|
SELEPAS dua tahun bercinta, penyanyi Taylor Swift mengumumkan dia dan kekasihnya Travis Kelce kini sudah bertunang. Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Taylor di Instagram miliknya pada Selasa dalam satu hantaran yang mencuit hati kerana menggelarkan diri mereka sebagai ‘guru’. "Cikgu Bahasa Inggeris dan Cikgu Pendidikan Jasmani anda sudah mahu berkahwin," tulisnya. Dalam hantaran dibuat, Taylor turut memuat naik foto memaparkan Travis melutut di sebuah taman sebelum menyerahkan sebentuk cincin pertunanan kepada penyanyi berusia 35 tahun itu.
Difahamkan, cincin pertunangan mereka itu merupakaan rekaan khas Travis sendiri bersama bantuan pereka barang kemas terkenal, Kindred Lubeck. Taylor dilihat tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya lalu memeluk dan mencium tunangnya sebelum kedua-dua mereka merakamkan foto kenangan bersama. Apa lebih menarik, pasangan ini turut tampil sedondon dengan busana rona biru sewaktu acara lamaran tersebut. Pengumuman pertunangan ini dibuat dua minggu selepas kemunculan pertama Taylor dalam podcast New Heights yang dikendalikan oleh Travis sendiri. Pun begitu, menurut laporan Page Six, lamaran tersebut sebenarnya telah berlaku beberapa minggu lebih awal. Untuk rekod, Taylor dan Travis dilaporkan menjalin hubungan cinta sejak September 2023 selepas berpisah dengan pelakon Joe Alwyn. Sumber - mStar |
terutama kelsey mmg muka pure american 

cattiecute replied at 28-8-2025 12:22 PM
jekpot travis
delia3003 replied at 28-8-2025 01:42 PM
Prenup siap² tu tapi ye la tetap jackpot
cattiecute replied at 28-8-2025 02:18 PM
tapi travis tu sape chuols? tak pernah dengar pun or iols yang tak follow up bab2 sukan2 ni
)....klu rupa masa tu dating dgn TS...ibarat tgk couple fairytale gitewwThunderclouds replied at 27-8-2025 03:19 PM
Kne tgk kt X byk yg troll depa ni. Anyway...sekufu kan. 2² Maga.
delia3003 replied at 28-8-2025 09:42 PM
NFL star, famous la kat US sana. American football sport paling famous kat US. Kalau you biasa den ...

alesandra replied at 29-8-2025 08:18 AM
ada baca komen yg bertunang ni part marketing stunt gak sbb bila taytay announce dia nak release ...

. Kite nengok apa hasil ngn Travis lak
ADVERTISEMENT