View: 2045|Reply: 5
|
Anak Obesiti, Tak Henti Makan? Cegah Dengan Cara Terbaru Ini!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Buat ibu bapa yang risau dengan sikap dan perangai anak-anak yang suka makan secara berlebihan, mungkin penemuan terbaharu ini sedikit sebanyak boleh membantu.
Dalam satu penelitian yang dipaparkan dalam Journal of the Association for Consumer Research mendapati tabiat makan berlebihan boleh dikurangkan dengan teknik tertentu.
Dalam kes ini, mereka mengkaji menggunakan piza sebagai bahan testimoni. Terdapat 4 biji piza yang akan digunakan sebagai eksperimen.
Kesemua piza ini akan dipotong kepada sama ada 8 atau 16 kepingan. Ia juga dibahagikan kepada dua buah meja besar dan kecil.
1. Piza A: Meja besar, 16 keping
2. Piza B: Meja besar, 8 keping
3. Piza C: Meja kecil, 16 keping
4. Piza D: Meja kecil, 8 keping
Keputusannya:
1. Piza pada meja kecil dilihat lebih kecil, maka ia akan dimakan lebih banyak dari yang lain.
2. Piza pada meja besar, dilihat lebih besar. Jadi kepingan yang lebih kecil akan dimakan kerana mereka menyangka ia saiz yang normal. Ini bermaksud, piza A menjadi pilihan pada meja besar, dan sekaligus, jumlah piza yang dimakan lebih sedikit!
Kesimpulannya, untuk mengawal anak-anak daripada sikap makan berlebihan, letakkan makanan di meja yang besar, dan potong kepada kepingan yang lebih kecil. Menarik, bukan? - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google) |
|
|
|
|
|
|
|
LAGI BANYAK UNTUK DIMAKAN SEBAB DIRASAKAN SIKIT.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah siap book portion masing2. Kena disiplin kan lah macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
camne kalu di rumah atau kedai xde meja besar, camner la plak tu , kalu buat kajian tu kene fikir gak tu |
|
|
|
|
|
|
|
I buat this trick bukan meja tapi guna plate yang besar dan cantik |
|
|
|
|
|
|
| |
|