CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Song Young-kyu ditemui meninggal dunia dalam kereta

4-8-2025 11:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2026| Komen: 14

 


AKTOR senior Korea Selatan, Song Young-kyu dilaporkan meninggal dunia dalam kereta miliknya awal pagi tadi.

Khabar duka tersebut mengejutkan ramai pihak apatah lagi ketika mendiang masih terpalit dengan kontroversi undang-undang berkaitan kes memandu di bawah pengaruh alkohol (DUI).

Menurut laporan, Young-kyu ditemui tidak bernyawa di kawasan Cheoin-gu, Yongin, yang terletak di wilayah Gyeonggi-do, Korea Selatan oleh seorang kenalan yang kemudian segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Jurucakap Balai Polis Yongin Dongbu mengesahkan bahawa tiada sebarang tanda kekerasan ditemui pada tubuh mangsa dan tiada surat bunuh diri dijumpai di lokasi kejadian.

Setakat ini, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan pihak berkuasa sedang mempertimbangkan untuk melakukan bedah siasat.

Upacara memperingati mendiang Young-kyu diadakan di Davos Hospital Funeral Hall, Yongin. Proses pengebumian pula dijadualkan berlangsung pada 6 Ogos 2025 dan mendiang akan disemadikan di Hambaeksan Memorial Park.


Mendiang meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan.

Lelaki yang berusia 55 tahun itu merupakan pelakon berbakat yang pernah membintangi pelbagai drama dan filem terkenal seperti Extreme Job, Stove League, Suriname dan Casino.

Dia memulakan kerjaya lakonan pada 1994 menerusi pementasan teater muzikal kanak-kanak dan sejak itu aktif sebagai pelakon pembantu dalam pelbagai produksi besar.

Namun pada Jun 2025, nama Young-kyu menjadi perhatian selepas ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk sejauh kira-kira lima kilometer dari Giheung-gu ke Cheoin-gu.

Hasil ujian mendapati kadar alkohol dalam darahnya melebihi 0.08%, iaitu tahap yang membolehkan lesen memandu dibatalkan di Korea Selatan.

Meskipun tidak ditahan reman, kes tersebut diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Akibat skandal terbabit, kerjayanya terjejas apabila dia dikeluarkan daripada produksi teater Shakespeare in Love, di mana dia memegang watak Penny-man.

Dua drama yang sudah selesai penggambaran, iaitu I Shopping dan The Winning Try, terpaksa menyunting semula adegan bagi meminimumkan kehadirannya tanpa menjejaskan jalan cerita.

Difahamkan, rakan-rakan terdekat mendiang memaklumkan bahawa keadaan mental Young-kyu semakin merosot selepas skandal tersebut tersebar luas.

Dia dikatakan mengalami tekanan emosi yang berat akibat kecaman netizen dan laporan negatif media. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 5-8-2025 08:03 AM
takziah pd keluarga mendiang.

on another note, bagus kalau ada undang2 ketat dan tegas giler yg kawalselia driver hanat yg memandu dlm keadaan mabuk kat msia ni. asek2 kad oku jer keluar, boring betul.
Quote Carcosa 5-8-2025 10:32 AM
Diorang punya takut pada KNetz, smp sanggup ek bunuh diri pdhal kesalahan diorang kalau nk compare pd kesalahan2 retis Malaya ni, jauh beza yach.
Rogol anak dara org, seks bawah umur, dadih, mencuri, lagi bangsat retis Malaya.
Aman2 jah semua muka tebal siap berlakon je lagi. Retis Koleaaa dah Kamikaze bundir.
Quote Yoonggi 5-8-2025 04:26 PM
jd selebriti kt SK, jiwa dan mental kena kuat. netizen dorg bila bab mengecam mmg extreme.
Quote nisako 6-8-2025 09:57 AM
RIP      ,,,,,,,,,,,,
Quote delia3003 7-8-2025 09:36 PM
Edited by delia3003 at 7-8-2025 09:37 PM
Carcosa replied at 5-8-2025 10:32 AM
Diorang punya takut pada KNetz, smp sanggup ek bunuh diri pdhal kesalahan diorang kalau nk compare p ...


Rasanye bukan sebab kena kecam dengan knetz semata² je tapi lebih kepada hilang punca pencarian dan bebanan kewangan. Bila dah terpalit kontroversi ni, dah takde produksi nak ambik berlakon sbb kena banned, dah tak boleh keluar tv. Dah jatuh ditimpa tangga pulak, kena bayar penalti lagi kat syarikat produksi atau kalau ada kontrak dengan mana² brands. Artis China pun sama.
Quote telracs 9-8-2025 08:12 AM
Edited by telracs at 9-8-2025 08:17 AM

Dia ni yang selalu berlakon jahat tu kan?

Selalu konfius dia dengan sorang lagi yang pelakon antagonis juga tu...
Quote telracs 9-8-2025 08:26 AM
telracs replied at 9-8-2025 08:12 AM
Dia ni yang selalu berlakon jahat tu kan?

Selalu konfius dia dengan sorang lagi yang pelakon antago ...

Ini haaa...
Kompius dia dengan Uhm Ki-Joon

Quote gideoncross 9-8-2025 07:03 PM
Yoonggi replied at 5-8-2025 04:26 PM
jd selebriti kt SK, jiwa dan mental kena kuat. netizen dorg bila bab mengecam mmg extreme.

Netz sna mmg kurang ajar, tu lah apa yg late Sulli rsakn, asek kna buli je
Quote monsterwife 11-8-2025 06:28 PM
Dah jatuh ditimpa tgga, bini plk x nak dia
Terpaksa sewa bilik.
Quote borrow 12-8-2025 10:26 AM
Edited by borrow at 12-8-2025 10:29 AM
telracs replied at 9-8-2025 08:26 AM
Ini haaa...
Kompius dia dengan Uhm Ki-Joon

Retis korea klo kita tak minat betul , mmg boleh terkeliru hehe. UKJ ni byk kali jd pelakon utama , mendiang tk pnh nmpk plak. Selalu jd pembantu je.
Quote Page88 14-9-2025 12:59 AM
Rest In Peace.
Quote SalenaGomez 19-10-2025 10:51 PM
Yoonggi replied at 5-8-2025 04:26 PM
jd selebriti kt SK, jiwa dan mental kena kuat. netizen dorg bila bab mengecam mmg extreme.

SG pernah tgk documentary kat YouTube psal netizen SK ni. Selain suka mengecam dan membawang, faktor kelajuan internet diorg yg amat laju gila itu, menyebabkan kalau ada apa2 gossip, mmg sekejap je dah bertebaran
Quote Page88 20-10-2025 02:21 PM
RIP.
Quote ZORRO5555 2-1-2026 08:21 PM
Rest in peace...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.940958 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top