CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anak Obesiti, Tak Henti Makan? Cegah Dengan Cara Terbaru Ini!

27-1-2016 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3460| Komen: 5

Oleh Adib ZA

Buat ibu bapa yang risau dengan sikap dan perangai anak-anak yang suka makan secara berlebihan, mungkin penemuan terbaharu ini sedikit sebanyak boleh membantu.


Dalam satu penelitian yang dipaparkan dalam Journal of the Association for Consumer Research mendapati tabiat makan berlebihan boleh dikurangkan dengan teknik tertentu.

Dalam kes ini, mereka mengkaji menggunakan piza sebagai bahan testimoni. Terdapat 4 biji piza yang akan digunakan sebagai eksperimen.

Kesemua piza ini akan dipotong kepada sama ada 8 atau 16 kepingan. Ia juga dibahagikan kepada dua buah meja besar dan kecil.

1. Piza A: Meja besar, 16 keping

2. Piza B: Meja besar, 8 keping

3. Piza C: Meja kecil, 16 keping

4. Piza D: Meja kecil, 8 keping




Keputusannya:

1. Piza pada meja kecil dilihat lebih kecil, maka ia akan dimakan lebih banyak dari yang lain.

2. Piza pada meja besar, dilihat lebih besar. Jadi kepingan yang lebih kecil akan dimakan kerana mereka menyangka ia saiz yang normal. Ini bermaksud, piza A menjadi pilihan pada meja besar, dan sekaligus, jumlah piza yang dimakan lebih sedikit!

Kesimpulannya, untuk mengawal anak-anak daripada sikap makan berlebihan, letakkan makanan di meja yang besar, dan potong kepada kepingan yang lebih kecil. Menarik, bukan? - CARI Infonet


(Sumber foto: Carian google)

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uniq61 27-1-2016 04:58 PM
LAGI BANYAK UNTUK DIMAKAN SEBAB DIRASAKAN SIKIT..
Quote Mary_jane 27-1-2016 05:08 PM
Dia dah siap book portion masing2. Kena disiplin kan lah macam tu.
Quote scents 28-1-2016 08:13 AM
camne kalu di rumah atau kedai xde meja besar, camner la plak tu , kalu buat kajian tu kene fikir gak tu
Quote devilito2 28-1-2016 04:38 PM
kasi psycho la ni...
Quote Dwdrum 4-2-2016 02:45 AM
I buat this trick  bukan meja tapi guna plate yang besar dan cantik

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.089832 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top