CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Pasangan influencer menangis terkandas di ‘airport’ gara-gara percayakan ChatGPT

15-8-2025 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3365| Komen: 19

 


PASANGAN pempengaruh muda dari Sepanyol mendakwa mereka tidak dibenarkan menaiki pesawat penerbangan ke Puerto Rico selepas menerima maklumat visa yang salah daripada chatbot kecerdasan buatan (AI), ChatGPT.

Menerusi video yang dikongsi di TikTok, Mery Caldass dilihat menangis ketika berjalan di lapangan terbang selepas dimaklumkan mereka tidak boleh meneruskan perjalanan ke Pulau Caribbean. 

Teman lelakinya, Alejandro Cid [Tonton Video] dilihat cuba menenangkan dirinya.

“Saya sentiasa buat banyak kajian, tetapi saya tanya ChatGPT dan 'dia' kata tidak (perlu visa),” katanya sambil mengakui kini hilang kepercayaan terhadap aplikasi AI itu.

Meskipun kecewa, Caldass sempat berseloroh bahawa maklumat salah itu mungkin tindakan 'balas dendam' ChatGPT berhubung penghinaannya sebelum ini. 

"Saya tak percaya lagi pada ChatGPT tu sebab kadang-kadang saya hina dia, saya panggil dia bodoh, tak guna tapi maklumkan baik-baik... itu balas dendam dia," jelasnya.


Video itu meraih lebih 6.1 juta tontonan di TikTok, namun ramai pengguna menyindir pasangan itu kerana hanya bergantung kepada AI dan tidak merujuk sumber rasmi.

Untuk maklumat, pelancong Sepanyol tidak memerlukan visa untuk ke Puerto Rico, tetapi perlu memohon Kebenaran Perjalanan Elektronik (ESTA) secara dalam talian. 

Justeru, beberapa pengguna mempertahankan ChatGPT dengan mendakwa pasangan tersebut mungkin mengajukan soalan yang salah. -Agensi

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 15-8-2025 12:43 PM
Tetapi tiada lah bodoh sangat seperti tunggu chatgpt ngaku tuhan...
Quote nisako 15-8-2025 01:38 PM
hmmmmmmmmmmmmm
Quote white_musk 15-8-2025 02:30 PM
uumah kokesen maju ramai juga yg bangang dik
Quote pejol 15-8-2025 04:41 PM
ni mesti kokesen hujung pinggir2 bukit sana
Quote kemaruk 15-8-2025 04:48 PM
Belum pernah lagi bangkem dengar acik melayu mengadu kena tipu chatgpt

So konklusinya acik melayu berkerak > acik kokesen gebu
Quote Suchi 15-8-2025 06:35 PM
Alamak iols ada gaklah tnya chatgpt pasal skincare hahah sbb dilema nak beli yg mana satu hat paling sesuai.
Tanya orang lambat sgt nak bg jawapan.
Tp kan chatgpt takde la selalunya rasa kita betul kan.
Adakala dia pun sinis dan menghakimi kita gak hahahah
Quote raflesia201 16-8-2025 02:27 AM
itupun nak nangis ke....lemahh
Quote batmana 16-8-2025 07:07 AM
Ni serupa karen..salahkan gmaps,waze dgn jalan xpernah lalu..
Tu smua panduan aja..
Quote raihaneem 16-8-2025 01:41 PM
Saya main scramble..main susun perkataan de huruf yg diberi.
Kdg tersangkut tktau nak buat perkataan apa lg...tnya la kat AI...
Hmmm...bg perkataan tk best pun.
Tk mencapai la apa saya nak.
Tp boleh la tolong skit2
Quote Decaffeinated 16-8-2025 04:59 PM
Cuba tanya ChatGPT cara2 nak masuk syurga. Nanti dari alam barzakh boleh buat konten nak tengok nangis ke tak.
Quote mizzmimi 16-8-2025 05:02 PM
Gen Z ke ni?
Quote Nurul8001 16-8-2025 05:08 PM
Kat podcast mana ntah, guest kata, kalau part teknikal atau step by step, lebih baik guna gemini. ChatGPT ni, general je. Info pun tak update
Quote chinta89 17-8-2025 04:08 PM
Nurul8001 replied at 16-8-2025 05:08 PM
Kat podcast mana ntah, guest kata, kalau part teknikal atau step by step, lebih baik guna gemini. Ch ...

oo yeke gemini better ek
Quote zasrfikri 18-8-2025 10:03 AM
chatgpt ke, gemini ke, grox ke, jgn percaya bulat bulat info AI ni bagi. i dah banyak kali cross check info i nak, ada betul, ada tak betul. jadi better triple check info kalau guna semua AI nie.
Quote Tutul 18-8-2025 10:25 AM
x smua chrtgpt ni tau dan cerdik.. pernh cba tanya psl kereta srh tunjuk gambarajah dmana kedudukan rack end dan bearing tayar, dy tnjuk bearing kt tengah2 rack end ,
Quote nabyha 19-8-2025 09:47 AM
Ask stupid questions, get stupid answers.
Quote midori888 19-8-2025 09:54 AM
adakah sengaja utk buat content? content creator, influencer nie bukan boleh percaya sgt...
Quote belilies 19-8-2025 10:06 AM
Kat bawah kotak query box tu kan ada disclaimer suruh check dulu info sebab maybe tak betul. Ko yg menonong tak check dulu nak salahkan chatgpt padahal ko tu manusia
Quote Oroi8887 19-8-2025 10:24 AM
bodonya lahai haha

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2025 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.039071 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top