|
View: 3216|Reply: 31
|
'Renew' lesen tak mahu, petrol subsidi mau! Suami campak MyKad isteri, maki 'kedekut' - "Sibuk nak hak aku"
[Copy link]
|
|
|
SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa selepas dimaki hamun oleh suaminya hanya kerana dia enggan membenarkan lelaki itu menggunakan MyKad miliknya untuk mendapatkan subsidi petrol bersasar BUDI95.
Menurutnya, sejak awal bulan lalu, suaminya kerap mengajaknya ke stesen minyak dengan alasan mahu membeli barang keperluan.
Sedangkan selama ini katanya, suaminya itu tidak pernah mengajaknya keluar untuk berbelanja.
"Rupa-rupanya dia nak guna MyKad aku nak beli petrol untuk isi kat tong bagi kegunaan motosikal dia dan anak aku.
"Jumlah dia bayar hampir RM100, yang masuk kat tangki kereta aku cuma RM30, selebihnya masuk tong," katanya.
Jelas wanita itu lagi, pada peringkat awal sejak BUDI95 diperkenalkan, dia tidak keberatan suami menggunakan MyKad miliknya untuk membeli petrol.
"Aku ingat satu tong tu tahan dua minggu sebab untuk motosikal, ni minggu lepas dia minta nak isi lagi dua tong. Aku tak bagi la sebab kereta seminggu kena dua kali isi.
"Aku pelik kenapa guna untuk motosikal lebih banyak dari kereta, padahal aku lagi jalan jauh, kena hantar dan ambil anak sekolah lagi sebelum dan selepas kerja," katanya.
Tambahnya, disebabkan dia enggan memberikan MyKad, suami mula naik angin dan memarahinya.
"Bila aku tak bagi dia marah, maki hamun cakap aku kedekut. Dia campak MyKad aku. Aku pun risau bila isi kat tong macam tu nanti tak pasal-pasal aku yang kena.
"Itu la ada lesen memandu tak nak renew lepas tu sibuk nak hak (kuota) aku. Hak aku dalam MyKasih yang dia dapat tiap bulan tu pun aku tak pernah minta," katanya.
Jelasnya dia sendiri tidak pasti tujuan suaminya mengisi petrol dalam jumlah yang banyak walaupun memberi alasan ia untuk digunakan pada motosikal.
Sementara itu, netizen menasihati wanita itu agar tidak memanjangkan isu berkenaan kerana dianggap perkara remeh.
"  asal minyak subsidi pun nak bertekak, laki kau dah bayar macam-macam tu, kenapa kau tak tanya kerajaan je? Pasal minyak petrol pun laki bini siap gaduh.
"Subsidi BUDI95 punya hal pun nak bergaduh laki bini. Itu la sebab aku paling takut nak guna hak bini walaupun dia bagi," antara komen netizen.
Untuk rekod, BUDI95 diperkenal pada Oktober lepas dengan setiap rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu kompeten yang sah diberikan subsidi petrol RON95 sebanyak 300 liter sebulan.
Penggunaan yang berlebihan daripada jumlah yang diperuntukkan membuatkan seseorang itu perlu membayar pada harga biasa iaitu RM2.60 seliter.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasal minyak subsidi pun nak bertekak, laki kau dah bayar macam-macam tu, kenapa kau tak tanya kerajaan je?
-------
Dah naper dia laki bini gaduh pun kena tanya kerajaan. Masa nak berjimak tak de lak nak tipon 999 tanya boleh ke idok. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa laki dia jenis lepas tangan... dia kata tak pernah ajak bini gi belanja barang sblm ni.. tiba2 slalu lak ajak gi petrol pump...
kalau laki yang tak berkira ngan bini.. takdenya bini nak berkira..
takat guna kuota subsidi minyak.. apala sangat..
tapi yg dia musykil sbb isi dalam tong tu jugak... silap2 aribulan laki gi jual pulak..
lagipon lakinya ada lesen taknak renew.. pastu dok guna subsidi bini.. saipo...
lesen taknak renew.. adala tu masalahnya nak lari.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
takut laki dia jual myk subsidi tu ke mksd akak tu? iols blur jap, sbb kemain naik motor kena isi myk dlm tong. banyak nau ko nak jalan bang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
owhh utk jual la tu,seliter rm3 untung singgit |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 5-11-2025 10:17 AM
kakak ni risau kalo kuota dia 300 Budi95 liter tu abih sblm ujung bulan
kalo abih..
kakak tu kena beli petrol bukan harga Budi95
kalo beli petrol bukan harga Budi95, aku saspek laki dia x kasi duit kpd kakak ni utk isi petrol kat kete kaka ni
walaupun kakak ni guna kete kakak ni pi ambik hantar anak skolah
pelik camner motor guna lagi banyak petrol dari motor
dah ler kakak tu claim kete kakak tu gerak lagi jauh dari motor tu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
biaq lahap sabsidi
jgn lahap duit sakau aka duit haram
lepas tu bagi duit haram utk makan anak bini
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
meh guna yg i je la kak oi..i xpakai
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dorang ni duduk dekat² sempadan ke... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai sebenarnya org takde lesen nih atau malas renew lesen.haritu kat podcast rafizi dia mcm kantoi tapi mungkin dia tak sedar dia ckp bini dia takde lesen. i was like...eh bukan masa anak ko kena serang tu bini ko drive kete? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye..ramai takde lesen sebab malas nak berkuntum kat driving school, amik test dan mahal plak tu.
Yg lesen expired, tak nak renew. Insurance kenderaan pun takde. Kalau accident, org2 camni just bayar saman. Damage sendiri tanggung. Silap2 claim dr insurance kita plak. Bangsatt..!!!  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak ni sanggup bertahan sbb apa yachh? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha time memuki pastu call la kan
hahahahhahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 5-11-2025 10:13 AM
Pelahap sabsaidi
Kerana budi gaduh laki bini.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru ni aku nampak budak2 motor passing mykad kat petronas. Agaknya seekor je ada lesen. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lah renew berapa puluh ringgit je
ke sebenarnya takde lesen |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 5-11-2025 07:56 PM
Kerana budi gaduh laki bini.
Budi madani punca suami isteri bergaduh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tahanie replied at 5-11-2025 09:48 PM
Baru ni aku nampak budak2 motor passing mykad kat petronas. Agaknya seekor je ada lesen.
Kenapa tak bayar terus tuk rm10 or rm15 so instead of passing2 mykad, dia atur la motor isi kat pump tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ceraikan laki kau tu kak
tak guna 1 sen pong
lupakan terung nan sebatang tu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|