CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Pelanggan kecewa, beli nasi dapat lauk ‘special’, seekor pacat siap bergerak-gerak lagi

14-10-2025 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 532| Komen: 17

 


PETALING JAYA – Seorang pelanggan kecewa apabila nasi yang dibelinya ‘disertakan’ dengan lauk ‘istimewa’ iaitu seekor pacat, sekali gus mengundang rasa geli dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian gambar dan video pengguna Thread @Inahempire memaparkan seekor pacat bergerak di dalam bekas makanan polisterina yang dibeli di sebuah premis.

Menerusi video sama, wanita itu dikatakan telah memakan hampir separuh nasi dan lauk tersebut selain terdapat sayur ulam-ulaman di dalam bekas sama.


“Allah, minta maaf terpaksa kongsi sebab kembang lagi tekak. Nasi nampak tak telan, nak hilang macam mana ni, bukan ulat sayur tapi pacat. Orang kata kalau masuk perut boleh membiak, betul ke?,” kongsinya dalam hantaran berkenaan.


Dia turut memuat naik hantaran terbaharu memaparkan wanita itu masih tidak boleh menelan nasi gara-gara insiden meloyakan tersebut.

“Disebabkan hal kemarin (kelmarin dialek Pantai Timur), masih tak boleh nak telan nasi walaupun masak sendiri. Mari teringat nasi yang beli. Sayur ulam ada pacat sebab makan dah nak habis, baru nampak.

“Terus fobia nak beli sayur pun (rasa) takut. Hilang nikmat makan, Allahu,” katanya.

 

Menerusi ruangan komen, orang ramai memaklumkan, kemungkinan pacat yang berada dalam bekas makanan polisterina tersebut datang daripada ulam-ulaman yang turut dibeli wanita itu.

“Sebab itu tak suka ambil ulam kat kedai makan. Kalau kat kenduri pun sama,” komen @Frhsyuhadaa_.

“Allahuakbar, berdiri bulu roma tengok pacat gerak macam tu. Macam manalah dia orang cuci sayur mesti ala kadar je ni,” komen @Izaismail1307.

“Saya pernah kena sekali, ingatkan cendawan. Rupa-rupanya lintah mati dalam makanan saya. Hampir nak makan, nasib baik saya periksa lagi sekali,” komen @Zed_aida. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wadiunong 14-10-2025 09:12 AM
sbb tu iols kalau dine in/ tapau makanan takkan ambik ulaman/ salad2 ni sbb faktor kebersihan. sayuran mentah ni mudah tercemar/ punca dpt hepatitis
Quote nisako 14-10-2025 10:00 AM
mak aiiiiiiiiiiii
Quote edayildiz 14-10-2025 10:15 AM
geli..
smlm i pin nad lick..beli ns ayam gulai..dpt ayam gulai je..ns dia lupa bg..harey betul
Quote A-Are 14-10-2025 12:02 PM
gelinyala hai...kalau lah dah makan apstu dok dalam perut yihhh...terbanyang2 pacat haritu melekat kat kaki...
Quote vanilacup 14-10-2025 12:02 PM
Baru semalam ada satu interview di TT tak tahulah perempuan tu siapa sbb bukan famous dia kata mostly semua kedai makan guna pelaris sbb tu tak elok makan di luar. Bila ada ilmu pelaris tu kira x baguslah utk kita pelanggan makan makanan itu. Dia mention juga berlaku di kedai mamak sbb ada org yg terbuka hijab nampak benda pelik2 tu dekat kedai. So maknanya mamak pun ada strategi guna ilmu salah lah jugak bukanlah terhad pd kedai Melayu yg kita dok sangka selama ini...
Quote rospinki 14-10-2025 12:35 PM
eeee gelinya..aku dhla suka amik ulaman
Quote bpbbppbp 14-10-2025 02:19 PM
Edited by bpbbppbp at 14-10-2025 02:21 PM

Pergi hospital/farmasi. Minta minum/pil activated charcoal. Kot ada pacat brtelur tpi usually tak serius sebab ada asid perut klau xde sakit perut/keracunan. Just precautions. Kne tgk betul2 mkanan lps ni sbelum mkn
Quote B40tastePosh 14-10-2025 02:30 PM
wadiunong replied at 14-10-2025 09:12 AM
sbb tu iols kalau dine in/ tapau makanan takkan ambik ulaman/ salad2 ni sbb faktor kebersihan. sayur ...

Ye selalu ambil sayur dah celur.
Quote dua_chzy 14-10-2025 02:57 PM
Telan aje. Protein tu. Btw camna pacat boleh survive suhu panas lauk dan nasi?
Quote dua_chzy 14-10-2025 02:57 PM
Oh. Dari ulam. Mesti tak cuci bersih kan. Halal je. Toyibban ilek.
Quote prettyuglybabe 14-10-2025 03:11 PM
itu tandanya sayur organic takde racun
Quote hart_attack 14-10-2025 03:47 PM
Ni mesti cuci celup air skali je,lps tu dah letak dlm tray bg pelanggan,nk cepat dan mudah. Tp x semua kedai la,lps ni sape² yg nk mkn ulam²man msti teringat kes ni
Iols pum peminat ulam
Quote Skuau 14-10-2025 03:51 PM
dua_chzy replied at 14-10-2025 02:57 PM
Telan aje. Protein tu. Btw camna pacat boleh survive suhu panas lauk dan nasi?

Kat situ la dia punya...'SPECIAL'.....
Quote prettyuglybabe 14-10-2025 03:59 PM
dua_chzy replied at 14-10-2025 02:57 PM
Telan aje. Protein tu. Btw camna pacat boleh survive suhu panas lauk dan nasi?

takat nasi kuah suam-suam kuku, kira geli-geli je untuk pacat..
kalau tak nak cuci sayur selai-selai, make sure rendam air garam..
mati la semua serangga yang melekat kat daun tu..
Quote aciksenah 14-10-2025 04:17 PM
Bukan dari makanan tu..nampak sangat dari ulam-ulaman tu. Seriau la pulak..hu..hu.
Quote bintangct 14-10-2025 05:00 PM
nasib baik iol suka timun je Eeeee geli ahh
Quote noor2 14-10-2025 05:59 PM
Haha...pengotor gila penjual tu..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.041183 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top