CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Lelaki terlelap semasa tunggang motor, pembonceng parah tercampak bawah jambatan

26-8-2025 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2691| Komen: 6

 


SEORANG penunggang motosikal e-hailing dilaporkan tertidur sebelum kenderaannya terbabas, menyebabkan penumpang wanitanya tercampak dari jambatan.

Kejadian itu berlaku di Persimpangan Ratchayothin, Bangkok, Thailand, kira-kira pukul 7 pagi, Isnin. 

Menerusi perkongsian netizen [Tonton Video] di media sosial, mangsa dilihat terjatuh ke atas bumbung sebuah kereta selepas dia tercampak dari jambatan.

Menurut saksi yang dikenali sebagai Kai, wanita itu mengalami cedera parah, malah cermin kereta yang dihempapnya turut pecah akibat impak kuat.

Polis kemudian mengenal pasti mangsa sebagai Lwin Lwin Aye, seorang warga Myanmar, yang kini menerima rawatan rapi di Hospital Paolo Kaset. 

Mangsa dilaporkan masih sedar ketika dihantar ke hospital oleh pasukan penyelamat, namun keadaan terkininya belum dapat dipastikan.

Sementara itu penunggang motosikal yang dikenal pasti sebagai Thanaphat pula mengalami cedera ringan.

Lelaki itu mengaku tertidur ketika menunggang motosikalnya. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 390 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan cuai yang menyebabkan kecederaan kepada orang lain.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga sebulan, denda maksimum 10,000 baht (RM1,295) atau kedua-duanya sekali. -Agensi.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikdot 26-8-2025 03:47 PM
seremm ehailing motor ala2 gojek ni. kat indon lagi la dia boleh duk samping je. helmet takde. kena senggol sikit memang tertomoih la..
Quote PULANGKAN 26-8-2025 04:02 PM
tingginya. semoga mangsa selamat. kesian dia, penat kerja
Quote sukacactus 26-8-2025 06:58 PM
Ishhh! Kesiannya!
Quote afie_m 9-9-2025 11:00 AM
bahayanya, tinggi tu
Quote TeropongThaico 9-9-2025 12:12 PM
Kesiannya...
Letih sgt ke kot
Quote Page88 15-9-2025 01:44 AM
Sad.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.295943 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top