Oleh : Dean BZ
Kegawatan ekonomi semasa mengajar kita supaya sentiasa berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebaik mungkin ketika ekonomi negara dilihat semakin merudum. Mengikut pakar-pakar ekonomi, ekonomi dijangka akan mula gawat mulai tahun 2015 dan kini kesannya sudah mula dirasai semenjak kejatuhan teruk matawang Ringgit Malaysia pada tahun 2015. Kesannya, harga barang mula naik dan beban hutang mula meningkat. Jadi apakah persiapan kita untuk menghadapi situasi ini jika kegawatan ekonomi semakin teruk? Pertama sekali, anda perlu elakkan dari melakukkan 15 perkara ini, dipetik dari Azizul Azli Ahmad :
1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang 'terakhir masuk, paling awal keluar' 2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai Honda, beli logo Honda tampal tak mengapa. 3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera. 4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna. 5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya. 6. Jangan beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukan dosa. 7. Jangan banyak tengok katalog ikea, nanti geram nak tukar sofa. 8. Jangan malas membaca, ada banyak idea tambah pendapatan yang luar biasa sebenarnya. 9. Jangan 'dating' di Pavilions, makan roti harga macam makan kambing sahaja. 10. Jangan lupa cari pendapatan tambahan, buat buat tido dan harap orang derma dalam akaun kita. Itu kerja giler. 11. Jangan tambah isteri yang ada, kekal yang lama tambah bahagia. 12. Jangan cari suami yang kaya, banyak dah contoh kekal tak lama. 13. Jangan merungut duit tak ada depan anak kita, berusahalah suami kacak semua. 14. Jangan malu pandu viva, semua yang bawak kacak macam bangla. 15. Jangan lupa bina Tabung Warna. walau ada yang ketawa tengok tabung kita. Jumlahnya beribu juga, engkau ada... Gawat datang lagi, kali ini lebih ngeri. Bersedialah kita untuk zaman kering ini, katanya panjang musim kering kali ini. Jadi, bersediakah anda menghadapi musim gawat yang bakal tiba? Menabunglah dari sekarang, rancang kewangan anda sebaiknya dan langsaikan hutang yang sediaada. Sama-sama kita doakan semoga ekonomi Malaysia segera pulih dan tidak berlaku krisis kegawatan ekonomi yang teruk seperti yang pernah melanda negara di tahun 1997/1998 dahulu. - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
15
Bagus |
11
Marah |
14
Terkejut |
17
Sedih |
13
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya.
qronaldo7 replied at 27-1-2016 12:44 PM
amalkan ini. insyaAllah rezeki xputus
stilla replied at 27-1-2016 12:48 PM
No:5 tu hakak buat walaupun sikit janji niat kita sedekah.
qronaldo7 replied at 27-1-2016 01:02 PM
good.. tp org rmai anggap rezki tu dlm bentuk wang ringgit semata.
so bila kita sedekah duit ki ...
stilla replied at 27-1-2016 12:48 PM
No:5 tu hakak buat walaupun sikit janji niat kita sedekah.
stilla replied at 27-1-2016 01:05 PM
Untuk hakak memang hakak bila dpt berita gembira, bila rezeki terlebih sikit , hakak memang sedeka ...
AbukRokok replied at 27-1-2016 01:49 PM
sya sedekah kt najib n the gang walaupun xseberapa dan mereka da sedia kaya tapi niat sya nak sede ...
qronaldo7 replied at 27-1-2016 02:11 PM
Betul la tu sis. Sbb duit yg kite dpt bulan2 ni ade hak utk org lain. Kalau kita kaya pn Allah nk ...
qronaldo7 replied at 27-1-2016 02:11 PM
Betul la tu sis. Sbb duit yg kite dpt bulan2 ni ade hak utk org lain. Kalau kita kaya pn Allah nk ...
stilla replied at 27-1-2016 02:18 PM
Syukur hakak hasil dok posting hari nie terus naik pangkat hahaha.Sedekah posting dpt naik pangkat ...
ADVERTISEMENT