CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

“Sedih tapi bangga,” - Isteri masuk PLKN, suami akan rindu masakan

10-9-2025 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1210| Komen: 7

 


KUALA LUMPUR – “Sedih tapi bangga,” itu luahan seorang suami muda dari Kedah apabila isterinya, Noor Syafiqah Sukri, 22, terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 3/2025 di Kem 515, Kementah, di sini hari ini.

Mohamad Rusdi Bahruddin Rudy Bahrin, 22, mengakui perasaan bercampur-baur menyelubungi dirinya kerana terpaksa berpisah sementara dengan insan tersayang yang sebelum ini sentiasa ada di sisi.

“Perasaan saya sedih dan gembira pada masa sama. Mungkin saya akan sibuk dengan kerja selepas ini tetapi saya harap isteri dapat menjaga diri, kuat semangat dan buat yang terbaik sepanjang di PLKN,” katanya kepada Kosmo!, hari ini.

Menurutnya, kerinduan pasti terasa kerana dia sudah terbiasa dengan gelak tawa, senyuman dan masakan isterinya setiap hari.

“Paling saya rindu ialah cara dia masak, gelak ketawa dan senyuman dia. Semua itu akan buat saya rasa kosong bila berjauhan nanti,” katanya.


Bagaimanapun, Rusdi tetap menyokong penuh penglibatan isterinya dalam PLKN yang disifatkan sebagai peluang besar untuk masa depan.

“Dengan sijil PLKN, saya yakin ia boleh memudahkan isteri untuk mendapat pekerjaan, khususnya dalam sektor kerajaan. Jadi, saya reda dan bangga dia diberi peluang ini,” ujarnya.

Seramai 529 wira muda PLKN 3.0 Siri 3 Tahun 2025 telah melaporkan diri di dua kem Askar Wataniah yang terpilih pada siri percubaan terakhir tahun ini di Kem 505, Pekan Pahang dan 250 wira muda wanita di Kem 515, Kuala Lumpur.  

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Miss_Chubby 10-9-2025 03:10 PM
Adoii.. kesiannya
Quote PULANGKAN 10-9-2025 04:50 PM
Iols pun selalu ada soft spot kat pasangan muda baru berkahwin camni. pi la happy-happy korang, kalau mintak cuti pun iols bagi ja. go, nikmati hidup selagi nyawa dikandung badan, selagi ada rezeki berpasangan, selagi badan masih sihat dan mampu

kecuali kawan iols. dulu dia baru umo 23, anak dah 5 orang. yang tu iols hmmm kan aje
Quote Gigihadidnt 10-9-2025 08:55 PM
Umur 22 boleh kena panggil masuk PLKN lagi ke uols
Quote AceHand 10-9-2025 11:48 PM
[AceHand SPECTaceLAR]

Jika PLKN adalah bertujuang untok melatih peserta supaya berdisiplin... Kenapa perlu pilih sapa yang layak atau tidak...? Paksa jer semer lepasang SPM masok PLKN...


Jizzz... Klong! Klong!

Quote nisako 11-9-2025 11:54 AM
wowww
Quote tahanie 13-9-2025 01:15 PM
Budak dah kahwin punnn. Ambik budak lepas spm dah la
Quote afie_m 24-9-2025 04:34 PM
rasanya lpsan spm lebih sesuai kot utk PLKN ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.143022 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top