CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Dah 'overstay' di Malaysia, ibu masih degil 'simpan' rakan TikTok dari Indonesia di rumah! Tak 'makan' nasihat suami, anak-anak

26-8-2025 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1409| Komen: 6

 


SEORANG wanita meluahkan rasa buntu apabila ibunya dilihat terlalu rapat dengan kenalan dari Indonesia sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan keluarga.

Lebih membimbangkan apabila wanita yang datang ke Malaysia sebagai pelancong sekitar Mei lalu itu kini menetap secara 'haram' dan percuma di rumah ibunya.

Ibunya ada memberitahu perancangannya untuk membantu rakan baharunya itu untuk mendapatkan visa pekerja, kerana mereka berdua ingin menjalankan perniagaan bersama.

Namun, modal yang digunakan adalah sepenuhnya daripada wang simpanan ibu sendiri.

“Kitaorang tak setuju sebenarnya sebab entah siapa-siapa orang (wanita Indonesia) tu, kenal pun melalui TikTok. 

“Dah la macam belangkas. Pergi mana-mana pun berdua, dah macam tak ada suami pula mak saya tu. 

“Kitaorang dah suarakan yang bahaya 'simpan' orang tu, kalau tak dapat visa pekerja macam mana,” dia meluahkan kebimbangan di laman Threads. 


Menurut wanita ini, perkara yang paling membimbangkan mereka sekeluarga adalah jika ibunya juga akan terpalit dengan kesalahan rakannya itu yang sudah tamat tempoh berada di Malaysia.

"Kami adik-beradik memang tak setuju. Kami risaukan keselamatan mak dan juga isu undang-undang," kata wanita ini lagi.

Pada masa sama, dia turut meluahkan kebimbangan jika rakan ibunya berniat jahat termasuk membawa lari barang-barang berharga yang ada di rumah mereka. 

Tambahan pula, ibu hanya tinggal berdua dengan bapanya di kampung halaman.

"Jangan kaitkan bapa saya sebab memang 'tak jalan', siapa- siapa pun cakap ada je benda mak saya menjawab.

"So macam mana? Kitaorang patut reda dan doakan yang baik-baik atau cuba 'cantas' lagi 'misi' (berniaga) mereka dan hantar balik kenalan tu ke Indonesia semula?" dia meminta pandangan warga maya.

 
Kebimbangan yang disuarakannya itu mendapat perhatian netizen, dengan ramai yang menyatakan kemungkinan ibunya sudah dipukau kerana dilihat seolah-olah menuruti segala percakapan kenalan Indonesia itu.

Tidak kurang juga yang memberi beberapa cadangan dan nasihat untuknya membantu menyelesaikan masalah yang dialami.

"Risau mak kena pukau dengan kenalan Indonesia tu sebab macam rela buat segalanya kan?

"Empat bulan dah 'lebih tinggal', panggil je Imigresen datang rumah... mesti kena angkut.

"Mak awak boleh kena tindakan undang-undang, melindungi warga asing tanpa dokumen yang sah dan tak ada visa untuk berniaga," demikian antara reaksi warga maya.


Kredit: – mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 26-8-2025 02:49 PM
Kena mandrem ke? Atau ada hubungan sulit rama-rama kupu-kupu?
Quote toxicated 26-8-2025 07:22 PM
Lesbo veteran ke
Quote kaedahnya 27-8-2025 12:16 AM
Bodoh gila masalah Ko dekk. Yang bapak Tu apa function?
Quote swateng1 27-8-2025 11:27 AM
call imegresen je. jenis ni mmg dia melekat je sebab nk ambik kesempatan kat org tua. terpaling manjahhhh laa. melekat sbb takut nnt org lain brainwash mangsa
Quote noorhairiahma 27-8-2025 02:36 PM
Itupun nak tanya netizen.

Kalau dah semua tak jalan, report je lah.

Melainkan kau suka je mak kau macam tu, duduk je diam2.
Quote afie_m 28-8-2025 12:47 PM
report imegresen..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.154221 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top