CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1164|Reply: 20

Taylor Swift dah bertunang, terima cincin lamaran rekaan Travis Kelce sendiri

[Copy link]
Post time 27-8-2025 03:03 PM | Show all posts |Read mode





SELEPAS dua tahun bercinta, penyanyi Taylor Swift mengumumkan dia dan kekasihnya Travis Kelce kini sudah bertunang.


Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Taylor di Instagram miliknya pada Selasa dalam satu hantaran yang mencuit hati kerana menggelarkan diri mereka sebagai ‘guru’.


"Cikgu Bahasa Inggeris dan Cikgu Pendidikan Jasmani anda sudah mahu berkahwin," tulisnya.







Dalam hantaran dibuat, Taylor turut memuat naik foto memaparkan Travis melutut di sebuah taman sebelum menyerahkan sebentuk cincin pertunanan kepada penyanyi berusia 35 tahun itu.


Difahamkan, cincin pertunangan mereka itu merupakaan rekaan khas Travis sendiri bersama bantuan pereka barang kemas terkenal, Kindred Lubeck.


Taylor dilihat tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya lalu memeluk dan mencium tunangnya sebelum kedua-dua mereka merakamkan foto kenangan bersama.


Apa lebih menarik, pasangan ini turut tampil sedondon dengan busana rona biru sewaktu acara lamaran tersebut.


Pengumuman pertunangan ini dibuat dua minggu selepas kemunculan pertama Taylor dalam podcast New Heights yang dikendalikan oleh Travis sendiri.


Pun begitu, menurut laporan Page Six, lamaran tersebut sebenarnya telah berlaku beberapa minggu lebih awal.


Untuk rekod, Taylor dan Travis dilaporkan menjalin hubungan cinta sejak September 2023 selepas berpisah dengan pelakon Joe Alwyn.




Sumber - mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2025 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kne tgk kt X byk yg troll depa ni. Anyway...sekufu kan. 2² Maga.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2025 07:04 PM | Show all posts
dgn joe alwyn pun bertunang kan dulu?x ingat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2025 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiols nampak dorsng ni serasi sgt sebab dua dua pun nampak very American to the core terutama kelsey mmg muka pure american
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2025 12:22 PM | Show all posts
jekpot travis
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2025 12:23 PM | Show all posts
Lawanya Taytay. Skrg sama2 gah syerasyi lah. Tp kerjaya sukan ni kejap je kan , kena ada plan jangka pjg klo tak dikatakan bewak je nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2025 12:29 PM | Show all posts
smlm lalu dkt TT aku psl majlis kawen dorang ada lauk apa nnt.. mcm siot je netizen ni.. kau igt majlis kawen dkt malaysia ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2025 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakal kawen jugak taytay selepas berkoyan ex-bfs
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2025 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
cattiecute replied at 28-8-2025 12:22 PM
jekpot travis

Prenup siap² tu tapi ye la tetap jackpot
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2025 02:18 PM | Show all posts
delia3003 replied at 28-8-2025 01:42 PM
Prenup siap² tu tapi ye la tetap jackpot

tapi travis tu sape chuols? tak pernah dengar pun or iols yang tak follow up bab2 sukan2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2025 03:36 PM | Show all posts
finally... smoga ke jinjang pelamin.
jgn lupas buat pre-up naa tay tay.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2025 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 28-8-2025 09:43 PM
cattiecute replied at 28-8-2025 02:18 PM
tapi travis tu sape chuols? tak pernah dengar pun or iols yang tak follow up bab2 sukan2 ni


NFL star, famous la kat US sana. American football sport paling famous kat US. Kalau you biasa dengar Super bowl tu semua, A-list celebs ramai yang hadir. Travis ni pun dah jutawan kaya raya, takde lah taraf biasa² je. Power couple la diorang kat sana.

American football ni idok la famous kat sini. I pun kenal dia sebab TS jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2025 11:05 PM | Show all posts
Rasanya TS dah jumpa lelaki yg paling 'sekufu' dgn dia wlpun sblm ni xpernah knl pun tunang dia

Igt tua pada TS rupanya umur sebaya...klu tgk Travis dulu masa dating show lg herlok (lpas Google)....klu rupa masa tu dating dgn TS...ibarat tgk couple fairytale giteww
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 08:18 AM | Show all posts
Thunderclouds replied at 27-8-2025 03:19 PM
Kne tgk kt X byk yg troll depa ni. Anyway...sekufu kan. 2² Maga.

ada baca komen  yg bertunang ni part marketing stunt gak sbb  bila taytay announce dia nak release album baru hype dia x mcm dulu2...agak kehausan gituh.jadi citer bertunang ni boleh boost.ternyata berjaya sikit tapi taktau bertahan sampai mana
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 08:43 AM | Show all posts
delia3003 replied at 28-8-2025 09:42 PM
NFL star, famous la kat US sana. American football sport paling famous kat US. Kalau you biasa den ...

tq untuk pencerahan chuols. baru tahu ingat beshe2 je since nampak gitu kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2025 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 29-8-2025 08:18 AM
ada baca komen  yg bertunang ni part marketing stunt gak sbb  bila taytay announce dia nak release ...

Taytay kna troll sbb mungkin  udah kehaausan idea dh nk tulih lagu breakups nnt leh tulih pasal divorce pulak

Dia ngn Joe kapel bukan sekejap, 6thn kot. Churn out 4 album . Kite nengok apa hasil ngn Travis lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2025 08:07 PM | Show all posts
Akhirnyaaaa nak naik jinjang pelamin dah hakak tay tay kiteee


Tahniahhh hihi
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2025 08:08 PM | Show all posts
Secocok sangattt
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2025 07:44 PM | Show all posts
Wish her the best.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Congratulations
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.069674 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list