|
PETALING JAYA – Anak perempuan kepada Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, menyatakan rasa bangga terhadap bapanya yang kembali menerbangkan pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selepas sekian lama. Menerusi perkongsiannya yang menggunakan profil @Myraaaaaaaaaaaa di media sosial, turut memaparkan video jet Sukhoi yang juga dikenali sebagai ‘Toruk Makto’, berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang menerusi sesi latihan menjelang Hari Kebangsaan 2025, esok. “Hari ini berkesempatan tengok ayah kembali terbangkan Sukhoi setelah sekian lama. Semoga Allah permudahkan segala urusan ayah dan juga seluruh warga TUDM yang terlibat. We are so proud of you, ayah!” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut. “Ayah awak memang betul-betul macam Maverick. Begitu juga dengan seluruh pasukan. Tahniah untuk semua aviator TUDM Malaysia,” ujar @Tan Gembong.
“Saya yang tak ada kena mengena pun rasa bangga. Apa lagi awak sebagai anak, meremang tengok,” kata @Nxdirxh. Sumber – KOSMO! ONLINE |
mejaputih replied at 31-8-2025 03:24 PM
Syok tengok td...
ipes2 replied at 1-9-2025 05:08 AM
tgk kat mana
kat Putrajaya kan sekarang ni depa buat Raptai
sy tgk dalam Buletin Utama je
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-4-2026 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.037038 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.