CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Terkejut "beruk" beli 3 biji karipap kena bayar RM14

17-10-2025 10:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1004| Komen: 6

  


SINGAPURA – Seorang netizen menjangkakan akan membayar sekitar SGD$3 (RM9.79) apabila membeli tiga biji karipap bersaiz kecil seperti kebiasaannya, lapor portal berita Stomp hari ini.

Namun, pembeli hanya dikenali sebagai Mohamed itu berkata, dia terkejut apabila dikenakan bayaran SGD$4.50 (RM14) semasa mengunjungi gerai baru dibuka di Teck Whye Lane semalam.

“Saya pernah membeli karipap kentang di banyak gerai makanan Muslim sebelum ini. Selalunya mereka jual tiga biji karipap pada harga SGD$3.

“Namun, kali ini, saya beli dari sebuah gerai Muslim yang baru dibuka dan saya terkejut bila bertanyakan  harga. Mereka (penjual) kata tiga biji karipap berharga  SGD$4.50,” katanya.

Mohamed kemudian menyemak semula harga tersebut dengan pekerja gerai dan mereka mengaku bahawa harga itu betul.

“Memang tidak masuk akal dan seolah-olah rompakan siang hari. Sekarang saya betul-betul tahu betapa tingginya kadar inflasi di Singapura,” ujarnya. – AGENSI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 18-10-2025 06:18 AM
Hahahah tu baru 4.50singapore dolar, kalau kat malaysia ni 2 biji karipap dah rm10[em:7:][em:7:]
Quote prince_marhaen 21-10-2025 11:30 AM
Kau duduk Sipngapore bang, bukan pekan Rompinnnn...
Quote clueless_gamer 21-10-2025 06:20 PM
singapore pun boleh tahan meriah berita unfiltered dia..

korang boleh cuba baca tengok dekat www.stomp.sg
Quote helicornia 22-10-2025 10:47 AM
Aku suka baca news BH singapore.bahasa melayu dia klasik mcm zaman 70an 80an. Tkde istilah yg ntah hapa2 kengkonon bombastik kendati segala. Refer person as encik/cik.
Quote bbalik 9-12-2025 11:15 AM
dia ingat dok kokdiang ke apooo
Quote ZORRO5555 24-12-2025 08:02 PM
Karipap inti oxygen

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.133886 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top