|
SEORANG wanita meraih perhatian ramai di aplikasi Thread selepas membuat teguran terbuka mengenai tahap kebersihan di negeri Kelantan. Menurut wanita itu, dia bukan sahaja kecewa melihat longgokan sampah, malah sedih dengan kebanyakan tandas awam yang terlalu kotor. "Maaflah nak tegur sikit. Aku sedih betul tengok tempat-tempat dekat Kelantan sekarang, kenapa kotor sangat ya? "Dekat pasar, tandas awam, kafe-kafe, kenapa terlalu kotor dan banyak sampah? Aku pergi negeri lain masih 'lalu' (berkeinginan) nak buang air di tandas awam," tulisnya.
Dalam hantaran sama, wanita yang berasal dari Kelantan itu turut berkongsi pengalaman buruknya ketika berkunjung ke sebuah kafe popular. "Aku pergi kafe popular di Kelantan. Ya ampun, pekerja muka lawa-lawa tapi tak jaga tandas. "Kita balik Kelantan sebab rindu tapi spoil dengan benda macam ni," tulisnya. Di ruangan komen, beberapa individu yang juga penduduk negeri Kelantan turut meluahkan rasa setuju dengan pandangan wanita itu. "Saya orang Kelantan pun sangat jarang masuk tandas awam di mana-mana kecuali mall dan masjid yang saya yakin bersih. "Saya orang Kelantan yang tinggal di Kelantan bersetuju dengan posting ini. Memang sesetengah orang Kelantan ni pengotor sangat. "Saya pun orang Kelantan tapi lama menetap di negeri luar. Sesekali balik rumah adik-beradik, sama macam tandas awam. Kenapa la malas sangat nak sental," tulis beberapa netizen. Beberapa lagi individu turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan tandas di kedai-kedai yang tular negeri itu. "Saya sangat terkejut masa pergi makan di kedai nasi berlauk yang popular. Dua-dua kedai ada nama, rami beratur. Tapi dua-dua tandas out. "Saya pernah juga pergi kedai nasi berlauk popular tu. Kali pertama guna tandas memang terkejut. Air laju tapi sangat kotor," tulis netizen lagi. Sumber – mStar |
shernazz replied at 22-10-2025 11:24 PM
Kedai kelate kat puchong ni ada satu pengotor.sungguh...
Masa tu iols baru pindah ke puchong,.konon ...


Tangkap layar penerangan Dr. Zafarina yang menerangkan asal usul bangsa Melayu melalui platform YouTube.
krustykrab replied at 23-10-2025 08:00 AM
Lawa ka?
ultra78 replied at 23-10-2025 08:10 AM
Biasanya Friska suka buka thread mcm ni.

ultra78 replied at 23-10-2025 08:10 AM
Biasanya Friska suka buka thread mcm ni.
tungkai replied at 22-10-2025 11:51 PM
Puchong area mana noks? Banyak kedai Kelate/Siam kat sini. Kot2 aku pernah mencekik kat kedai tu : ...