CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

"Takkan nak didik macam askar" - Bapa lempang muka anak 3 tahun sebab bising, beri alasan ikut didikan ibu masa kecil

13-10-2025 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 956| Komen: 19

 


BAYANGKAN seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditampar oleh bapanya hanya kerana bising ketika dia mahu tidur. 

Ibu kanak-kanak itu meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas mendengar alasan suami yang menegaskan bahawa dia mengikut cara didikan ibunya sejak kecil. 

Menurut wanita itu, anak sulungnya memang riuh dan banyak bercakap sebagaimana sifat biasa seorang kanak-kanak yang aktif.

"Ayahnya selalu cakap anak saya ni memekak. Dia kena tampar mukanya sebab bising ketika ayahnya nak tidur. Bila saya tanya kenapa dia suka marah anak yang ni.

"Jawapannya, dia tak nak anak dia lembik sangat. Memang kena ajar dari kecil. Budak tu bukan 13 tahun. Kadang saya tengok dah macam anak tiri dah si sulung ni.

"Kesian betul dekat dia. Suami saya ni memang dari kecil mak dia terlalu tegas didik dia. Pendek kata, selalu kena pukul la. Takkan dia nak 'sambung' generasi mak dia dekat anak aku pula," luah wanita itu.


 

Wanita itu mengakui dia sering berasa kecewa dan terkilan setiap kali suaminya bertindak melulu memarahi anak kecil mereka. 

Malah pertengkaran mengenai cara mendidik anak juga kerap berlaku menyebabkan suaminya menuduh dia terlalu memanjakan anak.

"Kadang-kadang saya sakit hati juga. Selalu juga gaduh fasal anak ni. Dia cakap saya manjakan anak. Habis... budak kecil lagi kan.

"Takkan nak didik macam askar pula. Macam biasa la, saya je boleh marah anak sendiri, orang lain walaupun suami pun, kalau marah memang saya sakit hati juga.

"Tapi kalau dia marah bersebab, okay la. Ni kadang sebab anak kami menyanyi pun dimarahnya. Ada sawan marah ke apa ya suami saya ni," katanya lagi.

Perkongsian wanita ini mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan suami pengadu yang berkasar dengan kanak-kanak apatah lagi berusia tiga tahun.

"Kesian anak tu. Patutnya seorang bapa mendidik. Beza tau, tegas dengan kasar. Pantang betul orang naik tangan dekat muka ni.

"Bagitahu suami, syukurlah anak dia pandai bercakap. Ada ramai budak kurang upaya (OKU) yang terlantar saja. Dia budak sihat, memang la aktif. Kalau diam je, tu anak patung.

"Kak, cuba lempang muka suami akak pula. Kalau dia tanya kenapa lempang muka dia, cakap je akak nak didik supaya dia tak jadi lembik," komen beberapa netizen.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eragon 13-10-2025 09:11 AM
bila anak tu besar sikit, dia akan dendam dan tak suka kan ayah dia sampai bila2. dia tak akan hiraukan ayah dia lagi dah. tak kisah apa jadi pada ayah dia pun. tengok la nanti.
Quote azimodin 13-10-2025 09:23 AM
eragon replied at 13-10-2025 09:11 AM
bila anak tu besar sikit, dia akan dendam dan tak suka kan ayah dia sampai bila2. dia tak akan hirau ...

Kalau tak berdendam pon akan rasa jauh hati/xde connection. Bapak aku dulu layan anak macam dalam tentera, sampai nak makan semeja pon xboleh.. garang x kena tempat. Bila dia meninggal aku x boleh nak recall apa memori bahagia bila dengan dia. Jauh beze dengan bapak mertua aku.. walaupon bapak mertua, aku x rasa kekok nak berbincang apa2. Bapak mertua aku masuk spital pon aku xlena tidur
Quote Suchi 13-10-2025 09:26 AM
Takyah lempang kalau anak umur 3 tahun banyak bercakap, doa saja dengan Allah mohon tarik balik nikmat bercakap tu.
Mohon biarkan anak speech delay ke selective multism sampai bila2
Tenang je rumah mengkomer nanti sunyi jer nak tidur 24 jam pun takda hal, takyah susah2 buang masa nak layan pemborakkan ngn anak.
Quote KamikuP 13-10-2025 09:28 AM
kAKA.. kalau laki ko nak bersenggama ko jangan bagi tau.. kalau nak jugak ko bagi pelempang askar gurkha.. ekekeke
Quote eragon 13-10-2025 10:00 AM
azimodin replied at 13-10-2025 09:23 AM
Kalau tak berdendam pon akan rasa jauh hati/xde connection. Bapak aku dulu layan anak macam dalam  ...

agree. ayah ni x akan merasa situasi anak tunggu ayah balik kerja. selalu tanya ayah atau nak video call time ayah pergi outsation ke. anak ini akan sentiasa mengharapkan ayah dia tiada di rumah. lebih worst, maybe dia kan mengharapkan ayah dia mati atau keluar terus dari rumah dia.
Quote Vellfire 13-10-2025 10:18 AM
Dah besar nanti jgn terkilan anak tak ambik tau dan tak peduli dgn bapak dia lagi..

Umur besar tu normal nakal skit dan bising.. lain lah kalau dia tak sihat

Kalau tak tahan dgn budak kecik jangan kawen
Quote sukacactus 13-10-2025 10:44 AM
Over sangat kot br 3 tahun dah biasa mkn pelempang
Esok2 kalau dia buat salah lg besar ko nak pakai hukuman apa pulak? Sula?
Quote BoongaKertas 13-10-2025 10:48 AM
iols rasa toklaki akak ni kurang magnesium glycinate kot? sbb ada research mmg kata org yg kurang mags ni mmg akan jd baran. kalau x kurang, maybe toklaki ko ada saka kot kak. saka baran.
Quote Pumpkinhead 13-10-2025 10:50 AM
umur dia baru 3 tahun kot T_T...normal la kanak2 bising. Takkan nak bagi dia bisu dok bucu dinding jadi murung puloppp
Quote adelea 13-10-2025 01:04 PM
eragon: bila anak tu besar sikit, dia  ...


Aku ni kecik kecik selalu kena lempang dgn bapak ..
kdg2 x tau sebb apa …
Mak aku tu suka report macam macam

Lepas tu bila aku besar sikit
Kawan2 aku ckp
Oh masa tu mak pak kau first time parents
Trauma tapi kena telan and disuruh sabar

Pastu adik2 aku yg di sayangi mak pak x lena pukul tu ckp aku jahat sbb benci mak abah
Siap ckp aku anak derhaka

Haaah ye lah
Pastu anak derhaka ni la yg bela mak bapak nye pon
Quote ninja boy 13-10-2025 03:05 PM
Penat perabis duit susu pampers makan minum sekolah hujung2 nanti anak bunuh diri
Quote IzzahF 13-10-2025 03:16 PM
pegi bawak bapak tu check mental..mcm ada mental problem. ciri2 ni mcm ada disorder. tak boleh kawal emosi, cepat trigger bunyi bising, respon berlebihan bila bereaksi..contoh mcm menampar ni lah. sbb dia sndiri anxiety/cemas bila ada bunyi...


bawak pg check, samada bapak ni autism atau sakit mental. kalo tak bole baik maksudnya ampai AJM tak baik2..helok ko seraikan je dia. simpan pun tak guna..silap2 anak tu dah besar jd mcm dia
Quote B40tastePosh 13-10-2025 03:33 PM
Sebab tu cari suami yang ada ilmu agama, bukan cari hal hal dunia je.

Ni berangan nak menanti CEO, Doktor, Engineer rupa rupanya Narcissistic
Quote sphinx 13-10-2025 04:43 PM
IzzahF replied at 13-10-2025 03:16 PM
pegi bawak bapak tu check mental..mcm ada mental problem. ciri2 ni mcm ada disorder. tak boleh kawal ...

betul tu.. sb anak baru 3 tahun, dah sah2 belum reti berfikir baik buruk lg tp for the father to easily naik tangan just because budak tu buat bising, tu menandakan the bapak tak matang dlm handle emosi, baran and perasaan marah boleh mengatasi rasa kasih dan sayang pd anak. something must be wrong somewhere.
Quote TOPwind 13-10-2025 08:28 PM
tapi heranya,
anak2 orang kaya selalunya
amat berdisipelin
Quote black_handbag 13-10-2025 09:00 PM
Anak je ke kena lempang? Yg bini tu belum kena pelempang lagi ke? Selalunya jantan jenis pukul anak ni, bini pun dia bantai sekali
Quote dani-rox 13-10-2025 09:49 PM
laki kau yg lembik sebenarnya, anak bising je pun terus hilang akal. semoga anak kau bila dah besar esok blah jauh2 dan hidup bahagia tanpa bapak bangkai dan emak enabler.
Quote afie_m 14-10-2025 03:25 PM
anak tu eloklah banyak cakap dari tak bercakap..lagi bahaya kalau senyap ja..
jangan nanti dah besar anak tu tak hirau kat hang baru padan muka
Quote aciksenah 14-10-2025 04:16 PM
Apa ke bodoh apaknya..mai sini nak lempang mulut dia pulak. Dengan budak kecik terpaling berani ye.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.296816 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top