit itu memaparkan dia mencuba pelbagai jenis makanan seperti mi segera, teh tarik, ais krim serta beberapa makanan ringan yang lain.


“Sambil habiskan MySara sambil makan tengah hari sekali,” tulisnya di ruangan kapsyen.


Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya terhibur dengan tindakan spontan wanita itu.


“Sampel makanan memang sedap dia lain macam. Beli makan dekat rumah tak seronok pula. Ingat perlu beli lah mangkuk sampel makanan tu makan dalam tu mungkin jadi sedap,” komen @jusstenders


“Saya pernah bekerja yang bagi sampel makanan macam ni dan saya suka kalau orang ambil sampel kita,” kata Sofea.


“Bila baca komen baru tahu rupanya mereka ni suka bila kita ambil sampel makanan tu. Ingatkan kalau kita ambil tapi tak beli, mereka akan mengata. Okay, nanti kalau nampak lagi, saya pastikan saya ambil,” komen @puan_jue_z





Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2025 09:38 AM | Show all posts
amboi
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu kurang amik..biasa cina la..amik byk kali plak tu..mcm sengkek sgt...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai buat bini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
... maksudnya dijadikan bini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak iols suka amik kalau dihulur masa tengah
jalan2.
Nak amik sendiri mmg segan la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2025 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mkn ciput mcm tu mana cukuppp
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 6-11-2025 11:43 AM
Anak iols suka amik kalau dihulur masa tengah
jalan2.
Nak amik sendiri mmg segan la

OT, berckp pasal anak ni kan, anak iols pula suka gamit kat yg jual buah kat trafik lights tu. Berdesup org tu dtg iols kena dr dlm keta signal eh tak tak, tak nak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2025 12:21 PM | Show all posts
one of my kenalan share.. masa dia study UiTM dulu.. mmg slalu ke Aeon Bukit Raja.. makan sample2 macam ni bila takde duit. Makan serba sikit camtu.. bole la kenyang jugak klau dah macam2 kau telan. jimat duit.

aku lak tak baper gemar amik sample2 in random.. unless benda tu mmg ada kemungkinan aku akan beli.. normally lepas aku rasa.. new flavor ke apa... mmg aku capai beli.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
macam dlm komik crayon shin chan. Misae bwk famili pusing2 mkn sampel dkt supermarket. kl ada yg terbeli, maksudnya kalah dlm menahan cabaran tukang promote
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 03:32 PM | Show all posts
best ooo..ai suka try sample camni.. kalau sedap ai beli
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 6-11-2025 12:20 PM
OT, berckp pasal anak ni kan, anak iols pula suka gamit kat yg jual buah kat trafik lights tu. Ber ...

Mangga tu ke?


Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jarang meols buat gini.

Nak terai melahap gini juga la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka juga kalau banyak sample2 mcm ni. Kdg2 brand tu nak introduce flavor baru rajin2 lah buat sample. Aku ni susah sikit nak try takut x sedap. Dgn ada sample2 ni lah kalau sedap btol baru beli
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 09:47 PM | Show all posts
Samerosie replied at 5-11-2025 11:20 PM
OT, berckp pasal anak ni kan, anak iols pula suka gamit kat yg jual buah kat trafik lights tu. Ber ...



Hahaha ni mesti pasal orang tu pakai costume ka
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Guwe pula kalu campur..wlpn kuantiti sedikit.. Tak naklah sbb pula sakit perut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2025 10:18 PM | Show all posts
Sebelum kawin aku maleh nak try sample makanan ni sebab nanti org ingat aku pelahap..nak pulak bila ada sekali ngan ah so yg suka try. Tapi bila dah ada anak, orang tak offer pun aku yg offer diri sendiri..ahak ahak. Bukan apa, sample tu penting utk mengelakkan pembaziran dan tersalah beli mcm air kopi zuss dalam pek tu. The following week aku cakap kat budak yg jaga sample tu suh bitau marketing team, discontinuekan je kopi cham. Sumpah menyesal. Sekali dia pun cakap hak ah kak, mmg x sedap..saya pun x suka. Cam kena scam je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Musykil ai sbb tempat ai xde sample melambak kebanyakkan xde susah jumpa atau seketul je, kalu makan minum boleh kenyang mesti ada 5 - 8 sample atau makan berulang2
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 6-11-2025 12:21 PM
one of my kenalan share.. masa dia study UiTM dulu.. mmg slalu ke Aeon Bukit Raja.. makan sample2 ma ...

Kesiannya

Iols masa takda duit kat UiTM memang makan sehari sekali je.... Berat underweight, yang pelik berat aku sekarang dah 80kg.. rindu zaman underweight di UiTM.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 6-11-2025 12:39 PM
macam dlm komik crayon shin chan. Misae bwk famili pusing2 mkn sampel dkt supermarket. kl ada yg ter ...

Memang betul sample lebih sedap dari barang sebenar kah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:24 AM GMT+8 , Processed in 1.622203 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list