CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Siapa cakap RM1 juta mahal, ‘demo tak kenal bare’ - Cikna nak jual RXZ miliknya dengan harga RM1 Juta sahaja

19-8-2025 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2388| Komen: 22

 



Bukan RM26,000, bukan juga RM88,000, tetapi harga terbaharu yang ditawarkan untuk sebuah motosikal Yamaha RXZ Catalyzer yang didakwa belum didaftarkan lagi dan masih asal dari kilang bernilai RM1juta.

Tawaran itu dibuat oleh pempengaruh dan juga pengasas kosmetik atau ‘founder’, Farhana Zahra yang dikenali sebagai Cikna di menerusi satu klip video di media sosial.

Dakwa Cikna, motosikal berwarna merah itu dibeli setahun yang lalu pada harga RM146,000.

“Motosikal ini unregister (belum daftar), NOS (barang baru stok lama atau new old stock) ori (asal) kilang. Satu sahaja kat Malaysia dan ada dengan Cikna.

“Motosikal ini, Cikna beli pada harga RM146,000, tapi disebabkan Cikna dah simpan setahun, Cikna nak jual RM1 juta sahaja,” kata pempengaruh itu.

Jelas Cikna lagi, kepada sesiapa yang mengatakan RM1juta itu mahal, individu tersebut tidak pandai menilai motosikal itu.


“Siapa kata RM1 juta mahal, demo tak kenal bare (barang). Satu sahaja tahu kat Malaysia, memang patut kita letak RM1 juta,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen yang mengecam tindakan pempengaruh itu yang didakwa meletakkan harga motosikal itu tidak masuk akal.

“Mengarut, tak berbaloi beli sampai RM1 juta, baik ambik Lamborghini ke, Harley Davidson ke, Hummer H3 ke, Mercedez Brabus ke, berbaloi lah juga,” tulis Muhammad Fauzan Bob.

Bagaimanapun ada pengguna turut mengaitkan klip video tersebut hanyalah sebagai ‘content’ pempengaruh itu.

“Dia ‘simple’ je, Bila rasa diri tu dah sendu dia buatlah content yang boleh tarik org untuk cakap pasal dia. Naiklah ‘engagement’ dia, ramai lah orang cari tahu pasal dia,” dakwa Nur Fazliyana.



Sumber: – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 19-8-2025 04:02 PM
Content tak content. RM1 juta tu kalau ko labur pun paling busuk ada gak la hasilnya daripada setakat bermegah dengan besi yg xde value ni.
Quote kaseh80 19-8-2025 04:12 PM
BiNgainya makcik ni
Quote jihyomelly 19-8-2025 06:37 PM
ada value sapa sanggup nak beli tu? cousin iols laki dia ada rxz ni nak dekat 10 bj yg geramnya rumah sendiri takde anak berderet yg disibuk pegi sana sini demi rxz ni..anak bini terabai
Quote annehuda 19-8-2025 07:06 PM
“Motosikal ini, Cikna beli pada harga RM146,000, tapi disebabkan Cikna dah simpan setahun, Cikna nak jual RM1 juta sahaja,” kata pempengaruh itu.

Sape beli mmg bodoh
Quote Misslalala167 19-8-2025 08:36 PM
Beli rumah dapat la 2 bijik. Akan datang jual rumah dapat la 3 juta. Sejuta sebijii. Lagi sejuta cover balik modal. Dan berangan. Kah kah kah
Quote nisako 20-8-2025 08:14 AM
bodoh le biar beli rumah ade jugak baik
Quote KamikuP 20-8-2025 08:24 AM
hATI HITAM KECIL MEOLLS akan label pempengaryh dari Kelantan mmg main dgn dadah dekk.. ekekek.. gitoh meollss skeptikal founder dari sana..
Quote kikuri 20-8-2025 09:11 AM
ko simpan jelah rxz tu bior jadi besi buruk...
Quote BungaKencana 20-8-2025 09:39 AM
motor rare katenyeee kalau rare apahal beribu dtg dkt rxz members tu... rare tu kalau dkt dunia ni ada 10 unit je RXZ
Quote akies 20-8-2025 12:25 PM
Ada ke yang nak beli.
Moto je pun. Bukan special mana
Quote Jitu 20-8-2025 12:58 PM
kebodohan yg dah tak blh bawa bincang ni
kena pergi bawa berubat ni kot ada saka menenggek
Quote Tutul 20-8-2025 04:04 PM
ank jiran depn umh mak ada 2 biji rxz ni dan dy jual sbiji pda hrga rm 80k, bg sis logik la memg nmpk baru sebb motornya jrg kua dan orgnya sgt cerewet dan cermat dlm penjagaan, dy beli mase muda lg, jual terus angkat toyoto cross , puas abg pujuk nk beli rupanya dh dpat buyer jual harga lg masyukk..
Quote JahLupa 20-8-2025 10:37 PM
Aku ingat aku ni x pandai. Rupenye ada lg yg lg bingai dari aku
Quote bukannonones 21-8-2025 08:10 AM
KamikuP replied at 20-8-2025 08:24 AM
hATI HITAM KECIL MEOLLS akan label pempengaryh dari Kelantan mmg main dgn dadah dekk.. ekekek.. gito ...

iols ada kawan ore kelate. Dia kata founder kosmetik belah sana yg bersih dr bisnes dadah ni DSV je konfom bersih. Yg lain, fishy.
Quote KikiHadid 21-8-2025 11:21 AM
Founder okb sana sini murahnya murahnya..show off x cukup tanah..always rage baiting..mmg berhasil..bad publicity is still publicity kan
Quote pokokmeranti 22-8-2025 08:29 AM
KamikuP replied at 20-8-2025 08:24 AM
hATI HITAM KECIL MEOLLS akan label pempengaryh dari Kelantan mmg main dgn dadah dekk.. ekekek.. gito ...

hati kecil I pun rasa sama...tapi klu kata begitu dikatakan jaki dgn kejayaan ore kelantan pulak.
Quote farlis 22-8-2025 11:06 AM
Dia ni kan tahap meriakkk mmg tak blh blahhh...
mmg hati aku itam tgk dia nih..
beli coklat lv riban2, mmg murah uolss..
birthday anak belanja i juta je uols..
n tgk gak kalau jatuh terciduk camne
Quote scha1008 23-8-2025 09:35 AM
BungaKencana replied at 20-8-2025 09:39 AM
motor rare katenyeee kalau rare apahal beribu dtg dkt rxz members tu... rare tu kalau dkt dunia ni a ...

Kannn chuolsss…rare laa sgt kalau beribu dtg perhimpunan diorang. Lepas tu eksyen nau ade rxz mcm laa kite heran dgn moto buruk die tu…bg free pun aku tak hingin
Quote afie_m 25-8-2025 12:44 PM
suka hati ko lah kak...content kan...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.668749 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top