CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mungkin Letupan Berlaku Jika Terlalu Ghairah Isi Lebih Minyak!

26-1-2016 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7773| Komen: 24

Description: Baru-baru ini sebuah kereta milik seorang rakyat Singapura menyeberangi ke stesen minyak di Johor Bahru, menggunakan penyokong tayar untuk membuat badan keretanya serong ke sebelah supaya lebih banyak ...


Oleh : TS LOO


"Duit tidak cukup untuk belanja, semua barang pun naik harga!"

Dalam situasi kos perbelanjaan harian yang semakin membebankan akibat ekonomi negara yang merundum, demikianlah suara hati yang amat ketara buat setiap orang. 

Justeru itu, pernah tak anda terfikir sebarang cara untuk menjimatkan duit perbelanjaan setiap hari? 


sumber foto: All Singapore Stuff



Negara jiran, Singapura yang turut tidak dapat lari daripada mengalami tekanan hidup yang membebankan, berikutan minyak petro lebih mahal daripada negara kita. 


Justeru ramai rakyat Singapura sering datang ke negara kita untuk isi minyak semata-mata untuk menjimatkan duit dan seterusnya jimat kos perbelanjaan. 

Baru-baru ini, paparan gambar menunjukkan sebuah kereta milik seorang rakyat Singapura menyeberangi ke stesen minyak di Johor Bahru dengan menggunakan alat jak kereta untuk menyerongkan keretanya ke sebelah supaya lebih banyak minyak dapat diisi. 

Namun tanpa disangka-sangkakan, terdapat seorang netizen telah merakamkan gelagat luar biasa lelaki terbabit dan dimuat-naikkan ke media sosial sehingga menimbulkan perbincangan yang hangat.



Ada netizen berpendapat, tindakan tersebut memang berkesan, dia pernah menggunakan cara seumpama itu dan akibatnya minyak yang diisi lebih 7 liter berbanding sebelum ini. Tapi pada masa yang sama, ramai yang beranggapan tindakan tersebut boleh menyebabkan orang rasa serba salah. 

sumber foto: All Singapore Stuff


Kemudian wartawan Cari Infonet menghubungi seorang pembaiki kereta yang berpengalaman 25 tahun, Encik Yu untuk mendapatkan penjelasan. Menurut Yu, jika kereta lelaki tersebut mempunyai dua tangki minyak, maka memang benar boleh mengisi lebih banyak minyak. 

Tetapi disebabkan kereta yang tunjukkan dalam gambar adalah kereta berjenama Bentley, yang hanya mempunyai satu tangki minyak, secara logiknya, adalah mustahil mampu menambahkan kauntiti minyak menerusi cara macam itu. 

Oleh itu, mengikut anggarannya pemilik kereta tersebut mungkin telah mengubahsuaikannya menjadi dua tangki minyak, supaya boleh mengisi lebih minyak.

sumber foto: All Singapore Stuff


Bagaimana pun, Yu berpendapat meninggikan kereta dan menyerongkannya supaya dapat mengisi lebih minyak adalah cara yang tidak realistik. ini kerana kereta yang dihasilkan selepas tahun 2000, tangki minyaknya diperbuat daripada fiber yang sebenarnya tidak mampu menampung kuantiti minyak yang terlalu banyak. 

Tambahan lagi kalau ketika itu keadaan cuaca terlalu panas, minyak berlebihan yang tertumpah keluar berkemungkinan besar boleh mengakibatkan letupan, seterusnya mengundang bahaya buat pemilik kereta terbabit.

Berdasarkan pengalaman peribadi Yu, mengisi minyak separuh tangki barulah langkah yang paling bijak dalam usaha menjimatkan duit. Jelas Yu, apabila tangki minyak dalam keadaan separuh, bebanan kereta tidaklah begitu tinggi , kelajuan boleh pergi lebih jauh, dengan itu kesan penjimatan minyak yang diinginkan lebih mudah dicapai. 

Ramai rakyat Singapura bagi menjimatkan perbelanjaan harian, mereka berpusu-pusu datang ke Malaysia untuk mengisi minyak kereta, pelbagai cara digunakan untuk membolehkan minyak yang sebanyak mana yang boleh diisi ke dalam tangki minyak nya. 

Saksikan papran video pendek berikut, sebahagian netizen mengecam perbuatan tersebut adalah sangat " cheapskate" !




Walau bangaimana pun, demi jimat minyak dan duit, cara sedemikian amatlah tidak realistik. 

Anda semua baik jangan lakukan agar tiada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku, jika tidak akhirnya yang merugikan adalah diri sendiri sahaja.- CARI infonet



18

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 26-1-2016 02:25 PM
Kete mhl2 tp kedekut
Quote Artemesiaa 26-1-2016 06:09 PM
Ada je idea dia orang ni
Quote HarmiziSyah 27-1-2016 03:45 AM
Amalan berjimat cermat mmg harus dipupuk tapi jngn lha smpai mndatangkan kemudaratan kan kan ?
Quote ffawwaz 27-1-2016 03:06 PM

kann..kedekut sangat..
merasa la kalau meletop nanti..
Quote devilito2 27-1-2016 03:17 PM
perangai cam .....
Quote JENABREJAM89 27-1-2016 03:33 PM
macam ni pun ada . ish3
Quote erishuji 28-1-2016 11:28 AM
boleh ek gegar2 kete camtu?
Quote skyreds 31-1-2016 03:38 PM
dia isi time tengahari tu ... x meletup punye
Quote Nadim 8-3-2016 02:43 PM
Celaka punya orang Singapore...masuk Malaysia pelahap minyak kami...kebuloq nak mampuih....
Quote hest 8-3-2016 04:44 PM
aku dari hari tu saran. pembelian minyak petrol dgn tunjuk ic. sediakan 1 pump khas untuk warga asing dgn kadar harga berbeza dari malaysian... nampak macam leceh kan? tp tak la orang ambik kesempatan. same case dgn semua barang bersubsidi. yg ada subsidi nak beli kena tunjuk ic.. yg tak de ic sila beli ikut harga tanpa subsidi
Quote ~boolean 8-3-2016 10:27 PM
hest replied at 8-3-2016 04:44 PM
aku dari hari tu saran. pembelian minyak petrol dgn tunjuk ic. sediakan 1 pump khas untuk warga asin ...

Aku dah lama dengar saranan ni..10 tahun dah.. sampai sekarang masih tak implement ke?

Tak adil untuk rakyat malaysia...
Quote sofiazara 8-3-2016 10:43 PM
hest replied at 8-3-2016 08:44 AM
aku dari hari tu saran. pembelian minyak petrol dgn tunjuk ic. sediakan 1 pump khas untuk warga asin ...

dah penah dulu zmn sapa pm tah. pak lah ke?
suruh tunjuk ic
tapi stesen minyak x layan sbb busy dan melambat2kan urusniaga
Quote hest 9-3-2016 01:57 PM
~boolean replied at 8-3-2016 10:27 PM
Aku dah lama dengar saranan ni..10 tahun dah.. sampai sekarang masih tak implement ke?

Tak adil ...

ntah ... gst lagi leceh kot. dah buat dah pun
Quote hest 9-3-2016 02:00 PM
sofiazara replied at 8-3-2016 10:43 PM
dah penah dulu zmn sapa pm tah. pak lah ke?
suruh tunjuk ic
tapi stesen minyak x layan sbb busy  ...

nak ikutkan tak susah pun.. dia sama dengan.. kau datang dan beri kad loyalty .. sama je.. dtg dan bagi ic kad.. bukan nak kena swap pun. just tgk kad dgn org tu valid ke tak. once tak de ic otometik trus bagi yg tak bersubsidi.
skang lagi patut dorang functionkan mykad tu.. cips tu boleh di upgred untuk tujuan yg lebih fokus.. dulu ya la..tak de cip.
Quote MissMamamia75 10-3-2016 06:47 AM
Teruknye attitude...: tak pernih terpikir nak buat gitu...agaknya kalo blh refil minyak dlm botol without limit agaknya penuh bonet kreta..seat2 diorg ngan minyak2 tu..
Quote cmf_conan 11-3-2016 12:28 PM
dorang kalo masuk m'sia tangki minyak takleh kurang dr 3/4 penuh kan?
nak make sure warga dorang tak pegi m'sia semata2 utk isi minyak..
kalo time masuk balik aku xpasti plak cemaner rules die..
Quote BiancoFisso 11-3-2016 05:22 PM
cmf_conan replied at 11-3-2016 12:28 PM
dorang kalo masuk m'sia tangki minyak takleh kurang dr 3/4 penuh kan?
nak make sure warga dorang ta ...

aah xboleh kurang dari 3/4.. kalau x kena fine 500.Alah ada yang masuk dari johor berjalan2 sampai ke kl sinun..sempat isi full tank lagi sebelum balik

Quote cmf_almondpecan 21-3-2016 11:45 AM
hest replied at 8-3-2016 04:44 PM
aku dari hari tu saran. pembelian minyak petrol dgn tunjuk ic. sediakan 1 pump khas untuk warga asin ...

Ntah2 pemilik2 kete plat Spore tu ramai yg warga Malaysia. Sbb kalau PR Spore, undang2 Spore tak benarkan dia bawak kete plat Malaysia walaupun dia warga Malaysia sbb nak elakkan bawak masuk kete Malaysia dan pakai di Spore.

Quote nurul_akmar 22-3-2016 11:03 PM
Wat la mcm brunei. Kete luar mmg ada stesen khas

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.080147 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top