CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

“Terasa ngilu sampai sini” - Wanita menangis tahan sakit, suami ajak berjimak malam terakhir lepas 44 hari pantang bersalin

13-10-2025 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 798| Komen: 10

 


PERCAYALAH, di sebalik tangisan pertama seorang bayi tersembunyi perjuangan antara hidup dan mati sosok wanita bergelar ibu.

Namun malangnya, wujud segelintir suami yang tidak tahu menghargai pengorbanan sehingga tergamak menyakiti isteri sendiri.

Di Thread, seorang wanita berkongsi kisah mengenai rakannya yang dipaksa melakukan hubungan seks selepas 44 hari menjalani proses berpantang.

"Aku ni terkesan dengar cerita kawan aku. Esok cukup 44 hari dia berpantang, malam sebelum tu suami minta (bersama).

"Akhirnya dia menangis cari kawan-kawan meluah perasaan. Aku macam pelik je. Dia balik rumah mak dia, terus diamkan diri daripada suami.

"Adakah ini satu kezaliman buat isteri? Ini pertanyaan sahaja," tulis wanita itu.

Di ruangan komen, netizen menyuarakan rasa simpati terhadap wanita itu yang terpaksa menanggung kesakitan demi memuaskan permintaan batin suaminya.


"Saya baca pun saya trauma. Kesian kawan awak. Selalunya kena tunggu 100 hari.

"Kalau laki jenis tak sabar, marahkan saja. Kena bertegas. Lagi pun bukan suami yang mengandung sembilan bulan, menyusu semua tu.

"Suami macam tu memang fikir nafsu saja. Kalau dia faham derita dan susah masa bersalin, dia akan faham untuk bersabar.

"Terasa ngilunya sampai sini. Kesiannya kawan awak," tulis beberapa netizen.

Menurut laman kesihatan Hello Doktor, tiada tempoh khusus untuk ibu lepas bersalin mula melakukan hubungan seks bersama suami mereka.

Namun, dalam Islam haram untuk bersetubuh semasa isteri dalam keadaan nifas.

Sementara itu dalam adat berpantang Melayu pula, wanita digalakkan agar tidak melakukan hubungan intim dengan suami selama 100 hari.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eragon 13-10-2025 09:08 AM
benda mcm ni tak payah cerita kat org satu dunia la. tenat la masyarakat zaman sekarang. semua benda nak dihebohkan. isu2 peribadi tu x perlu la.
Quote shernazz 13-10-2025 09:12 AM
Bgtau kat suami.elok2.la
Ada je cara lain...
Bukan dgn masuk dalam.poen.je
Quote penembaktepat 13-10-2025 09:25 AM
tapi kat porno relax saja mereka tadah
Quote Pumpkinhead 13-10-2025 10:43 AM
ish ish ish
Quote BoongaKertas 13-10-2025 10:46 AM
ini suami setan nama dia
Quote nisako 13-10-2025 01:11 PM
mcm mcm hallllllllllllll
Quote Decaffeinated 13-10-2025 04:42 PM
Ada yang tak kena with you.

Medically, ko tak perlu pun 44 hari untuk recover.

Quote Tiggybiru 14-10-2025 08:23 PM
Kalau Darah nifas dah habis, boleh la bersama..jangan haramkan benda halal
Sepanjang pantang boleh berlatih Kegel untuk ketatkan balik miss V
Sekian
Quote sharlenetexas 14-10-2025 08:56 PM
Decaffeinated replied at 13-10-2025 04:42 PM
Ada yang tak kena with you.

Medically, ko tak perlu pun 44 hari untuk recover.


Pernah ke dgn gf masa pantang?


Quote noor2 14-10-2025 09:08 PM
Apasal ko x kerat je kotey laki ko...benda dlm kain pun nk mengadu x boleh selesai sendiri

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.038108 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top