CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 1945|Reply: 45

Anak rantau sedih tabiat orang Kelantan di takuk lama... Sampah merata, kedai makan kotor - "Muka lawa-lawa tapi tandas tak jaga"

[Copy link]
Post time 22-10-2025 11:08 PM | Show all posts |Read mode





SEORANG wanita meraih perhatian ramai di aplikasi Thread selepas membuat teguran terbuka mengenai tahap kebersihan di negeri Kelantan.


Menurut wanita itu, dia bukan sahaja kecewa melihat longgokan sampah, malah sedih dengan kebanyakan tandas awam yang terlalu kotor.


"Maaflah nak tegur sikit. Aku sedih betul tengok tempat-tempat dekat Kelantan sekarang, kenapa kotor sangat ya?


"Dekat pasar, tandas awam, kafe-kafe, kenapa terlalu kotor dan banyak sampah? Aku pergi negeri lain masih 'lalu' (berkeinginan) nak buang air di tandas awam," tulisnya.







Dalam hantaran sama, wanita yang berasal dari Kelantan itu turut berkongsi pengalaman buruknya ketika berkunjung ke sebuah kafe popular.


"Aku pergi kafe popular di Kelantan. Ya ampun, pekerja muka lawa-lawa tapi tak jaga tandas.


"Kita balik Kelantan sebab rindu tapi spoil dengan benda macam ni," tulisnya.


Di ruangan komen, beberapa individu yang juga penduduk negeri Kelantan turut meluahkan rasa setuju dengan pandangan wanita itu.


"Saya orang Kelantan pun sangat jarang masuk tandas awam di mana-mana kecuali mall dan masjid yang saya yakin bersih.


"Saya orang Kelantan yang tinggal di Kelantan bersetuju dengan posting ini. Memang sesetengah orang Kelantan ni pengotor sangat.


"Saya pun orang Kelantan tapi lama menetap di negeri luar. Sesekali balik rumah adik-beradik, sama macam tandas awam. Kenapa la malas sangat nak sental," tulis beberapa netizen.


Beberapa lagi individu turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan tandas di kedai-kedai yang tular negeri itu.


"Saya sangat terkejut masa pergi makan di kedai nasi berlauk yang popular. Dua-dua kedai ada nama, rami beratur. Tapi dua-dua tandas out.


"Saya pernah juga pergi kedai nasi berlauk popular tu. Kali pertama guna tandas memang terkejut. Air laju tapi sangat kotor," tulis netizen lagi.


Sumber – mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2025 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kat negeri dia saja, dia mai duduk kl pun bawa perangai hamsam tu gak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2025 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai kelate kat puchong ni ada satu pengotor.sungguh...
Masa tu iols baru pindah ke puchong,.konon nak explore lah..
Singgah satu kedai makan kat bukit puchong neh..
Astaga..masuk2.kedai bau hancing...
Iols syak dari toilet depa di belakang
Tapi ramai sungguh orang singgah makan..
Iols kensel jelah.
Terus ke kedai makan lain area situ juga...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2025 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyalak lagi kang puak budu ni
Kata asik serang negeri dia je
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2025 11:51 PM | Show all posts
shernazz replied at 22-10-2025 11:24 PM
Kedai kelate kat puchong ni ada satu pengotor.sungguh...
Masa tu iols baru pindah ke puchong,.konon  ...

Puchong area mana noks? Banyak kedai Kelate/Siam kat sini. Kot2 aku pernah mencekik kat kedai tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 02:17 AM | Show all posts



Orang Kelantan miliki DNA Melayu sebenarTangkap layar penerangan Dr. Zafarina yang menerangkan asal usul bangsa Melayu melalui platform YouTube.
PETALING JAYA – Ujian DNA yang dilakukan ke atas 11 sub-etnik menunjukkan orang Kelantan memiliki gen sebenar orang Melayu.

Pengarah Penyelidikan Biokimia Analisis Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin berkata, ia diperoleh selepas melakukan kajian berhubung asal usul bangsa Melayu melalui kaedah genetik untuk mengetahui rahsia DNA.
Katanya, kajian tertumpu kepada kupasan tentang rahsia DNA dan asal usul bangsa Melayu.

“DNA mitokondria adalah sangat unik yang hanya diwariskan oleh ibu kepada anak-anak.
“Kajian terhadap 11 sub-etnik Melayu di Semenanjung Malaysia mendapati hanya Melayu Kelantan mempunyai kumpulan DNA mitokondria yang spesifik kepada kaum dan geografi yang sangat unik dan tersendiri,” katanya yang mendapat geran kajian daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Tambahnya, DNA mitokondria orang Kelantan sedikit berbeza selepas proses ‘sampling’ mendapati orang Kelantan senang untuk dapat tiga generasi yang tulen atau tidak bercampur atau kacukan.

Menurut Zafarina, ia mungkin disebabkan ketegasan orang Melayu Kelantan dalam memilih pasangan hidup sekali gus menutup ruang untuk perkahwinan campur.

“Sampel orang Kelantan secara tidak sengaja membuktikan mereka ini adalah ‘pure’ atau asli. Bila dibandingkan, DNA orang Kelantan, orang Jawa dan dan wakil daripada sub-etnik ini nampak lebih tua daripada DNA dekat negara China,” ujar beliau.

Berdasarkan kajian juga, kita dapati genetik Melayu Kelantan mempunyai hubung kait dengan genetik Melayu Jawa. Hal ini mungkin berkait rapat dengan sejarah kerajaan Majapahit pernah menapak di Kelantan ketika zaman dahulu.

Di bahagian kesimpulan, Zafarina menyimpulkan bahawa DNA orang Melayu menunjukkan persamaan yang tinggi dengan Orang Asli Semang iaitu populasi yang paling tua di muka bumi.

“Berdasarkan kajian yang melibatkan pelbagai sub-etnik Melayu dan Orang Asli, orang Melayu ditemui mempunyai DNA mitokondira yang berusia puluhan ribu tahun, sama seperti Orang Asli Semang.

“Sempadan geografi dan politik pada hari ini telah menyebabkan pelbagai sub-etnik Melayu terlihat sebagai populasi yang berbeza.
Hakikatnya, perkaitan mereka secara genetik dan hakikat kewujudan orang Melayu di Kepulauan Melayu lebih dari 50,000 tahun dahulu tidak dapat dinafikan,” tegas Zafarina.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai meninggalkan pelbagai komen dan reaksi termasuklah berterima kasih kepada Zafarina diatas kajian yang menarik dan terperinci.

“Video penjelasan yang sangat bagus, saya memang suka ikuti pembentangan Dr Zafarina, apatah lagi versi ini santai dan bersifat mesra dan mudah difahami oleh golongan muda,” komen @iskandre.

“Teruskan mengkaji bangsa rahsia bangsa bertauhid dan bangsa difitnah berkurun lamanya. Nusantara bermaksud tanah yang dipecah-pecahkan.

Semoga dirungkaikan segala kesimpulan pada kehidupan untuk teruskan berjihad demi agama, bangsa dan tanah air,” komen @pendakianalfitan. – KOSMO! ONLINE.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2025 03:50 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan kelantan byk yang redflag..lelaki ada jgk tp plg byk perempuan la...sorry to say..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2025 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dkt selangor ni harus la kena tutup 14 hari bt pembersihan
Majlis perbandaran sana lemah betul ye.
Dok office je ke
Keluar la pg saman semua restoran ni dpt juga duit
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawa ka?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya Friska suka buka thread mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 23-10-2025 08:00 AM
Lawa ka?

biasa biasa jek
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 09:47 AM | Show all posts
kedai kelantan yang bukak luar kelantan pon kotor
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 23-10-2025 08:10 AM
Biasanya Friska suka buka thread mcm ni.

Sheol terkesan dgn tred pompuan seksi joget tadi tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 10:11 AM | Show all posts
ultra78 replied at 23-10-2025 08:10 AM
Biasanya Friska suka buka thread mcm ni.

entah apa angin dia hari ini, dia mengamuk kat tred pompuan dangdut skirt pendek joget-joget dekat masjid tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 10:23 AM | Show all posts
dorang punya jamban adoila seriau...ada rumah tu takde jamban. nak berak kena g tumpang rumah org lain yg ada jamban. terperanjat berok aiols

kedai2 makan dorang..kotor. jamban dia lg kotor serupa loji


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2025 11:13 AM | Show all posts
sek klate lawa2 sebab makeup tebal pastu posing dekat media sosial mendada je...saja pakai bra ketat2 tertonjol boobs...


jadi cam influencer yg kena tangkap sebab pil kuda tu...real life muka tanpa makeup menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 12:02 PM | Show all posts
tu pun ada hati nk perintah Malaysia sek sek pengotor ni

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 22-10-2025 11:51 PM
Puchong area mana noks? Banyak kedai Kelate/Siam kat sini. Kot2 aku pernah mencekik kat kedai tu : ...

Kedai anwar roda baru
Dekat dgn nasi kukus cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 12:44 PM | Show all posts
Edited by zafira at 23-10-2025 12:51 PM

Serious aku setuju.. first hand experience kat rumah besan aku... sampai skrg kalau singgah rumah kt kelantan aku pastikan singgah toilet petronas/shell sebelum & selepas... tobat aku oo.. bukan nak mengata.. dah terkena.. tapi bukan takat sek sek ni aje.. negeri lain pun ada jugak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.076291 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list