|
SEORANG wanita meluahkan kebimbangan apabila suaminya yang bekerja jauh sering meminta gambar dan video intim ketika mereka berjauhan. Menurutnya, sebagai pasangan baharu berkahwin, dia bimbang sekiranya bahan berkenaan disalah guna atau tersebar secara tidak sengaja. Namun, pada masa yang sama wanita itu tidak mahu suaminya berkecil hati sekiranya dia menolak permintaan tersebut. "Nak tanya nafsu lelaki memang kuat bila berjauhan (PJJ)? Dia akan minta gambar seksi isteri untuk puaskan nafsu. "Tak cukup dengan gambar siap video dia nak. Maaf sebab saya baru kahwin takut nanti dia sebar gambar dan video.
"Bila tak bagi dia cakap saya tak nak layan dia," luahnya di sebuah kumpulan komuniti di Facebook. Seorang wanita kemudian membalas perkongsian tersebut dengan memaklumkan permintaan itu bukanlah sesuatu yang asing bagi pasangan PJJ. “Suami saya kerja offshore, dia pun pernah minta gambar dan video. Kami sudah 11 tahun berkahwin. Pada awalnya saya tidak mahu beri sebab risau, bukan kerana tidak percaya, tapi takut kalau telefon hilang atau digodam. “Saya berbincang dengan suami dan akhirnya kami setuju hanya hantar gambar tanpa menampakkan wajah. Selepas itu, suami terus simpan dalam album tersembunyi,” katanya. Perkongsian tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen yang menasihatkan agar pasangan PJJ berhati-hati sebelum berkongsi sebarang bahan sensitif bagi mengelak risiko gambar dan video tersebar. "Jangan, kita pun tak tau jodoh sampai mana. Bukan nak minta yang bukan-bukan tapi untuk ke depan kita tak tahu. "Setuju terdedah dengan risiko. Ingatlah langit tak selalunya cerah. "Jangan bagi la. Sekarang suami sendiri boleh jual gambar kalau mereka ada akaun dark side," antara komen netizen. Sumber : mStar |

insulin replied at 23-9-2025 01:23 PM
Kalau nak selamat, lebih baik jangan beri. Kalau phone hilang atau kena godam, malu besar seumur hid ...

mimi_mimpi: I dah pernah buat tanpa wajah. ...
mimi_mimpi replied at 23-9-2025 02:30 PM
I dah pernah buat tanpa wajah. Lepas bertahun akhirnye kantoi jugak. So tak payah la buat.

mimi_mimpi replied at 23-9-2025 02:30 PM
I dah pernah buat tanpa wajah. Lepas bertahun akhirnye kantoi jugak. So tak payah la buat.



mimi_mimpi replied at 23-9-2025 02:30 PM
I dah pernah buat tanpa wajah. Lepas bertahun akhirnye kantoi jugak. So tak payah la buat.
mimi_mimpi replied at 23-9-2025 02:30 PM
I dah pernah buat tanpa wajah. Lepas bertahun akhirnye kantoi jugak. So tak payah la buat.

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.099082 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.