CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

'Renew' lesen tak mahu, petrol subsidi mau! Suami campak MyKad isteri, maki 'kedekut' - "Sibuk nak hak aku"

5-11-2025 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3369| Komen: 31

 


SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa selepas dimaki hamun oleh suaminya hanya kerana dia enggan membenarkan lelaki itu menggunakan MyKad miliknya untuk mendapatkan subsidi petrol bersasar BUDI95.

Menurutnya, sejak awal bulan lalu, suaminya kerap mengajaknya ke stesen minyak dengan alasan mahu membeli barang keperluan.

Sedangkan selama ini katanya, suaminya itu tidak pernah mengajaknya keluar untuk berbelanja.

"Rupa-rupanya dia nak guna MyKad aku nak beli petrol untuk isi kat tong bagi kegunaan motosikal dia dan anak aku.

"Jumlah dia bayar hampir RM100, yang masuk kat tangki kereta aku cuma RM30, selebihnya masuk tong," katanya.

Jelas wanita itu lagi, pada peringkat awal sejak BUDI95 diperkenalkan, dia tidak keberatan suami menggunakan MyKad miliknya untuk membeli petrol.

"Aku ingat satu tong tu tahan dua minggu sebab untuk motosikal, ni minggu lepas dia minta nak isi lagi dua tong. Aku tak bagi la sebab kereta seminggu kena dua kali isi. 


"Aku pelik kenapa guna untuk motosikal lebih banyak dari kereta, padahal aku lagi jalan jauh, kena hantar dan ambil anak sekolah lagi sebelum dan selepas kerja," katanya.

Tambahnya, disebabkan dia enggan memberikan MyKad, suami mula naik angin dan memarahinya.

"Bila aku tak bagi dia marah, maki hamun cakap aku kedekut. Dia campak MyKad aku. Aku pun risau bila isi kat tong macam tu nanti tak pasal-pasal aku yang kena.

"Itu la ada lesen memandu tak nak renew lepas tu sibuk nak hak (kuota) aku. Hak aku dalam MyKasih yang dia dapat tiap bulan tu pun aku tak pernah minta," katanya.

Jelasnya dia sendiri tidak pasti tujuan suaminya mengisi petrol dalam jumlah yang banyak walaupun memberi alasan ia untuk digunakan pada motosikal.


 Sementara itu, netizen menasihati wanita itu agar tidak memanjangkan isu berkenaan kerana dianggap perkara remeh.

"Pasal minyak subsidi pun nak bertekak, laki kau dah bayar macam-macam tu, kenapa kau tak tanya kerajaan je? Pasal minyak petrol pun laki bini siap gaduh.

"Subsidi BUDI95 punya hal pun nak bergaduh laki bini. Itu la sebab aku paling takut nak guna hak bini walaupun dia bagi," antara komen netizen.

Untuk rekod, BUDI95 diperkenal pada Oktober lepas dengan setiap rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu kompeten yang sah diberikan subsidi petrol RON95 sebanyak 300 liter sebulan.

Penggunaan yang berlebihan daripada jumlah yang diperuntukkan membuatkan seseorang itu perlu membayar pada harga biasa iaitu RM2.60 seliter.

Sumber: mStar

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 5-11-2025 09:19 AM
Pasal minyak subsidi pun nak bertekak, laki kau dah bayar macam-macam tu, kenapa kau tak tanya kerajaan je?

-------
Dah naper dia laki bini gaduh pun kena tanya kerajaan.  Masa nak berjimak tak de lak nak tipon 999 tanya boleh ke idok.
Quote talapia 5-11-2025 09:25 AM
aku rasa laki dia jenis lepas tangan... dia kata tak pernah ajak bini gi belanja barang sblm ni.. tiba2 slalu lak ajak gi petrol pump...

kalau laki yang tak berkira ngan bini.. takdenya bini nak berkira..
takat guna kuota subsidi minyak.. apala sangat..
tapi yg dia musykil sbb isi dalam tong tu jugak... silap2 aribulan laki gi jual pulak..

lagipon lakinya ada lesen taknak renew.. pastu dok guna subsidi bini.. saipo...
lesen taknak renew.. adala tu masalahnya nak lari..
Quote BoongaKertas 5-11-2025 09:29 AM
takut laki dia jual myk subsidi tu ke mksd akak tu? iols blur jap, sbb kemain naik motor kena isi myk dlm tong. banyak nau ko nak jalan bang.
Quote copy_paste 5-11-2025 10:02 AM
owhh utk jual la tu,seliter rm3 untung singgit
Quote kemaruk 5-11-2025 10:13 AM
Pelahap sabsaidi
Quote pengecatbintang 5-11-2025 10:15 AM
Edited by pengecatbintang at 5-11-2025 10:17 AM

kakak ni risau kalo kuota dia 300 Budi95 liter tu abih sblm ujung bulan

kalo abih..

kakak tu kena beli petrol bukan harga Budi95

kalo beli petrol bukan harga Budi95, aku saspek laki dia x kasi duit kpd kakak ni utk isi petrol kat kete kaka ni

walaupun kakak ni guna kete kakak ni pi ambik hantar anak skolah

pelik camner motor guna lagi banyak petrol dari motor

dah ler kakak tu claim kete kakak tu gerak lagi jauh dari motor tu

Quote pengecatbintang 5-11-2025 10:18 AM
biaq lahap sabsidi

jgn lahap duit sakau aka duit haram

lepas tu bagi duit haram utk makan anak bini

Quote edayildiz 5-11-2025 10:21 AM
meh guna yg i je la kak oi..i xpakai
Quote airfilterkotor 5-11-2025 10:51 AM
Dorang ni duduk dekat² sempadan ke...
Quote alesandra 5-11-2025 11:13 AM
ramai sebenarnya org takde lesen nih atau malas renew lesen.haritu kat podcast rafizi dia mcm kantoi tapi mungkin dia tak sedar dia ckp bini dia takde lesen. i was like...eh bukan masa anak ko kena serang tu bini ko drive kete?
Quote tungkai 5-11-2025 12:41 PM
Ye..ramai takde lesen sebab malas nak berkuntum kat driving school, amik test dan mahal plak tu.

Yg lesen expired, tak nak renew. Insurance kenderaan pun takde. Kalau accident, org2 camni just bayar saman. Damage sendiri tanggung. Silap2 claim dr insurance kita plak. Bangsatt..!!!
Quote Tinot7 5-11-2025 01:14 PM
Akak ni sanggup bertahan sbb apa yachh?
Quote renko 5-11-2025 03:28 PM
Samerosie replied at 5-11-2025 09:19 AM
Pasal minyak subsidi pun nak bertekak, laki kau dah bayar macam-macam tu, kenapa kau tak tanya keraj ...

hahahahaha time memuki pastu call la kan
hahahahhahahaha
Quote sharlenetexas 5-11-2025 07:56 PM
kemaruk replied at 5-11-2025 10:13 AM
Pelahap sabsaidi

Kerana budi gaduh laki bini.


Quote tahanie 5-11-2025 09:48 PM
Baru ni aku nampak budak2 motor passing mykad kat petronas. Agaknya seekor je ada lesen.
Quote Jitu 5-11-2025 11:36 PM
lah renew berapa puluh ringgit je
ke sebenarnya takde lesen
Quote kemaruk 6-11-2025 07:18 AM
sharlenetexas replied at 5-11-2025 07:56 PM
Kerana budi gaduh laki bini.

Budi madani punca suami isteri bergaduh
Quote Samerosie 6-11-2025 07:45 AM
tahanie replied at 5-11-2025 09:48 PM
Baru ni aku nampak budak2 motor passing mykad kat petronas. Agaknya seekor je ada lesen.

Kenapa tak bayar terus tuk rm10 or rm15 so instead of passing2 mykad, dia atur la motor isi kat pump tu.
Quote supernaturalee 6-11-2025 08:35 AM
ceraikan laki kau tu kak

tak guna 1 sen pong

lupakan terung nan sebatang tu

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.044473 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top